Tuesday, August 11, 2020

It's Okay To Not Be Okay


Best betul cerita ni. Dah boleh masuk dalam senarai cerita yang saya tak skip tengok masa tonton. Hehehe

Banyak pengajaran dalam cerita ni. 
Bagi saya yang paling besar ialah macam tajuk dia juga. Tidak mengapa kalau diri kita serba kekurangan tetapi jangan jadikan kekurangan tu mematahkan semangat untuk meneruskan kelangsungan hidup. Semua orang ada kisah silam, masalah dan kekurangan. Jadi perbaiki diri, saling bergantung untuk terus kuat menjalani hidup.

Bila tengok cerita ni, terkenang kisah silam diri yang pahit untuk ditelan. Bagi saya yang memang dari kecil dididik menjadi seorang yang sempurna. Masa exam kena dapat markah 90 ke atas. Kena sentiasa duduk kelas hadapan. Kena perfect peribadi dan tak boleh buat silap. Tapi ajaran tu lama2 memakan diri masa saya belajar ambil degree. Disebabkan saya terlalu mengejar kesempurnaan tidak mahu mengulang semula subjek, saya tak perbaiki gred saya masa kecundang subjek core yang melayakkan saya meneruskan pengajian dalam perakaunan. Saya teruskan gred saya itu untuk meneruskan pengajian dalam ekonomi. 

Kesannya masih dirasai sampai sekarang. Saya dapat kerja bahagian akaun tapi kerana kelulusan bukan berkaitan perakaunan, saya mengambil masa untuk naik tingkat gaji. Saya memang mula kerja pangkat paling bawah. Saya dapat kerja pada mulanya atas dasar kesian dan lama2 saya perbaiki diri belajar sedikit berkaitan perakaunan bila bos bagi peluang. Bos puji sebab saya cepat belajar dan mudah berurusan. Nak sampai peringkat sekarang dah banyak makan hati sebab menyesal dulu tak ambil degree perakaunan jadi saya kena hadap kecaman bos, berdikari untuk belajar sendiri sampai ada kala rasa rendah diri sangat2.

Jadi bila tengok cerita ni kadang2 mengetuk minda saya supaya kurangkan sedikit mencari kesempurnaan. Tiada makhluk sempurna selain dari Allah swt. 

Part ni juga betul2 mengajar saya. Tak semua benda kita boleh nasihat kat orang. Just pinjamkan telinga dan dengar curhat hati dia. Biarkan dia bercerita semua yang terbuku dalam hati dia dan kita biarkan dia buat pilihan mana yang baik untuk dia.

Part ni memang fail sebab mungkin kita rasa kita banyak pengalaman dan dah tahu apa yang akan jadi seterusnya jadi kita cenderung untuk memberi arahan berbanding nasihat. Ini yang bahaya. Takut silap hari bulan dia akan salahkan kita balik sebab dia rasa kita yang paksa dia buat pilihan. Jadi hati2lah ketika memberi nasihat. 

Setakat nilah yang saya belajar sepanjang layan drama ni. Semoga ambil ikhtiar walaupun hanya rekaan penulis sahaja. Yang penting kita belajar message terbesar penulis tu cuba sampaikan. 

Lepas ni nak layan drama mana ya. 🤔

Saturday, August 08, 2020

Pengalaman beli Bubblebee

Masa MCO ni memang menjadi lumrah bila nak masuk kedai beli barang mesti kena beratur.

Saya yang terlalu naif beraturlah panjang menunggu giliran untuk membeli. Saya ingat flow macam biasa. Beratur, tunggu giliran untuk order, bayar dan dapat air. Sambil2 tu main phone dulu tanpa melihat kondisi persekitaran. 

Tidak lama kemudian, tinggallah beberapa orang dihadapan saya. Mula2 tak perasan. Lama2 jadi pelik juga kenapa ada orang ambil order kat sebelah sana. Masa tu terfikir mungkin lepas ambil order, diorang terus bayar kat kaunter kot. Mungkin ada 2 barisan kot. 

Sampai giliran saya, orang yg ambil order tu tak layan saya. Dia pergi tempat lain. Saya pun beratur kat kaunter bayaran. Siap scan kod bagai, tengok menu sendiri atas meja sambil discuss dengan mak nak order apa. Tak lama kemudian saya ditegur orang yang ambil order tadi. Dia tanya saya sudah order ke. Saya pun jawab belum. Dia ambil order semua pastu dia suruh saya beratur semua kat barisan tadi. Dalam hati terdetik apahal kena beratur balik pastu tadi yang beratur panjang tu apa dia. Bengang jugaklah rasa. 

Saya pun pergilah beratur balik. Masa nak beratur adalah hamba Allah ajak bayar sekali dengan dia. Saya segan macam rasa kita potong barisan pula kan. Saya pun beraturlah balik. Mak dah bising kata panjanglah barisan dan mak suruh balik. Saya pun patah balik barisan tadi nak menuju tempat lain. Kira dah tak larat nak beratur balik. Pastu hamba Allah tadi tu bersungguh-sungguh ajak. Mak pun pasrah. Saya pun pergilah bayar.


Dah bayar semua dapatlah masuk kedai tunggu order siap. Lama juga tunggu sebab ada hamba Allah order berkotak-kotak air pada waktu puncak 😒. 

Dah dapat air pun masih tak gembira sebab service tak bagus. 1 jam tunggu air siap. Nak beratur panjang takpe. Cuma cara kerja tu. Lain kali tulis besar2 kat kertas ke papan ke yang nak ambil order barisan lain dan nak buat bayaran barisan lain. Boleh mengundang kemarahan kalau buat kerja macam tu. Nasib kena pelangan yang pendiam macam saya. Diam2 terus bla kalau tak kena gaya. 

Yang order berkotak-kotak tu yang tak tahan. Nak order pun janganlah masa peak hour. Yang terima order pun pandai2lah discuss. Orang kat luar beratur panjang berpanas lagi, ada yang kejar masa, ada yang bawa warga tua dan anak kecil lagi. 

Setakat ini coretan saya. 
Moral of story, sila peka dengan persekitaran dan kena fikir jauh sikit demi keselesaan diri dan orang ramai. 

Air best. Haih.. Frust sangat sampai tak tangkap gambar airnya 😒

Birthday Blast

Hari yang bermakna yang tak dapat dilupakan. Tak pernah dalam hidup diraikan sebegitu rupa.


Mungkin sesetengah orang dah biasa sambut hari lahir begini. Bagi saya ini adalah pertama kali diraikan sebegini. Rasa disayangi tiba2 walaupun setiap hari rasa nak berhenti kerja. Tak sangka satu department rancang event ni. Malu pun ada sebab mereka sambut birthday saya semeriah macam ni. Sebelum ni sambut birthday officemate senyap2. Siap bos pun turun. Siap saya kena bagi ucapan lagi. Memang tak prepare nak cakap apa cuma boleh cakap terima kasih je. Hurmmm... Bila termenung dalam toilet baru keluar idea nak cakap apa (lepas event berlalu) 😑. 

Takpelah saya berucap kat sini sajalah. Semoga semua orang yang meraikan saya dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan sentiasa di lindungi tuhan selalu. Semoga semua orang happy selalu walaupun dalam suasana kerja tak menyeronokan. 🤫



Sedap kek ni. Licin kena kebas. Nasib baik simpan kat bos sikit. Ada bos tak turun jadi kena jadi penghantar kek. Ok juga dia tak turun. Lagi tambah nervous saya. Hohoho. 


Dapat kad birthday. Suka dengan ayat dia kat bawah tu. "Believe in yourself and your dreams will come true". Macam kena je kat diri kan 😂. 


Kreatif kawan2 gubah bunga. Boleh buat part time buat bouquet ni. Dia kata belajar kat youtube. Macam pernah dengar ayat tu. 

Itu saja dari saya. Terima kasih semua. Sayang semua walaupun dalam masa yang sama geram je rasa 😄. Adat bekerja biasalah.

P.s. Nak elakkan timbul gosip nampaknya kena berterusan sambut birthday grand untuk officemate lain 🥴