Wednesday, October 20, 2010

Pengalaman kerja part time...

   Malam yang tenang dan mengasyikan sangat membantu aku untuk menulis dan menulis.Haha.
Hmm... Sejak kebelakangan ni, banyak betul peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Aku tak tahu kalau ini benar2 peristiwa atau aku saje2 nak jadikannya sebagai peristiwa hidup aku. Kisahnya macam ni. Aku ni still student lagi dan sekarang ni aku tengah menikmati cuti2 semester aku kat rumah bersama family. Yela sebagai student mestila nak menikmati cuti sepuas-puasnya. Tapi aku tak. Kepala aku ligat berfikir aktiviti ape yang harus aku lakukan utk mengisi cuti aku. Mula2 mestila layan facebook dulu. Bila dah bosan layan movie korea ngan movie mat salleh. Bile lama buat aktiviti yg tak berfaedah tu, aku jadi bosan. Baru seminggu duduk kat umah. Kekawan yg lain yag sama sekolah ngan aku tak cuti lagi masa ni.Yela biasa la budak uia mana sama cuti ngan diorg. Kalau tak da lama aku merayap kat Jusco depan umah tu.(memang aktiviti x sihat) =_='...


   Bila tengok kocek, kocek pulak kosong. Aku dah pokai sebab mengunakan wang yang ada untuk jalan2 kat melaka sebelum habis semester. Pastu aku terfikir pulak nak kerja. Aku terdengar mak cakap ada kedai dobi nak pekerja untuk jaga kedai dia. Aku pun fikir2kannya. Boleh jugak kerja kat situ. Dapat la sikit duit masuk.(berangan je lebih). Kita pun try telefon tauke kedai tu. Tauke kedai tu tanya macam2. Biasala,dia nak berkenalan dulu kot. Die tanya umur,belajar lagi ke,tinggal kat mana. Pastu die dapat tahu yang aku ni cume nak keje sekejap je kat kedai dia. Dari nada dia ckap,dia serba salah nak bagi kerja kat aku sebab aku nak kerja kejap. Sekarang ni diam takde khabar berita.

   Bila difikirkan balik tak bleh jadi kalau duduk rumah saje2. Nak jugak kerja. Kebetulan mak aku kerja line leader kat kilang plastik. Sebenarnya dia agak keberatan nak bagi kerja kat aku sebab dia takut aku kerja sekejap pastu kerja dia teruk. Walauapapun, aku tetap jugak nak kerja. Aku pergi kilang dengan mak aku, isi borang. Aku ingat nak mintak shift pagi. Tapi mak aku bangkang. Die kata shift pagi susah,nak kena tukar kereta,nak solat susah. Die suruh aku mintak shift petang. Boleh pergi kerja sama2 dengan dia. Dalam waktu yang sama bapak aku tak bangkang. Dia ada bagi 100% kepercayaan kat aku untuk buat keputusan sendiri sebab bagi dia aku dah besar. Dia tak kisah kalau aku nak kerja atau tak kerja. Tapi dia bagi pandangan yang aku lebih elok kalau tak kerja. Belajar macam mana nak main forex dan berniaga pakai internet. Mula2 aku ikut. Tapi lama2 aku rasa benda tu banyak risiko padahal untungnya tak menentu. Jadi aku pikir baik aku kerja. Sekurang-kurangnya duit yang masuk tu tetap selagi tak ponteng kerja.

   Hari pertama aku kerja kilang....sangat seronok. Tapi tak taula kalau pandangan orang lain. Hari pertama aku jaga mesin buat sempoa. Tau tak sempoa tu ape? Tak tau gi search kat internet. Mesin tu cuma buat rangka die je. Kerja aku senang. Amik itu rangka sempoa,potong dia punya tulang (lebihan plastik dalam bentuk batang) dan susun elok2 kat dalam bekas yang disediakan.Memang best. Pekerja kat kilang tu memang peramah. Dia tahu kita orang baru,dia ajar macam mana nak masuk material dalam mesin. Dia tolong gantikan tempat kita masa rehat. Amoi tu memang baik.

   Hari kedua hingga ketiga... Aku kena kerja kat mesin lain sebab material untuk buat sempoa tu dah habis. Barang lain pulak yang jalan. Mak cik  line leader tu tak bagi aku buat kat mesin yg sama sebab aku orang baru kerja. Silap2 barang tak siap tambah calar2, mak cik tu jugak yang kena jawab nanti. Sebab tu aku kena pindah ke mesin lain. Mesin ni pulak dia buat tempat main tikus. Tapi cuma bahagian kecik tuk tempat main tikus. Mesin ni leceh sikit. Nak isi material nak kena campur dengan plastik hancur warna biru. Nak hancurkan plastik tu yang "sangat seronok". Dalam masa sehari, aku boleh membuat mesin hancur tu tercekik ngan tulang plastik banyak kali. Kesian amoi (ni amoi lain pulak) dengan supervisor kena betulkan mesin tu. Dah banyak kali kot diorg ajar macam mana nak hancurkan. Tapi aku still jugak buat mesin tu tercekik. Bila banyak kali diorg betulkan, aku dah tau macam mana nak buat kalau mesin tu meragam balik.hehe... Lama jugak la mesin ni jalan.

   Hari keempat... Hari malang aku bekerja. Hari tu aku kena campak kat mesin lain. Mesin yang aku kerjakan hari tu sebenarnya still jalan. Tapi supervisor tu tutup mesin tu. Dia campak aku kat line lain pulak. Aku kena campak kat mesin yg buat track permainan tikus. Nampak kerje tu gampang. Tapi kesan selepas kerja tu memang best. Aku ditugaskan untuk memasang pelapik getah yang kecik kat bawah plastik tu. Nak pasang tu kenalah guna jari, tekan sampai masuk lubang. Mesin tu dah la laju. Sekali keluar barang 2 pulak tu. Tambah jari sakit2 sebab tekan benda tu. Aku buat benda tu dari pukul 5 petang sampai 12 tengah malam. Nak dekat balik tu aku dah tak larat nak tekan bende tu lagi. Jari aku sakit, barang belambak dalam besen tu. Aku biar je barang tu jalan sampai tu beseb penuh sebab da tak larat. Pastu ade makcik line leader tolong setelkan barang tu. Aku kesian kat dia sebab tak pasal2 dia kena tolong. Bila balik rumah, jari aku kebas,tangan merah,bila nak pegang barang sakit pastu tak rasa macam tengah pegang barang. Bila bapak aku tahu je malam tu, terus dia bagi tazkirah. Dia suruh aku berhenti kerja sebab aku still belajar lagi. Dia jadi risau bila dengar aku kerja teruk malam tu.Yang kesian mak aku. Malam tu bapak aku ada cakap something kat mak aku. Paham2 jela apa yang diorg bincangkan.

   Hari kelima... Aku tetap jugak nak pergi kerja. Tangan dengan jari aku dah ok sikit sebab daa taruk ubat gamat byk2. Hari tu nasib aku baik sebab mesin aku tak kene tutup. Aku jaga mesin yang hari kedua dengan hari ketiga punya. Best gila jaga mesin tu. Barang yg baru keluar dari mesin tu dah la panas. Tangan aku pulak sakit. Satu kelegaan yang teramat sgt. Bila pegang barang dari mesin tu terus hilang kebas kat jari aku. Boleh pulak macam tu... Malangnya, material untuk barang kat mesin tu dah nak habis. Aku tak tahu apa nasib aku untuk hari seterusnya. Sama ada dicampak kat mesin lain atau tetap kat mesin yang sama tapi barang lain.

   Hari keenam... Aku kena campak lagi kat mesin line lain. Kat mesin hari kelima tu sebenarnya jalan. Tapi seperti biasa diorang tutup. Aku kene jaga mesin yg agak menakutkan diantara mesin2 yang lain. Untuk kendalikan mesin tu, dua orang pekerja amat diperlukan. Aku jaga bahagian packing dengan isi material. Yang jaga mesin tu kakak2 myammar. Sebenarnya cara nak jaga mesin ni senang je. Yang nampak menakutkan tu bila nak kena ambil barang yang dihasilkan oleh mesin tu pakai tangan. Kiranya tangan tu kena masuk kat dalam mesin untuk ambil barang. Nak kena ambil tu kena cepat,hati2 dan tak boleh bergerak kemana-mana pun. Sebab tu aku kena jaga bahagian packing. Kalau lambat sikit tarik barang tu silap2 tangan tu ade kat dalam mesin tu. Mesin tu dia buat karpet untuk permainan kucing. Bila mak aku tahu aku jaga mesin tu die dah takut. Takut aku jaga mesin tu dan mesin tu makan tangan aku. Tapi pada realitinya aku memang kena jaga mesin tu sekejap masa kakak myammar tu pergi rehat dengan masa dia pergi buang sampah. Mak aku ade tertengok aku jaga mesin. Dia takut sangat masa aku jaga mesin tu. Bagi aku tu pengalaman paling best.

   Hari ketujuh... holiday bagi pekerja kilang. Waktu ni aku dekat rumah bersama family. Waktu ni jugak bapak aku basuh aku supaya aku tak kerja lagi. Macam2 dia cakap. Dia suruh aku main forex balik pastu try cari duit pakai blog. Yang kesiannya mak aku. Dia dah kerja berpuluh-puluh tahun kat situ tapi still kuat. Aku ni ada tenaga muda tapi lembik.Bapak aku minta sangat supaya aku tak kerja. Aku jadi serba salah dah. Mak dengan bapak aku jadi risau bila aku kerja kat situ. Aku pulak still nak kerja lagi nak dapat duit. Sekurang-kurang cuti aku diisi dan aku dapat belajar bawak kereta balik. Dah dekat 6 bulan aku tak pegang stereng kereta. Dapat jumpa orang walaupun kat kilang tu banyak orang indon,nepal,myammar ngan makcik2 sebaya mak aku. Aku tak tahu sama ada nak kerja lagi atau tak. Mak aku la paling kesian. Dia yang tolong aku dapat kerja kat situ tapi cuma kerja sekejap je. Hmm....

   Hari kelapan... Aku kebingungan. Keliru sama ada nak keje atau tak. Mak aku ckap kalau aku still lagi nak keje, mak aku suruh buat kat line die. Tapi line die jenis keje yg berat2. Kebanyakkannye yg buat akuarium yg besar2,besen besar2. Semua barang besar2 dan majoriti lelaki yg buat keje tu. Mak aku bagi aku buat keje tampal sticker. Itu pun nampak je senang tpi x bleh bergerak jgak. Kalau nak bergerak kemana-mana kene ada penganti kalau x barang berlambak x tampal sticker. Aku jadi serba salah plak. Yela mak aku mcm pilih kasih plak. Anak die dihantar kat tempat senang2. Jadi penyebab org dengki kat mak plak. Aku keje sekejap je. Tpi mak, die nak kene keje lama lagi. Dgn berat hati aku membuat keputusan untuk berhenti. Aku cme keje selama 6 hari je. Sekarang ni aku jdi blogger full time dan pemain forex full time. Jauh dalam hati aku still lagi nak keje kat situ walaupun keje die sangat tak masuk akal. Mostly kilang tu proses barang plastik dan barang penjagaan haiwan. Kiranya kilang membuat barang kelengkapan haiwan macam aquarium utk ikan, tempat kucing garu,tempat kucing main ngan hamster main dan macam2 lagi. Kebanyakkan barang tu dieksport ke luar negara.

   Moral of the story, susahnye ble kita jadi org bawahan. Kita diibaratkan bola yg disepak kemana-mana saja. Pendidikan dan ilmu amat penting utk mengubah nasib kita. Jangan hina mereka yg kerja kilang sbb kerana mereka barang mcm meja,kerusi,pinggan,tv dapat dihasilkan. Kte tangok je barang da siap tpi nak buat tu mcm2 perkara yg berlaku. Hargailah mereka. Jadikan kepayahan mereka sbg pembakar semangat utk berjaya. Insyaallah.
.

6 comments:

  1. terasa insaf baca. yelah, kita cuma nampak barang yang dah siap. penat lelah, sakit orang yang nak buat barang kita tak pernah terlintas untuk hargai =_="

    ReplyDelete
  2. betol33...
    setiap benda yang dah siap dibuat mesti susah nak buat...
    Bila dah rasa macam insaf sekejap...
    hehe

    ReplyDelete
  3. betoi3....baru kita taw rasa orang bawahan camna..klaw x percaya pergi la kerja...saya pown sama..kerja hotel ...rasa daif ja

    ReplyDelete
  4. hebatnya mak u...

    ReplyDelete
  5. share ckit psal forex bleh? :)

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe