Itu dia cover novelnya. Amacam?
Bila baca novel ni teringat kisah yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri RA tentang seorang lelaki yang membunuh 99 orang hingga dia bertanya beberapa orang alim tantang dosanya dan penerimaan taubatnya oleh tuhan. Lelaki itu berjumpa seorang alim dan mengutarakan soalan tentang dosa dia dan penerimaan taubatnya. Namun orang alim tu menyatakan yang tuhan tidak akan menerima taubatnya kerana dosanya terlalu besar lalu lelaki itu membunuh orang alim itu sehingga genaplah 100 orang. Kemudian lelaki itu berjumpa dengan orang alim yang lain dan menanyakan soalan yang sama. Orang alim menjawab ya dan meminta lelaki itu berhijrah ke negeri lain supaya dia dapat belajar agama. Maka lelaki tersebut berhijrah tetapi lelaki itu meninggal dunia ketika di dalam perjalanan. Maka berlakulah perselisihan antara malaikat rahmat dan malaikat azab dimana malaikat rahmat mahu membawa lelaki itu ke syurga kerana lelaki itu dalam keadaaan bertaubat namun malaikat azab mahu membawa lelaki itu ke neraka kerana lelaki itu belum beramal soleh. Datanglah seorang malaikat lain yang mencadangkan supaya diukur jarak perjalanan lelaki itu. Jika jarak perjalanan dekat dengan negeri lain maka ke syurgalah lelaki itu dan sebaliknya jika jarak perjalanan jauh dengan negeri lain maka ke nerakalah lelaki itu. Apabila diukur jarak perjalanan tersebut, lelaki itu akan ke syurga kerana jarak perjalanan dia dekat dengan negeri lain.
Apa pengajaran dalam kisah lelaki itu? Pengajarannya, rahmat Allah sangat luas. Dia mengasihani lelaki itu dengan mentakdirkan lelaki itu meninggal berdekatan dengan negeri lain supaya lelaki itu dapat memasuki syurga. Allah juga menerima taubat lelaki itu apabila melihat kesungguhan lelaki itu berusaha untuk keluar dan berhenti dari melakukan maksiat. Sudah semestinya, pengakhiran seseorang manusia itu sama ada ke syurga atau neraka itu adalah dengan izin dan rahmat Allah. Bukan atas amal soleh seseorang itu dapat menentukan seseorang itu dapat masuk syurga atau neraka. Namun, beramal soleh perlu juga dilakukan sebagai tanda keimanan dan syukur atas nikmat Allah kurniakan. Kisah lelaki itu juga merupakan latar dalam novel ini. Seorang pembunuh yang sedang mencari jalan pulang. Ada juga pengajaran lain yang boleh diperlajari dari novel tu antaranya, cara nak meninggalkan dosa, kejujuran dan banyak lagi.
Itulah dia serba sedikit review novel ini.
Harap anda mencari novel ini di pasaran.
Yang terdekat, boleh dapati di Pesta Buku Antarabangsa 2017, PWTC.
Stok terhad dan jangan lepaskan peluang untuk membaca karya terhebat ini.
P.s : Semangat mempromot nampaknya.
Yang terdekat, boleh dapati di Pesta Buku Antarabangsa 2017, PWTC.
Stok terhad dan jangan lepaskan peluang untuk membaca karya terhebat ini.
P.s : Semangat mempromot nampaknya.