Tuesday, July 10, 2012

Tips Bangun Subuh


Subhanallah
Lawanya lukisan alam...
Ruginya siapa yang tidur lepas subuh!
 
Hari ini nak kongsi sedikit tips bangun subuh. Sejak akhir2 ni rasa senang pula nak bangun. Awal pulak tu. Biasa kalau nak bangun kena tunggu bunyi alarm dulu. Paling kurang pun bila roomate menghempas pintu menandakan dah dia nak pergi ambil wuduk untuk solat subuh. Lupakan celoteh saya ni, jom lihat tips2 bangun subuh versi bella.

Tips pertama : # Tidur Awal
Biasalah kan. Nak bangun awal pun kenalah tidur awal. Rasulullah sendiri pun mengamalkan tidur awal ni. Bagi kita sebagai student pun, walaupun tengah ghairah nak study pun kena juga amalkan tidur awal. Tak elok tidur lambat2. Paling lewat pun pukul 12 malam dah mula ambil port masing2 untuk tidur.

Tips kedua : # Kunci Alarm
Ini pun biasa juga buat. Sebelum tidur kenalah pasang alarm. Buatnya terlajak tidur susah pula. Nak kunci alarm pun kena ada cara juga. Pastikan anda letak alarm tu jauh dari tangan anda. Bila dah berdekatan, senang pula jari tu nak tekan butang snooze. Bagi yang liat sangat nak bangun tu, di nasihatkan supaya menukarkan bunyi alarm anda ke bunyi ringtone tone yang anda sedang guna. Bila anda dengar je ringtone tone, anda pasti automatik bangun untuk menjawab panggilan tersebut. Berhati-hati ya. Jangan di tekan "snooze" pula bila ada orang sedang menghubungi kamu. Tambah yang tengah telefon tu emak dan bapak anda.

Tips ketiga : # Kurangkan maksiat 
Untuk memudahkan anda bangun subuh keesokan harinya, pastikan anda kurangkan melakukan aktiviti lagha (melalaikan) sepanjang hari ini. Kurangkan mengumpat, kurangkan tengok cerita yang tidak membawa langsung menginggati Allah dan banyak lagi aktiviti yang boleh menambah saham dosa anda. Bila anda sudah buat dosa sepanjang hari, kemungkinan besar anda akan rasa susah sangat nak bangun subuh keesokkan harinya. Bila anda sering terlepas subuh, muhasabah balik perbuatan anda yang anda lakukan sepanjang hari. Mungkin ada perbuatan yang Allah tidak suka tapi anda lakukan juga dan mungkin Allah merajuk dengan anda serta tidak mahu kejut anda untuk bangun subuh. Kita kena ingat. Kita dapat bangun pun dengan izin Allah juga. Jika Dia tidak izinkan kita kembali ke jasad kita.... rasanya apa akan terjadi dengan kita ya.

Tips keempat : # Minta kawan kejutkan
Cara ini kurang effektif. Mengapa saya kata kurang effektif? Cara ini seperti anda bergantung harap kat kawan kamu untuk kejutkan anda bangun subuh. Buatnya kawan kamu pun tak bangun2 bagaimana? Sama2lah kita kerjakan solat subuh gajah bersama-sama. Kesimpulannya, berdiri atas kaki sendiri (berdikari) itu penting. Jadi berusahalah untuk bangun subuh sendiri. Tapi bila tengok kawan tu tak bangun2 dan masih tak tunaikan solat subuh tu apa salahnya tolong kejutkan dia.

Tips kelima : # Baca Al-Mulk + berwuduk + baca doa
Biasakan amalan ini sebelum tidur.
 
Tips keenam : # Bangun bila sudah terjaga
Sikap tidur balik lepas terjaga ni yang tak elok diamalkan. Bila dah terjaga tu duduk dulu sebentar untuk stabilkan fikiran anda dan bila dah betul2 sedar tu baru bangun pergi ambil wuduk. Ingat ya, bila sekali dapat peluang untuk bangun tu kena terus bangun. Bila anda teruskan tidur anda, kemungkinan besar anda akan terlajak tidur dan tak sempat nak solat subuh. Masa ni anda kena mujahadah betul2 lawan nafsu malas anda. Jangan biarkan anda kecundang denga nafsu anda sendiri.

Setakat ini sahaja tips subuh dari saya. Dalam banyak2 tips, saya paling suka tips ketiga. 
 
 

Disini diselitkan juga tips bangun subuh oleh productive muslim.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe