Thursday, April 25, 2013

Refresh and loading


Refreshing Refreshing

Loading Loading

Server time out
Refreshing Refreshing
Loading Loading

Oopps... Google chrome cannot connecting..
Refreshing Refreshing
Loading Loading

Can log in
Click "change sem" button menu
Oopps... Google chrome cannot connecting..
Refreshing Refreshing
Loading Loading

Keep refreshing and loading until the end... =_='

#PREREGSEM3AND1,2013/2014

P/s : Does it look me angry?
Look like a poem.. Agree?

Mentoring SMK Wangsa Melawati


Banyak benda dpt dipelajari sepanjang berprogram selama 2 hari...

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Semangat komiti dan fasi yang OSEM serta mendapat sambutan luar biasa dari pelajar sangat mengharukan dan memotivasikan kami. Semoga kami terus setia menerus perjuangan ini dan tidak kenal erti serik.

#TELESQOP#KEMPEMANTAPANSOLAT#PRS

P.s : Ia mengingatkanku di masa lalu


Itu status FBku.
Banyak pengalaman, kenangan manis, kenangan pahit yangku dapat sepanjang berprogram bersama mereka.
Terasa nikmat terbesar ialah bagaimana Allah tarik sesorang itu dan mengantikan seseorang itu dengan suatu yang jauh lebih baik.
Subhanallah.
Bagaimana Allah nak ajar kita bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.
Memang bermandi dengan emosi sebelum tu, macam2 ujian menimpa sampai rasa nak batalkan aja program itu.
Tetapi mengenangkan komiti yang begitu semangat, niat murni adik2 sekolah itu untuk kembali ke menginggati Allah dengan solat dan usaha cikgu sekolah sangat mengharukan kami.
Lepas selesai berprogram itu rasa nak menangis.
Menangis kerana kami berjaya dan terasa lapang dada.
Penat lelah kami terbalas.
Semoga adik2 tu terus melaksanakan solat yang merupakan tiang agama dan tidak lupakan kami.

Bagaimana ia mengingatkanku dimasa lalu?
Dimasa laluku dimana daku sebahagian komiti yang bersama-sama menjayakan program sekolah.
Dimana ketika itu daku tidak mengerti hasrat murni cikgu.
Mengapa harusku ponteng kelas semata-mata nak siapkan module untuk program?
Mengapa harusku ke hadapan khalayak untuk mengendalikan program itu?
Mengapa harusku menanggung beban bersama komiti kesan akibat kehilangan telefon bimbit peserta selepas program?
Mengapa harusku bermandi emosi sama ada menurut kehendak cikgu atau kehendak keluargaku?
Apa tujuan sebenar cikgu suruh kami buat itu dan buat ini?
Kini aku mendapat jawapannya.
Begitu lama sekali persoalanku tadi terjawab.
Kini aku merasa puas...

Thursday, April 18, 2013

Terlajak kata dan perbuatan...

[sources]

Terlajak perahu boleh diundur.
Terlajak kata dan perbuatan.....?

Hurm...
Tetiba rasa bersalah.
Tetiba rasa geram pun ada.
Tetiba rasa nak salahkan diri sendiri...

Rasa penat sangat.
Penat layan orang.
Bila bekerja dalam berkumpulan.

Baiklah.
Saya salah.
Saya tak ingatkan mereka.
Saya hanya bagi tugasan kat mereka dan dah bagi tahu bila nak kena hantar.
Saya tak buat perjumpaan untuk melihat perkembangan kerja mereka.
Saya tak message pun tanya yang assignment boleh buat ke tak...
Saya minta report lambat.

Tapi....
Saya tak punya masa untuk semua itu.
Saya juga ada komitmen lain.
Saya ada assignment lain nak kena fokus.
Ada perbentangan, kuiz, mid term exam.
Saya juga seorang pelajar.

Maka,
Saya dengan berani membuat anggapan yang mereka akan buat.
Bila dah bagi tugasan terus buat.
Tak perlu disuruh, ditanya, dipaksa.
Pandai2 ambil langkah sendiri untuk siapkan bahagian masing2.

Tetapi,
Jangkaan saya salah.
Mereka tidak buat.
Dah tolong susunkan pun tak buat juga.
Siap tunjuk protes lagi tu.
Malah dipersalahkan.
Saya dipersalahkan kerana lambat mengumpul bahagian report.
Saya dipersalahkan kerana slide presentation tidak lengkap.
Saya dipersalahkan kerana tidak balas message mereka.

Saya nak kumpulkan report sebab mereka tak bergerak.
Takda sesiapa nak kumpulkan report.
Ahlik yang dipertanggungjawab untuk buat intro dan conclude pun duduk senyap.
Saya lambat mengumpul bahagian report sebab ada ahli tak siapkan part dia.
Ada yang baru nak buat pun ada. Takkan nak tunggu orang tanya baru nak buat?
Ada yang hantar terlalu lambat. Dan dia tak bagi tahu dia hantar.
Disababkan itu, saya tolong buatkan part dia, siapkan report tu.
Saya tak lengkapkan slide presentation kerana ada ahli tak bagi part dia.
Saya tidak balas message sebab sakit hati sebab kenapa harus esok nak hantar malam ni baru nak tanya tentang report. Selama saya desak mereka hantar secepat mungkin, mereka tak buat pun macam tu. Tak tanya pun.

Saya tengok madam.
Madam sudah berkali-kali minta perbetulkan data yang sudah dihantar.
Madam sudah letak tarikh akhir untuk perbetulkan iaitu minggu lepas.
Tapi ada je group yang hantar semalam.
Dapat kat aku bikin panas tu...
Tapi madam cool je.
Cool sebab boleh deduct mark? haha

Aku kena belajar terima kenyataan ke?
Kalau dah tahu diri tak suka diperlakukan seperti tadi,
aku kena mulakan langkah dahulu.
Aku kena selalu jadi ketua.
Selalu kena remindkan orang.
Selalu desak orang siapkan kerja.
Susunkan isi dalam report.
Nak kena buat macam tu baru diri rasa puas hati?
Puas hati diakhirnya, tapi sakit hati sepanjang proses penyiapannya.
Dah pernah rasa. Memang perlukan kesabaran lagi tinggi.

p.s : Serius, aku dah nak muntah hijau buat kerja dalam berkumpulan. 
Baik aku buat sorang2 baru puas hati.

Sunday, April 14, 2013

Ujian Allah

Setiap orang pasti pernah ditimpa musibah, kesusahan, keresahan dan ketakutan.
Dan ada juga orang diuji dengan kesenangan, kemewahan, kemegahan dan kekayaan.
Itu semua adalah sebahagian dari ujian Allah.

Ujian yang diberikan oleh-Nya mengikut tingkat iman kita.
Allah juga menguji kita supaya kita menjadi kuat dan kebal.
Kuat dan kebal dalam melalui ujian Allah.

Kadang kala ujian itu datang kerana Dia nak tegur kita.
Tegur kita supaya kembali mengingati Dia.
Supaya kita sedar akan kesalahan kita.

Ujian itu juga diberi kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Dia lebih tahu segala-galanya.
Kita hanya mampu merancang
tetapi apa yang berlaku atas ketentuanNya.

Kadang kala ujian itu sebagai tiket menambah pahala,
tatkala kita diuji kesusahan, adakah kita sabar?
tatkala kita diuji dengan manusia yang sering menyakiti kita, 
apa yang kita buat?
tatkala segala perancangan kita tidak menjadi,
adakah kita salahkan takdir?
tatkala Allah memberi kita harta yang melimpah ruah,
apa yang kita akan buat dengan harta itu?

Setiap yang ada disekeliling kita adalah ujian.
mari kita lihat siapa dan apa disekeliling kita.
Keluarga,
Kawan,
Haiwan,
Pelajaran,
Peperiksaan,
Pekerjaan,
Harta,
Pangkat,
Persekitaran...
Semua itu benda dan alat yang Allah akan gunakan untuk uji kita.
Allah akan uji dengan bermacam jenis ujian 
dengan perkara yang ada disekeliling kita...

Jadi,
apa yang perlu kita buat?
1- Hadapi ujian dengan tenang.
2- Berfikirlah dengan rasional dan fikir masak2 sebelum bertindak.
3- Jaga tingkah laku dan kata-kata 
kerna diwaktu beginilah kita bertindak dan berkata dengan penuh beremosi.
4- Sabar.
5- Cari jalan penyelesaian.
Pilih jalan penyelesaian terbaik.

INGATLAH...


“ Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):”Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankankan kepada kami apa yang tak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami… 
(Surah Al-Baqarah :286)."

Tuesday, April 09, 2013

Pesanan dari Super Senior

Pesanan melalui burung merpati... wah333  [Sumber]

Saya selaku wakil dari Super Senior Universiti nak pesan 
kat adik2 atau pelajar2 yang masih belajar supaya:

1- Hargailah peluang yang ada.
Janganlah sia-siakan peluang belajar.
Kesian kawan2 yang kat luar sana nak masuk universiti tapi tak dapat.
Yang dapat tu buat hargai peluang itu elok2.
Belajar betulsiapkan assignment dan homework, 
sertai aktiviti dan kelab dalam kampus untuk asah bakat dan tambah pengalaman.

2- Jangan susahkan orang lain.
Bila dah bekerja dalam kumpulan tu buatlah cara bekerja dalam kumpulan.
Sentiasa peka dengan kerja yang lecture bagi.
Bahagikan tugas sesama ahli kumpulan. 
Tak tahu nak buat tanya kat ahli kumpulan.
Pilih hari dan masa yang sesuai dan bincang.
Janganlah buat diam aja.
Bila sampai hari nak hantar kerja, terhegeh-hegeh tanya macam mana nak buat.
Lagi best tu, lecture kat depan tengah mengajar, kita pula sibuk pulun siapkan kerja.
Super duper best, tarik ahli kumpulan tolong dia siapkan kerja dia masa tu juga.
Kerja nak kena hantar. Ingat ahli lain takda kerja lain nak buat lepas tu?
Tak patut... tak patut...

3- Ada ilmu lebih ajarkan.
Jika ada kawan minta tolong ajarkan, tolong sahaja.
Jangan kedekut.
Lagi kita ajar orang, lagilah ilmu itu melekat di kepala.

4- Kita semua adalah sama.
Janganlah bezakan kita dengan umur dan batch.
Bila dah mula rasa diri dia tua, lebih berpengalaman, tahu semua benda,
itu tandanya dia sudah mula rasa diri dia besar.
Bila dah jadi macam ni, nak buat kerja bersama pun susah, nak tegur susah, 
serba serbi susah. Sebab dia nampak kita ni tak punya apa2.
Tak perlu nak rasa beza sangat.
Dah nak kena sekumpulan dengan junior, terima jelah.
Nak ajak discusi, sertailah sekali walaupun dah rasa diri tu "pandai" sangat.
Tunjukkan kat adik2 junior contoh terbaik.

5- Jangan ambil kesempatan dengan kebaikan orang.
Manusia ada banyak jenis. 
Ada yang tegas, ada yang lembut, ada yang serabut... eh... eh...
Ada yang baik hati juga.
Bila dapat orang yang baik hati ni selalu kena buli.
Tak siap assignment, kawan yang baik hati ni juga tolong buatkan.
Tak datang kelas, kawan yang baik hati ni juga tolong msg homework.
Takkan semua benda nak si kawan baik hati juga buat.
Psss... korang tak takut ke?
Kawan yang baik hati ni ada simpan singa tau.
Sekali dia mengamuk, dia telan kamu macam mana...?

6- Kamu buat, kamu dapat.
Jangan... Jangan... Jangan...
sesekali ponteng kelas,
tak buat homework,
tak buat assignment....
Jika kamu buat 3 perkara diatas ini, 
memang terang lagi bersuluh yang kamu bakal gagal dalam subjek itu.
Buat jelah apa yang lecture suruh buat.
Itu pun untuk kebaikan kamu juga.
Tak sia-sia pun.

Setakat ini pesanan super senior universiti.
Tolong... Tolong... Tolong... jadi matang sikit.
Anda dah besar panjang dan dah boleh kawin pun,
takkanlah nak kena orang lain duduk ketuk "wey bro, buatlah homework tu..."
nak kena suruh buat itu, buat ini, tak pandai nak pegang dan laksanakan amanah.
come onlah...
fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah...