Monday, November 23, 2020

Terlepas nak beli novel terbaru Hilal Asyraf

Tak tahulah apa yang sibuk sangat masa tu sampai terlepas promo dari penulis Hilal Asyraf.

Tahun ni memang sibuk semacam. Dengan berlakunya Covid lagi, semua jadi kelam kabut. 

Tak pasal-pasal terlepas nak beli siri Hikayat Satria Sejati dan Gelombang Baru. Aduhai.




Hilal Asyraf ada message peringatan tentang promo novel dia. Dia message sebab saya banyak kali beli novel dengan dia. So jadi regular customerlah. Tapikan masa tu mood saya tengah swing sebab baru lepas habis berperang dengan auditor. Sepatutnya mengaudit akaun perniagaan ni boleh settle bulan 6 atau bulan 7 setiap tahun. Tetapi disebabkan Covid, jangka masa dipanjangkan sehingga bulan 10. Sebelum ni buat audit 2 trip dan malangnya tahun ni semua jalan sekali. Bayangkan kena settlekan audit dan tax untuk 6 syarikat kecil yang berlainan business nature dan 1 syarikat holding yang berpusat di Labuan pada saat akhir iaitu dalam seminggu menuju tarikh 30 Oktober 2020. Dengan bermacam isu berbangkit sepanjang bulan 10, siap auditor yang handle akaun syarikat kami resign. Lagi stress bila masa tu kerajaan arahkan untuk kerja rotate dengan staff sekerja. So terpaksalah angkut bawa balik file balik rumah. Terkesan dalam jiwa dan stress oooo. Yes I'm do it alone and bos cannot blame me if any problem arise later. Yelah bos bagi proceed semua tanpa check akaun. Giler. Saya still check juga sampai naik giler dan cuba untuk jawab audit query mereka. Tak jawab audit query, takleh release report ke secretary untuk dihantar ke SSM. Then akan jadi late lodgement dan bakal didenda. Hari tu memang cuti khas untuk tenangkan emosi dan fikiran. Tapi saya terlepas promo ni. Nak menangis. (done membebel)

Takpelah, mungkin takde rezeki saya. Nak buat macam mana kan.
Saya still support novel dia. Kira sedekahlah nanti beli setiap siri. Dia dah buat kombo bagai mesti banyak dia cut untung. Kena alert ni!

P/s : Novel dia sebelum ni pun tak habis baca. 
Akibat tertengok review Aman Wan dalam youtube T_T

Sunday, November 22, 2020

Life lesson from Ninoy Founder Crown Ambassador - Amway

Ninoy Founder Crown Ambassador. Beliau mendapat gelaran ini dalam usia yang sangat muda. Tapi apabila melihat liku-liku bagaimana dia berusaha sampai ke tahap sekarang ni, he deserve to get it. He is too special and people like him will get what he want to be.


Itulah dia Founder Crown Ambassador - Ninoy dari Thailand.

Antara cebisan perkongsian dari beliau.










Saya suka qoute ni. Nak berjaya, kena rendahkan ego dan back to basic. Basically buat Amway ni dia ikut 3 konsep asas iaitu selling, sponsoring dan servising. Beliau buat semua tu dan repeat sehingga dia berjaya capai Founder Crown Ambassador. Bila sampai tahap tu, income dia jadi unlimited dan memang sah pendapatan dia bakal diwariskan kepada anak dia walaupun dia dah tak kuat berniaga atau meninggal dunia. Nak capai Founder Crown Ambassador ni kira peringkat dia dah lahirkan ramai businessman atau businesswomen yang berjaya dalam Amway. Selling dia pun jangan cakaplah. Dia bantu naikkan value diri dia, dia berjaya bantu ramai orang tak kira dalam kewangan malah kualiti hidup.







Beliau sempat lagi buat kita berfikir sama ada mahu teruskan makan gaji atau mulakan bisnes sendiri. Makan gaji memang seronok sebab tiap bulan dapat gaji tetapi hanya cukup makan sahaja. Nak buat investment tak lepas, itu belum cerita simpanan hari tua. Paling biasa berlaku, bila berlaku apa-apa di luar jangka terus pening tiada duit sebab tak sempat nak menyimpan. Berbanding bekerja dan mulakan bisnes Amway. Gaji dapat, duit part time pun dapat. Sempatlah buat simpanan dan investment mana yang patut.



Jadi pilih yang mana kita nak jadi. Nak jadi macam En Jimmy yang dapat income cukup makan untuk sara hidup atau jadi macam En Johnny yang ada duit lebih nak buat apa sahaja yang disukainya. Ni time raya mesti ramai kerumun kat En Johnny sebab duit raya dalam sampulnya lebih besar nilainya. Kita bayangkan En Johhny ni tak kedekut orangnya ya.



Common thing yang semua orang buat ialah apply for a job. Tapi tu sebab wang yang jadi masalah. Nak dapat wang secara tetap. Tetapi kalau wang tidak menjadi masalah, mesti korang pilih start your own business kan. Option luar pilihan berjimba dengan duit yang ada ye tak. Asyik duit keluar je mesti kena ada duit masuk. So nak tak nak kalau ada wang di tangan mesti nak buat bisness kan.


Itulah konsep bisnes Amway.
Ia perlu di buat bersama baru berjaya.
Bersama-sama berjaya dengan bisnes owner dibawah jagaannya.

Anda berminat nak jadikan bisnes Amway sebagai plan B financial freedom?




Friday, November 20, 2020

Dim Sum yang enak

Anda mencari dim sum yang sedap dah buatan sendiri?




Sedap juga rasa dia. Rasa real dengan inti ikan, ayam, udang. Fresh sangat. Produk bumiputra. 


Antara menu yang ditawarkan :















So apa lagi. Jom order. 😁


Thursday, November 19, 2020

Gosip panas tentang Amway


Bila berbicara tentang Amway, apa yang pembaca bayangkan?

1- MLM

2- Kayakan orang atas

3- Barang yang mahal 

4- Tak berkesan pada diri

5- Susah nak menjual

6- Dengki sebab takut dia berjaya hasil belian kita 

dan bermacam lagi tanggapan yang bermain di fikiran apabila mendengar perkataan Amway.

Yang lagi best, informasi yang kita dapat tu adalah dari mulut kaum kerabat sendiri, kawan-kawan dan hamba Allah yang dikatakan "arif" tentang Amway padahal tak tahu pun pasal Amway.


Pernah tak anda terfikir apa itu Amway?

Apa itu bisnes networking?

Apa itu direct selling?

Kenapa mesti bisnes Amway?


Masing-masing ada tanggapan sendiri tentang bisnes. Tak kisah jenis bisnes apa yang diceburi tetapi agak tidak manis jika kita tidak selidik dahulu hakikat sebenar bisnes tersebut malah menabur berita tidak benar tentang Amway. Asal MLM yang teruk je Amway. Asal kayakan orang atas je Amway. Bila dengar nama Amway terus bagi bad review.

Jadi, apa yang kita patut tahu tentang bisnes Amway?

1- Dalam bisnes Amway, kita diberi pilihan sama ada hendak buat bisnes atau tidak. Kita tidak dipaksa untuk menjual. Nak menjadi ahli untuk pakai barang Amway pun tak menjadi masalah. Cukup point terus dapat bonus dari Amway. Bila jadi ahli dapatlah pakai barang Amway dengan harga diskaun. Bermula Disember 2020, pengguna sudah ada pilihan sama ada nak buat bisnes atau nak jadi pengguna sahaja. Nak tahu lebih lanjut bolehlah refer bisnes owner Amway yang anda kenali.

2- Diakui yang bisnes Amway adalah bisnes MLM tetapi bisnes MLM yang patuh syariah. Macam mana bisnes Amway menjadi bisnes patut syariah? Mempunyai sistem yang jelas dan tiada agenda tersembunyi. Amway memang telus dalam pembayaran bonus dan pendapatan yang peniaga dapat adalah dari hasil jualan dan hasil kejayaan didikan bisnes owner Amway bawah jagaannya. Unik tentang bisnes Amway ni, siapa yang banyak bantu bisnes owner Amway bawah jagaan dia dan siapa yang banyak menjual barulah dia layak dapat bonus besar walaupun dia baru masuk join Amway. Ia berdasarkan usaha. Bukan hasil goyang kaki.

Formula dia : 

* ia tidak dipengaruhi bila anda masuk jadi bisnes owner Amway. Even kalau anda dah lama masuk pun, jualan sedikit, tak tolong bisnes owner Amway jagaan anda buat bisnes, anda tak layak dapat bonus besar.

3- Konsep bisnes Amway yang unik dan memang kena pada tujuan penubuhan dia.

    a- Ia menggunakan konsep bisnes sendiri dan keluarga 

        Sesiapa yang sign up jadi bisnes owner Amway, anda umpama menjadi partnership dengan Amway. Anda boleh guna nama Amway, jenama dia, barang dia untuk buat duit dengan menjual secara terus kepada pelanggan. Itulah nama dia direct selling. Bisnes owner Amway ni macam iklan bergerak bagi Amway. Itulah prinsip Amway nak dekatkan produk dia kepada pelanggan dengan sentuhan manusia. Bukan dengan iklan besar tepi jalan, bukan dengan iklan di dada akhbar malah di televisyen. Dan dengan menjadi bisnes owner Amway, anda ada kebebasan masa bersama dengan keluarga anda

    b- Perniagaan yang adil

        Seperti yang saya katakan tadi, Amway menekankan konsep perniagaan yang adil berdasarkan usaha individu itu sendiri. Individu yang menjual banyak dan membesarkan group dengan menjayakan bisnes owner jagaan dia maka individu itu layak mendapat bonus yang banyak.

    c- Pasif dan boleh diwariskan kepada keluarga

        Pendapatan yang kita dapat hasil menjayakan bisnes owner bawah jagaan kita akan sentiasa dapat malah boleh diwarisi kepada anak-anak bila kita sudah meninggal dunia kelak.

    d- Perniagaan yang besar dan tanpa had 

        Amway tidak meletakkan limit sebesar mana anda nak maju dalam bisnes Amway ni. Siap boleh tambah banyak cawangan lagi. Konsep tambah cawangan ni adalah dengan mencari bisnes partner dan sama-sama maju dalam bisnes Amway. Nak menaja 1 juta orang pun Amway tak kisah. Powernya dapat ajak 1 juta orang buat bisnes. Nak ajak seorang pun dah semput. Banyak sangat gosip pasal Amway ni. Adoi.

    e- Membantu insan yang ingin dibantu

        Tiada istilah paksaan dalam berniaga. Anda nak pendapatan tambahan, anda yang kena tunjuk kesungguhan anda. Walaupun anda sudah menjadi ahli Amway pun kalau tak mula menjual, tak mencari orang yang perlu dibantu untuk menambah pendapatan mereka, anda tidak akan dapat apa2 dalam bisnes ini. Upline sentiasa menghulurkan tangan dia untuk membantu anda dan jangan salahkan dia jika dia lebih berjaya kerana dia usaha sendiri dalam jualan dan berjaya membantu insan lain yang ingin dibantu.

    f- Halalan Toyyiban

        Amway tersenarai dalam bursa Malaysia dibawah kaunter patuh syariah. Nak masuk senarai kaunter patuh syariah ni bukan senang ya. Ada banyak kriteria yang perlu ada supaya dapat tersenarai dalam kaunter patuh syariah. Suppliment jenama Nutrilite mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jakim. Tabung Haji juga menjadi pemegang saham dalam Amway. Mereka mesti kaji dulu latar belakang syarikat tu sebelum melabur. 



Sampai disini perkongsian saya tentang Amway, jika anda ada sebarang pertanyaan tentang Amway, boleh kemukakan di bahagian komen. Saya akan cuba mengubah persepsi anda tentang Amway.
Sedih apabila ramai meletakkan Amway sebagai sesuatu entiti perniagaan yang tidak baik. Padahal bila dikaji, konsep dia lebih kurang sama macam bisnes lain. Masih jual barang dan mencari serta melatih orang yang berminat nak berniaga. Bila cukup point dapat bonus. Berbelanja lebih sikit, Amway bagi bonus. Dia bagi duit beb. Secara normal, penjual hanya bagi point atas kesetiaan pastu cukup point boleh tebus barang. Amway tak, dia bagi duitt. Macam ni pun kata scammer. Bisnes lain takde nak tuduh scammer. Pelik betul.Mungkin kena tukar nama bisnes lain agaknya.