Tuesday, August 20, 2013

Peminjam PTPTN dan Sistem Maklumat Kredit Pusat


Bingkisan dari tajuk akhbar The Star Online semalam : "PTPTN loan holders now listed in Bank Negara's credit reference database" [Sumber]. Mungkin semua sudah sedia maklum tentang hal. Mana taknya sudah dikupas dalam berita 8 malam semalam di televisyen. Suatu berita yang agak mencuakkan bagi peminjam ptptn termasuklah aku. Bermula bulan depan, peminjam ptptn akan disenaraikan dalam Sistem Maklumat Kredit Pusat  Ini bermakna, peminjam ptptn itu akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman lain jika peminjam itu gagal membayar hutang ptptn. Kemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk membuat pinjaman rumah dan kereta.

Kenapa hal ini berlaku? Mungkin ini sebagai desakan kerajaan buat si peminjam yang degil dan liat untuk membayar ptptn. Tambahan pula, kerajaan menanggung kerugian besar dan tidak cukup dana untuk pusing duit beri pinjaman ke pelajar baru. Tetapi bagaimana dengan peminjam yang bakal habis pengajiannya? Suatu berita mencuakkan. Tambahan tiada jaminan pekerjaan buat mereka selepas graduasi dan mereka juga mungkin dalam dilema sama ada mahu sambung belajar lagi atau bekerja.

Jadi, itu realitinya. Kerajaan dah buat keputusan begitu nak kata apa pula. Ikut jelah.

Solusi yang dicadangkan :

1- Bagi peminjam ptptn yang dah bekerja tu ringan2lah tulang untuk membayarnya ya.
Jangan liat2. Nanti entah apa pula kerajaan buat untuk paksa peminjam tegar ni bayar.
Cukup-cukuplah.

2- Bagi peminjam ptptn yang belum dapat kerja tu berusaha lebih sikit untuk dapat kerja.
Jangan memilih bidang pekerjaan. Kerjalah apapun pekerjaan asalkan halal.

3- Bagi peminjam ptptn yang sedang belajar tu kenalah beringat sikit.
Nak dapat kerja sekarang makin susah. Asah lagi kemahiran. Terutama kemahiran berkomunikasi.
Bab tu paling penting. Tak reti bercakap memang tak kemana.

Ada solusi bonus :


Dengar2, kerajaan bagi tawaran hebat buat mereka yang berjaya melangsaikan hutang ptptn sekali bayar sebelum 30 September tahun ini akan mendapat diskaun 20%. Macam biasa dengar?

P/s : Siapalah manusia bertuah dapat bayar hutang ptptn sekali bayar?
Opss.. Ada je... Untunglah...

2 comments:

  1. huuu..mintak2 akan dtg pon ade diskaun lagi..berdebar nak bayar duit ptptn ni..makan taun...heheheh

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe