Dalam mencari hikmah dalam kehidupan, kita tak sangka yang kadang2 kita suka tunding jari dekat orang lain akibat dari kealpaan kita sendiri.
"Dia dah kawan lama ngan aku kot. Apesal dia tak tegur aku bila aku buat salah?"
"Sepatutnya dia tegur aku kalau aku buat camni. Apesal dia biarkan aku buat jugak?"
"Kenapa dia tak pulas telinga aku ek? Tak pulas pun seret aku keluar dari perbuatan tak elok ni.
Kenapa?"
Persoalan itu timbul bila kita tersedar yang kita sudah jauh dari landasan yang benar.
Mulai detik itu jugak, kita mula untuk salahkan orang lain atas kesalahan kita sendiri.
Patutkah begitu?
Diri kamu adalah tanggungjawab kamu.
Siapa yang boleh menasihati diri kamu jika bukan kamu sendiri.
Orang lain malahan orang terdekat kamu
seperti kawan kamu, mak dan ayah kamu tidak akan pernah memahami kamu.
Tak akan pernah mengenali kamu sedalam-dalamnya.
Jadi bagaimana mereka nak menasihati kamu?
Bila nampak dah lain macam tu mereka tegur.
Tetapi jika masih tidak mahu dengar teguran itu juga, bagaimana?
Merasai mereka tidak memahami kamu, begitu?
Hanya kamu tahu siapa kamu yang sebenar.
Apa yang kamu sukai
dan apa yang kamu tidak suka.
Kamu juga ada hak untuk memilih jalan mana yang kamu sukai.
Jalan semata-mata untuk memuaskan nafsumu.
atau jalan menuju keredaan Allah.
Jadi patutkah kamu menyalahi orang lain atas kesalahan kamu?
Kamu bersalah kerana menolak kebaikan itu.
Kamu bersalah kerana memilih jalan yang salah.
Kamu bersalah kerana malas nak berfikir kesan dari setiap perbuatan kamu.
Kamu bersalah kerana gagal menasihati diri kamu.
Kamu bersalah kerana mengania diri kamu sendiri.
Usah harapkan orang lain untuk membentuk diri kamu sendiri.
Allah sudah kurniakan kamu otak dan akal.
Untuk berfikir mencari hikmah disebalik kejadian.
Tidak perlu menunggu orang lain buka mulut
atau baling
penyapu kepada kamu.
Kamu sendiri harus sedar.
Belajarlah dari orang sekelilingmu dan setiap kejadian alam.
Apa yang diciptakan oleh-Nya tidak pernah sia2.
Bangkitlah...
Bermujahadalah...
Sesungguhnya bermujahadah melawan nafsumu dan bisikan syaitan itu
bukanlah perkara yang
senang.
Kadang kala berjaya melawannya.
Kadang kala tersungkur juga.
Dekatlah dirimu dengan Allah.
Ia adalah sumber kekuatanmu.
Tidak lupa juga dekatlah diri kamu dengan jemaah orang2 yang baik.
Supaya kamu tidak tersasar jauh dari melakukan perkara yang sia2.
Jangan pernah berputus asa bila tersungkur.
Bangunlah dan terus melangkah.