Nak meluah kat Facebook dah malu.
Nak meroyan kat Instagram nampak macam tak professional.
Nak berkata-kata kat WhatsApp, ramai pulak orang kenal.
So curhat kat sini jelah.
Malam ni tiba2 rindu kat orang. Rindu orang yang pernah rapat waktu dulu. Dalam rasa rindu timbul rasa geram. Rasa macam memory dahulu tu cuma wayang je. Rasa mereka tak ikhlas berkawan sebab sekarang mereka tak bertegur, dah tak ajak sembang malah dah tak ajak keluar pun. Dulu bukan main cari kita. Sekarang macam dia dah tak ingat kita dah.
Kadang2 rasa diri fake dengan semua orang. Dah tak kisah orang nak rapat ke atau taknak rapat ke. Sampai satu ketika dah tak kisah pandangan orang. Just let me proceed my life as usual and don't disturb me. Sampai satu ketika, bila kita scroll kisah lama kat Facebook tiba2 rasa pelik. Dulu aku macam ni ke? Dulu ada rapat dengan sipolan ni. Tapi kenapa dah lost contact? Tiba2 rasa aku dah berubah jauh sangat. Tak macam dulu. Rasa macam aku ni betul2 macam manusia yang tiada perasaan. Sampai tak menghargai orang yang pernah hadir dalam hidup aku lalu dia pun berlalu pergi.
Susahkan bila bersama orang. Sampai tak tahu nak react macam mana. Bila baik sangat kena pijak dan orang tak hargai. Bila tak layan orang ingat kita ni memang taknak kawan dengan dia. Bila kita biasa2 diorg ingat kita tak serius.
Apa tips bagi kawan kekal dengan kita ya?
Nak kena banyak duit ke?
Nak kena ada hobi sama ke?
Nak kena perangai sama ke?
Nak kena apa lagi?
Aku tak faham.
Aku tak faham kenapa ada orang boleh rapat forever?
Tapi aku just jumpa temporary friends.
Last2 baik aku rapat dengan adik.
Nanti kalau adik dah ada teman semati, tinggal aku sendiri. Selagi mak ayah ada oklah.
Kalau diorang dah tiada? What next?
Aku kena cari teman semati? Memang tak jumpalah. Takde yang serius dan mungkin aku ni membosankan dimata mereka. Itupun satu hal. Berkawan pun fail apatah lagi nak dapat teman semati. Setakat ni takde lelaki yang berminat. Perempuan lain seronok mereka nak bersembang. Sampai aku terus tiada topik nak sembang. Mungkin takde benda yang diorang berkenan kot. Bak kata pakcik aku, jelingan aku tajam sampai tiada lelaki berani nak dekat. Entahlah 🙄
So why I'm still here when no one want me?
I don't know. I still have parents and siblings. They are my top priority.
Tired...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe