kini dia merasa sakit hati melihat
teman sejiwa dia dirampas orang lain.
Pada mulanya aku mendengar sahaja,
komen mana yang perlu.
Kerna aku tahu,
aku tak pernah merasainya
dan aku tak layak untuk komen apa-apa.
Tetapi,
hari ini aku mengungkapkan nasihat
yang bisa menguris hatinya.
Aku berkata,
Dulu arwah pakcikku pesan,
Jika siDia serius dengan kamu,
Dia akan datang bertemu keluargamu dahulu,
menunjukkan betapa seriusnya Dia akan kamu.
Jika siDia datang kepadamu dahulu,
berhati-hatilah,
jangan biarkan hatimu tertaut padanya.
Selepas aku mengungkapkan itu
ternyata kawanku tidak menyukaikan.
Berdasarkan kisah ini,
Daku berpesan...
Duhai gadis,
berhati-hatilah kamu.
Jangan biarkan dirimu diperjual semurah itu.
Jodohmu sudah ditetapkan.
Tidak perlu kuatir dan teruja
dengan kehadiran teman sejiwamu
yang masih belum halal buatmu
Jagalah diri,
Bersedialah kamu dari segi fizikal dan metalmu,
jadilah muslimah yang penyejuk mata dan jiwa
ibu yang bakal mengoncangkan dunia
kerna kamu
insan paling dekat dengan anakmu
jadilah guru, contoh terbaik buat anakmu
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe