Friday, March 14, 2014

Homeschool vs Public School

[Sumber]

Niat di hati bukan nak komen tentang "Homeschool" dan "Public School". 

Memang masing2 punya kelebihan. "Homeschool" ada kebaikan tersendiri. Begitu juga "Public School". Bagi yang belum punya idea apa itu "Homeschool" ni, maksudnya bersekolah dalam rumah.  Memang terjemah secara baku terus. Maksudnya anak2 yang belajar di rumah, adalah modul dia yang dikendalikan guru2 yang di upah oleh keluarga. Ada juga guru2 yang buat secara sukarela untuk mengajar anak2 di rumah. Anak2 ini akan dilatih dengan kemahiran macam memasak ke, belajar musik ke ikut ibubapa masing2. Ada yang dilatih dengan kerja sukarela. Ikutlah. Supaya anak2 ni boleh bersosial. Yang "Public School" tu bermaksud anak2 yang mengikuti tahap persekolahan bermula dari tadika sampai tingkatan 5.

[Sumber]

Panjang pula bercerita bercerita pasal "Homeschool" dan "Public School". Tiba2 nak cerita pasal topik ni sebab ada terbaca kat facebook tentang "Homeschool". Tengah baca2 tu teringat pula bagaimana bapak jaga anak2 dia. Anak2 dia yang bersekolah biasa tetapi mampu untuk disiplin. Perkara yang perlu tahu tentang bapak, dia tak bagi anak dia pergi sekolah sendiri sama ada berjalan kaki atau naik basikal walaupun rumah dengan sekolah dekat. Nampak macam dia manjakan anak dia. Tetapi dia tak mahu anak dia bergaul dengan kawan2 yang melencong ke tempat lain. Biasanya budak2 yang pergi sekolah sendiri selalu melencong ke tempat lain dulu sebelum balik rumah. Bapak taknak benda tu. Dari situ dia dah sekat pergaulan anak2 dia. Dia juga sangat teliti pada masa. Lambat kena tinggal.

Satu lagi, bapak sangat ambil berat dengan pergaulan anak2 dia. Untuk anak perempuan dia, dia tak bagi anak dia berkawan dengan lelaki. Kalau bapak tahu memang masak. Samalah jugak dengan anak lelaki. Dia tak bagi anak lelaki berkawan dengan perempuan. Bapak juga suka bagi nasihat dan cerita. Kadang2 cerita dia ada terselit nasihat. Sedikit demi sedikit anak dia ikut kata dia. Dia tak perlu marah. Masa kecil2 dulu memang dah biasa dengan amarah bapak. Memang sedap kena tali pinggang dia. Sekarang dia cuma perlu cakap lembut tapi ayat dia memang sentap. Bila dengar memang tak jadi nak buat macam2. Dia ajak anak dia berbicara tetapi dalam masa yang sama dia nak anak dia hormat dia sebagai bapak. Bapak juga jadi sumber motivasi tiap kali ada peperiksaan. Sifat dia "perfectionist" buat anak dia cuba untuk puaskan hati bapaknya. Selagi tak dapat 90/100 ke atas bagi bapak anak dia masih kurang belajar. Itu masa zaman akulah. Zaman2 adik2 dah longgar sikit. Bila dapat sikit je markah mesti dia bagi kata semangat. Itu yang best.

Isi utama dalam post ni, tak kiralah nak "Homeschool" ke atau "Public School" ke, yang penting ibubapa itu sendiri. Macam mana ibubapa nak corak anak dia. Bukan letak 100% kat sekolah. Andaikata bapak dulu lepas tangan tentang anak dia, takdenya anak dia jadi macam sekarang ni. Anak dia juga akan jadi sebebas mungkin dan dah tak hirau sesiapa dah. Berkat didikan bapak, akhirnya anak dia tak buat benda yang pelik2.

Semoga bapak terus menjadi sumber inspirasiku.
Terima kasih sebab berjaya baca sampai habis. heee~

SMS dari 32665

"RM 1 Ur Facebook SMS subscription has been renewed & expires on 21/3/2014. Chrgs:RM1/wk. To change to daily/mthly subscription, send HELP to 32665. Ref ID:G7********"

Pernah dapat sms sebegini? Tiba2 pula tu.
Sejak bila pula aku subscribe Facebook SMS?
Nak hentikan sms ini?

Taip STOP dan hantar ke 32665.

Nanti akan dapat message sebegini:

"RM0 To stop from receiving message from Facebook, text STOP SMS, to terminate the service, text STOP FB and sent to 32665. TQ for subscribing Facebook SMS"

Reply STOP FB kalau nak stop terus.

Kenapa boleh dapat message ni?
Entah. hahaha

Sumber ihsan : Link

Bila masa aku subscribe.
Selamat duit aku.

Sunday, March 09, 2014

Kisah teladan satu hari

Berat hati mahu menulis,
Sudah banyak kali berdoa supaya semuanya baik,
Namun berat terbuku dihati masih tidak berkurangan.
Banyak kisah berlaku sepanjang 2 hari ni.

Kisah 1#
Di khabarkan salah seorang ahli keluarga saya terselamat dari tragedi kapal terbang itu. Allah gerakkan hatinya untuk tidak pergi workshop ke Beijing. Tetapi hampir 20 orang rakan sekerjanya pergi dan tak tahu apa khabar berita mereka. Embah sampai terkedu mendengar berita itu. Masing2 istighfar dan syukur panjang2.


Kisah 2#
Sedih melihat wan (nenek) sakit akibat kencing manis. Menitik air mata melihatnya. Ingatannya pun sudah tak berapa. Terbaring tak boleh nak bangun. Cakap pun dah tak betul. Kena angkatkan dan bangunkan wan untuk mandi dan makan.

Diedit dari [Link]

Ibrah terbesar yang dapat :
Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Tidak kira ia suatu tragedi mahupun nikmat.
Allah sebaik baik perancang.
Kita harus terima dengan ketentuannya.

Allah tak memilih dia untuk terlibat dalam tragedi itu,
mungkin belum sampainya masa dia,
anak-anak masih perlukan dia,
mungkin lebih buruk keadaan terjadi jika tragedi itu berlaku.

Allah menarik nikmat kesihatan itu pun ada hikmah,
sebagai kafarah dosa,
ujian bagi yang masih hidup,
memberi peluang yang masih hidup berbakti untuk emaknya,
mengelak sesuatu yang lebih buruk terjadi atas wan.

setiap yang berlaku itu terbaik buat kita.
Jangan pernah merungut dan tidak bersyukur atas takdirnya.

P.s : Muhasabah buat diriku, keluargaku dan semua.
Semoga mangsa yang terlibat dalam tragedi kapal terbang itu baik2 belaka,
dan juga semoga ahli keluarga mangsa tabah.
Doakan juga supaya kami sekeluarga kuat dan doakan kesembuhan wan.