Tak tahulah apa yang sibuk sangat masa tu sampai terlepas promo dari penulis Hilal Asyraf.
Tahun ni memang sibuk semacam. Dengan berlakunya Covid lagi, semua jadi kelam kabut.
Tak pasal-pasal terlepas nak beli siri Hikayat Satria Sejati dan Gelombang Baru. Aduhai.
Hilal Asyraf ada message peringatan tentang promo novel dia. Dia message sebab saya banyak kali beli novel dengan dia. So jadi regular customerlah. Tapikan masa tu mood saya tengah swing sebab baru lepas habis berperang dengan auditor. Sepatutnya mengaudit akaun perniagaan ni boleh settle bulan 6 atau bulan 7 setiap tahun. Tetapi disebabkan Covid, jangka masa dipanjangkan sehingga bulan 10. Sebelum ni buat audit 2 trip dan malangnya tahun ni semua jalan sekali. Bayangkan kena settlekan audit dan tax untuk 6 syarikat kecil yang berlainan business nature dan 1 syarikat holding yang berpusat di Labuan pada saat akhir iaitu dalam seminggu menuju tarikh 30 Oktober 2020. Dengan bermacam isu berbangkit sepanjang bulan 10, siap auditor yang handle akaun syarikat kami resign. Lagi stress bila masa tu kerajaan arahkan untuk kerja rotate dengan staff sekerja. So terpaksalah angkut bawa balik file balik rumah. Terkesan dalam jiwa dan stress oooo. Yes I'm do it alone and bos cannot blame me if any problem arise later. Yelah bos bagi proceed semua tanpa check akaun. Giler. Saya still check juga sampai naik giler dan cuba untuk jawab audit query mereka. Tak jawab audit query, takleh release report ke secretary untuk dihantar ke SSM. Then akan jadi late lodgement dan bakal didenda. Hari tu memang cuti khas untuk tenangkan emosi dan fikiran. Tapi saya terlepas promo ni. Nak menangis. (done membebel)
Takpelah, mungkin takde rezeki saya. Nak buat macam mana kan.
Saya still support novel dia. Kira sedekahlah nanti beli setiap siri. Dia dah buat kombo bagai mesti banyak dia cut untung. Kena alert ni!
P/s : Novel dia sebelum ni pun tak habis baca.
Akibat tertengok review Aman Wan dalam youtube T_T
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe