Wednesday, May 22, 2013

Kenapa perempuan perlu belajar?

Kenapa perempuan harus belajar?
hari-hari mudanya diisi dengan tugasan sebagai seorang pelajar.
berlumba-lumba mengejar sekeping kertas.
bukankah satu saat nanti dia akan menjadi surirumah sepenuh masa?
Sedarkah kamu, pengalaman kamu bersusah payah sebagai seorang pelajar ini tak akan dirasai jika kamu merasainya sendiri. Pembelajaran bukan sekadar di dalam buku tetapi persekitaran kamu, pergaulan kamu, pemerhatian kamu dan pengalaman kamu. Ia mengajar kamu tentang realiti kehidupan dan mematangkan kamu. Gunakan masa ini untuk pelbagaikan kemahiran kamu sebagai alatan untuk digunakan di masa hadapan. Tak rugi bila menuntut ilmu.
ECONOMICS AND FINANCE MAKES ME THINK ABOUT REALITY OF LIFE.

Mengapa aku boleh mengeluarkan status ini?
Hurm...
Lama juga aku memikir persoalan ini.

Mengapa perempuan perlu pergi belajar?
Kena pergi kelas,
siapkan assignment,
kena ambil kuiz dan exam.
Melayan karenah member group assignment.
Masuk persatuan.
Jadi ahli persatuan dan pegang beberapa jawatan.
Sertai usrah dan majlis ilmu.

Memandangkan kaum ini sibuk dengan semua benda,
sehinggakan skill kerumahtanggaan tidak sempat dipelajarinya.
sampai tak reti memasak.
kemas rumah tak reti.
apatah lagi menjahit.

Bukankah tugas sebenar seorang wanita
adalah untuk menjadi surirumah yang berjaya?

Aku ada menanyakan persoalan ini kepada rakanku.
Mereka pun terfikir benda yang sama.
Bermacam-macam jawapan aku dapat.
Ada yang jawab entah.
Ada yang tukar topik.
Ada kata inilah masanya untuk tunjukkan kuasa kaum hawa.
yang berkaliber dalam pelbagai tugasan.
Ada yang kata ruginya belajar tinggi2 tapi tak kerja.

Tiba2 hari ini aku mendapat jawapan.
Cuba anda fikirkan.
Jika kaum hawa tidak dibenarkan belajar
dan mentaliti tentang kaum hawa hanya sesuai untuk jadi surirumah
menebal dikalangan masyarakat kita,
Adakah anda rasa kaum hawa itu dapat pelajari sesuatu tentang kehidupan?
Belajar tentang perangai manusia?
Belajar tentang hal ehwal semasa?
Belajar tentang remehnya menjadi seorang pelajar?
Belajar nak uruskan diri,
Belajar untuk membuat keputusan,
Belajar untuk bertindak rasional,
Belajar untuk berfikir dengan matang,
Belajar untuk mengadap dikhalayak ramai.
Banyak benda dapat dipelajari

Waktu inilah kaum hawa kena kaut sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman.
Tak rugi jika kita isi masa sekarang untuk tuntut ilmu sebanyak mungkin.

Ternyata kaum hawa ini superwomen.
Serba boleh dalam pelbagai perkara.
Untuk menjadi muslimah dan isteri terbaik,
Demi menjadi guru dan mentor terbaik
buat anak dan generasi akan datang.

P.s : Peluh besar bila memikirkan keadaan dunia ekonomi dan finance sekarang.
Riba berleluasa dan cabang ilmu ekonomi yang begitu liberal.
Sesungguhnya mereka sudah menguasainya
dan kita berada dalam penjara ilusi yang agak besar.

Tuesday, May 21, 2013

Blouse untuk Emak


Sedangku berjalan pulang dari kelas aku terpandang sekumpulan rakan sebayaku.
"Cantiknya blouse tu," puji aku bila melihat salah seorang rakan sebayaku memakainya.
Aku baru terlihat blouse itu di butik area center. Harga dia mencecah RM50.

"Nak belikan untuk emaklah," kataku tetapi dalam fikiranku sedang mengira-gira untuk membelikan untuk diri sekali. Dalam nasi lemak ada batu rupanya. 

Tup... Baruku teringat. Sekarang ni aku tengah berjimat cermat untuk menyimpan sedikit wang untuk pembelanjaan semester pendek akhir bulan 6 nanti.
"Alamak... macam mana ni?," aku mengeluh.

Lamaku berfikir sama ada membeli terus tanpa berfikir panjang atau....
Tiba-tiba aku rasa tidak enak bila meneruskan niat itu.
Jika aku membelinya dengan duit yang aku miliki sekarang,
duit pinjaman hasil dari kutipan cukai rakyat,
semata-mata untuk kegunaan sendiri,
memuaskan nafsu sendiri,
alangkah tidak bagus sikap itu.
Walaupun duit tu aku pinjam. Hueh.

Tiba-tiba terasa nak kumpul duit sendiri,
nak kerja sambil belajar,
supaya aku boleh guna wangku sendiri
untuk beli apa yang aku mahu.

Tetapi aku masih ada 2 semester panjang sebelum graduate.
Alangkah rugi jika aku tidak mengoptimum masa yang ada
untuk belajar bersungguh-sungguh
dan menambahkan lagi ilmu dan kemahiran
dan juga CGPA untuk melayakkan aku 
untuk keluar dari universiti ini dengan gahnya...
"Erk... Nak muntah..." geli tekak aku kejap.

Bukan nak keluar universiti dengan gahnya.
Tetapi nak emak dan bapak aku merasai nikmat bila anaknya 
dapat grad first class degree dari universiti ini.
Terubat sikit penat lelah mereka membesarkan aku.

Bila terfikir hal itu,
ehem...
apalah sangat.

Apa kata aku belajar dulu,
dah grad nanti kerjalah sepuas-puasnya
sampai muntah hijau pun takpe.
Dengan duit dari titik pelu ni
boleh digunakan untuk beli macam2
nak beli satu lori blouse untuk emak pun takpa.

Baru ada keberkatan dan kepuasan disitu.
Pemberian hasil dari titik peluh sendiri.
Bukan hasil duit kedebuk jatuh dari langit.

P.s : Cerita ini begitu banyak garam, gula, asam dan ajinamoto.
Tetapi masih nampak point2 penting dia ngak? hehe

Wednesday, May 15, 2013

MAri BErfikir


Sedangku meniti hari-hari,
ku memikirkan hari-hari mendatang,
mengapaku disini?
mengapaku terasa sunyi sekali?

Disaatku berjalan,
ku melihat teman-teman ketawa keriangan,
kelihatan bersama-sama sepanjang masa,
terdetik dihatiku,
betapa kuatnya hubungan mereka itu
dari kaca mata zahirnya.

Disaatku menyambung perjalananku,
ku berfikir lagi,
adakah aku disini hanya untuk mencari teman,
teman yang mampu mengisi kekosongan ini?
teman yang bisa berdiskusi bersama,
memikir masalah ummah,
mampu menjadi penasihatku disaat daku hanyut.
Tetapi sampai bila aku harus bergantung harap sama temanku,
aku perlu bergerak sendiri,
berdikari pada suatu hari nanti.

Persoalan itu mematikan lamunanku...

Daku meneruskan perjalananku,
ku terlihat lambakan akhbar,
ku membelek lembaran demi lembaran,
tiada berita menarik untukku baca,
ku terlihat kaca televisyen itu,
apakah ini?
dengan inikah cara mereka menggunakan media itu?
Sungguh kasihan sekali.
Kasihan sekali buat mereka yang terpengaruh,
malah lebih kasihan lagi buat mereka yang menyampaikan itu.

Daku meneruskan perjalananku lagi,
ku teringat perihal kelas,
kelas begitu membosankan sekali,
aku seakan kurang berminat untuk menuntut ilmu lagi,
seakanku mencari tujuan sebenarku disini,
Aku terbayang adik-adikku,
mereka begitu tekun sekali belajar.
Aku?
seharusnyaku menjadi contoh buat mereka,

Daku teringat adik bongsuku,
dia seakan-akan tidak mengerti
mengapa harus belajar,
seperti aku,
tetapi aku menjawab,
"Kamu akan mudah tertipu bila tiada ilmu",
aku mengungkapkan kata-kata itu
tetapi aku yang tidak faham.

Bapak pula pesan,
"Sebenar-benar kawan baikmu adalah ilmu,
sentiasa bersamamu tatkala susah dan senang,
sentiasa menjadi pelita buatmu tatkala gelap,
sentiasa menjadi penasihatmu tatkala kebinggungan,
tuntutlah ilmu selagi mampu...".

Apa yang aku fikirkan.
Banyak betul yang aku tengah fikir.
Adakah aku terfikir bagaimana amalanku?
Ibadahku?
Masih mencukupi atau makin kurang?
Sama-samalah kita muhasabah...

Tuesday, May 14, 2013

How to be somebody?? Any idea.?

Untuk menjadi somebody
kena jadi orang outspoken
Berani bercakap dihadapan
Lantang bersuara

If not, 
you can only be an ordinary person...
That's what my lecture says.

Hurm... Hurm... Hurm...
How?
Aku bukan seperti itu
orang yang lantang bersuara
Tetapi aku boleh jadi orang bekerja di sebalik tabir

Bila suruh present assignment, gagap
Bila suruh jadi MC, aku lari
Bila suruh bagi arahan.....
aku blur...
Guane?

How to step that "halangan"?
Adakah aku hanya bermain dengan emosi?
Setiap kali aku nak present assignment,
pada mulanya aku yakin aku boleh.
Bila tengah2 presentation...
Aku stuck dan mula blur.
Aku akan diam lama.
Nampaknya aku berfikir tapi 
aku tak tahu nak cakap apa lagi sebenarnya
jika aku berhenti dan bagi next presenter
ternyata aku hanya bercakap sedikit sahaja
Waaaaaa....

Adakah faktornya aku kurang bersedia?
Adakah kerana topik yang aku bincang 
bukan jenis topik yang aku suka untuk bercerita?

Penatlah berfikir benda ni.
Last option aku ambil....
baik aku tak perlu present
bagi kat orang yang boleh present.

Tetapi,
melalui ukuran apa yang aku guna
menyatakan orang itu boleh present dengan baik atau tak?
Jawapan yang terlalu subjective.
Aku rasa semua orang boleh present dengan baik.
Jika itu kesimpulan aku,
makanya 
aku pun boleh present dengan baik.
Aku kata semua orang boleh present dengan baik...
Tettttttttt...................



P.s : tengah2 search gambar kat google,
jumpa nama tempat ni.
Namanya Kampung Pening Lalat.
Nice...

Monday, May 13, 2013

Jaga dirimu gadis


Rakanku bercerita tentang teman sejiwa dia,
kini dia merasa sakit hati melihat
teman sejiwa dia dirampas orang lain.

Pada mulanya aku mendengar sahaja,
komen mana yang perlu.
Kerna aku tahu,
aku tak pernah merasainya
dan aku tak layak untuk komen apa-apa.

Tetapi,
hari ini aku mengungkapkan nasihat
yang bisa menguris hatinya.

Aku berkata,
Dulu arwah pakcikku pesan,
Jika siDia serius dengan kamu,
Dia akan datang bertemu keluargamu dahulu,
menunjukkan betapa seriusnya Dia akan kamu.
Jika siDia datang kepadamu dahulu,
berhati-hatilah,
jangan biarkan hatimu tertaut padanya.

Selepas aku mengungkapkan itu
ternyata kawanku tidak menyukaikan.

Berdasarkan kisah ini,
Daku berpesan...
Duhai gadis
berhati-hatilah kamu.
Jangan biarkan dirimu diperjual semurah itu.
Jodohmu sudah ditetapkan.
Tidak perlu kuatir dan teruja
dengan kehadiran teman sejiwamu
yang masih belum halal buatmu

Jagalah diri,
Bersedialah kamu dari segi fizikal dan metalmu,
jadilah muslimah yang penyejuk mata dan jiwa
ibu yang bakal mengoncangkan dunia
kerna kamu 
insan paling dekat dengan anakmu
jadilah guru, contoh terbaik buat anakmu 

Wednesday, May 08, 2013

Pembentangan Projek "Siri Animasi Keluarga Yokies Kembali"

Masam,
mengapakah dikau sebegitu masam mukanya?
apakah salah kami?

Ceria,
kami sehabis mungkin menceriakan suasana itu.
walaupun semangat sedikit merundum melihat riak mukamu,
tetapi,
kami gigihkan juga menjayakan pembentangan kami.
 
Segalanya sudah tersedia.
Video pratonton sedia.
MC sedia.
Wartawan sedia.
Kameraman sedia.
VIP juga sudah sedia.
Gimmik sedia.
Ops, pulut kuning sudah sedia.

Berjalan,
Segalanya berjalan dengan lancar.
Semua menjalankan peranan masing-masing dengan baik sekali.
Cuma part aku sedikit goyah.
Entah apa yang aku fikirkan ketika itu,
habis tunggang langgang ayatnya.
Seperti biasa aku terdiam seketika.
seperti radio terputus bekalan tenaga.

Setelah selesai,
kami menjamu selera,
di dewan itu,
tetapi,
kami lupa yang dewan itu 
tidak boleh membawa masuk langsung makanan.
 
Nah,
rasakan penangan
mogok dan kebisuannya itu.
Dia berlalu pergi tanpa mengatakan apa-apa.
Kami terpinga-pinga seketika.
Setelah diajak berkali-kali begitulah reaksinya.
 
Apalah nasib,
memang salah kami,
namanya sahaja pelajar universiti,
tetapi pelajar yang tidak punya adab.
makanlah kami pulut-pulut itu.
 
Secebis kenangan setelah pembentangan.
 
 
Semoga kami mempelajari sesuatu dari projek ini,
Semoga Allah ampuni dosa-dosa kami,
dan ukhwah kami berkekalan sampai bila-bila.