Best betul cerita ni. Dah boleh masuk dalam senarai cerita yang saya tak skip tengok masa tonton. Hehehe
Banyak pengajaran dalam cerita ni.
Bagi saya yang paling besar ialah macam tajuk dia juga. Tidak mengapa kalau diri kita serba kekurangan tetapi jangan jadikan kekurangan tu mematahkan semangat untuk meneruskan kelangsungan hidup. Semua orang ada kisah silam, masalah dan kekurangan. Jadi perbaiki diri, saling bergantung untuk terus kuat menjalani hidup.
Bila tengok cerita ni, terkenang kisah silam diri yang pahit untuk ditelan. Bagi saya yang memang dari kecil dididik menjadi seorang yang sempurna. Masa exam kena dapat markah 90 ke atas. Kena sentiasa duduk kelas hadapan. Kena perfect peribadi dan tak boleh buat silap. Tapi ajaran tu lama2 memakan diri masa saya belajar ambil degree. Disebabkan saya terlalu mengejar kesempurnaan tidak mahu mengulang semula subjek, saya tak perbaiki gred saya masa kecundang subjek core yang melayakkan saya meneruskan pengajian dalam perakaunan. Saya teruskan gred saya itu untuk meneruskan pengajian dalam ekonomi.
Kesannya masih dirasai sampai sekarang. Saya dapat kerja bahagian akaun tapi kerana kelulusan bukan berkaitan perakaunan, saya mengambil masa untuk naik tingkat gaji. Saya memang mula kerja pangkat paling bawah. Saya dapat kerja pada mulanya atas dasar kesian dan lama2 saya perbaiki diri belajar sedikit berkaitan perakaunan bila bos bagi peluang. Bos puji sebab saya cepat belajar dan mudah berurusan. Nak sampai peringkat sekarang dah banyak makan hati sebab menyesal dulu tak ambil degree perakaunan jadi saya kena hadap kecaman bos, berdikari untuk belajar sendiri sampai ada kala rasa rendah diri sangat2.
Jadi bila tengok cerita ni kadang2 mengetuk minda saya supaya kurangkan sedikit mencari kesempurnaan. Tiada makhluk sempurna selain dari Allah swt.
Part ni juga betul2 mengajar saya. Tak semua benda kita boleh nasihat kat orang. Just pinjamkan telinga dan dengar curhat hati dia. Biarkan dia bercerita semua yang terbuku dalam hati dia dan kita biarkan dia buat pilihan mana yang baik untuk dia.
Part ni memang fail sebab mungkin kita rasa kita banyak pengalaman dan dah tahu apa yang akan jadi seterusnya jadi kita cenderung untuk memberi arahan berbanding nasihat. Ini yang bahaya. Takut silap hari bulan dia akan salahkan kita balik sebab dia rasa kita yang paksa dia buat pilihan. Jadi hati2lah ketika memberi nasihat.
Setakat nilah yang saya belajar sepanjang layan drama ni. Semoga ambil ikhtiar walaupun hanya rekaan penulis sahaja. Yang penting kita belajar message terbesar penulis tu cuba sampaikan.
Lepas ni nak layan drama mana ya. 🤔
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe