Monday, July 09, 2012

Pulangkan kembali hak orang berpuasa!




Benar ka?
Owh tidak!

Sebentar tadi, aku ada berbual-bual dengan seorang kakak.
Topik kami berkisar tentang puasa. Kebetulan saya mengajak kakak itu iftar bersama-sama petang ni.

Bella    : Akak, jom iftar kat masjid petang ni.
Kakak : Akak tak puasa la.
Bella    : Saya pun tak puasa jugak kakak. Setakat nak teman kawan.
Kakak : Ha!. Bila cerita pasal iftar ni, akak ada teringat seorang kawan kakak. Akak pernah ajak dia iftar bersama. Masa tu buat iftar jamae bersama-sama ahli kelab. Akak ajak kawan akak ni. Kawan akak ni tak mahu sebab dia tak puasa. Akak pun cakap yang akak pun tak puasa jugak. Pastu kawan akak ni marah. Kawan akak cakap tak elok buat macam tu. Bila buat macam tu umpama ambil hak orang puasa untuk berbuka. Bila dah tak puasa tu buat cara tak puasa. Akak pun rasa betul jugak kata dia. Even time bulan puasa pun kalau akak uzur akak tak makan sekali dengan family akak yang berpuasa. Akak akan makan kemudian. Dah malam2 sikit baru makan.
Bella     : Gulp!

P/s : Selama ni aku dah ambil hak orang berpuasa. Rasa macam takde manner pun ada.
Maaf...

2 comments:

  1. hurmmm.. kat u bell pun selalu banyak buat iftar jamae kat masjid.. dia memang jemput semua orang la.. penah sekali tu kwn ajak, bell tak puasa pun, segan. tapi selaku AJK yg mengadakan iftar tu, dia jemput jugak..sebab sama2 memeriahkan program iftar tu disamping menghabiskan makanan yg ada, sebb takut membazir byk2 kan.. kalau kat umah, bell klu xposa..mmg ikut mkn sama.. dah biasa, lgpun, mkn b'sama2 kluarga. apa salahnya, jgnlah smpai kita mkn gelojoh mcm kita yg puasa.. b'pada2 lah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin betul juga kata kamu... Yang tak puasa tu boleh je datang untuk meriahkan lagi majlis. Apa salahnya meraikan orang yg puasa. Tapi masa nak berbuka tu dahulukan orang yang berpuasa.... Bab kat rumah tu samalah... kte pun berbuka bersama bila x posa... tapi kita ambil makanan last sekali... bagi family member lain ambil makanan dahulu... :)

      Delete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe