Friday, July 13, 2012

Crazy thing that college student sometimes say



Shame on you...
Begging to the lecture to increase your mark...
If you want high mark, try by yourself...
Don't depend with other..
Especially with your lecture...
When you do this,
it like you have lost your manner with your own lecture...

P/s : I experience this situation too...
Pass by in front of lecture room and hearing conversation between student and lecture...
As usual, student begging to the lecture to increase their mark...
On that time, I just want to laugh and feel sorry to the lecture
because having that kind of student... 

Thursday, July 12, 2012

Siapa pernah buat salah?

Ada soalan cepu emas kat sini. Siapa kat sini pernah buat salah? Siapa pernah sila angkat kaki. 
...... [sumber]
Angkat kaki? Macam nak suruh pembaca lari ke apa. Haha. Taklah. Saje je nak bergurau senda dengan pembaca (peluh besar). 

Pasti orang yang sedang menatap tulisan ini pernah buat salah. Everyone made a mistake. Even nabi kita pun pernah buat salah tetapi Allah tegur nabi kita secara langsung melalui ayat Al-Quran. Contoh yang terkenal kita boleh ambil dalam surah 'Abasa ayat 1-10. Kita boleh lihat kisah tentang Abdullah bin Ummi Maktum datang kepada Rasulullah untuk belajar agama. Tetapi Rasulullah tidak mengindahkan kedatangan Abdullah bin Ummi Maktu. Abdullah bin Ummi Maktum seorang yang buta. Ketika kedatangannya itu Rasulullah sedang berdakwah dengan pembesar-pembesar quraish. Jadi Allah tegur tindakan Rasulullah dengan turunnya ayat dari surah 'Abasa. Untuk mengetahui kisah labih lanjut tentang tafsir surah ini [Klik sini]

Jadi kita pasti pernah buat salah bukan? Kita pasti pernah buat salah dengan kawan2 kita atau dengan mak dan bapak kita atau sesama ahli keluarga kita. Apatah lagi sesama jiran2 kita. Yang lebih utama dengan Pencipta kita. Kita tidak pernah lari dari melakukan kesalahan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Jadi apa tindakan kita bila sudah melakukan kesalahan? Meraung? Menangis? Mogok lapar? atau buat tak tahu je umpama lalat hinggap di hidung?

Hai lalat... [Sumber]
Disini kita dituntut untuk bertaubat dari kesalahan kita. Bagaimana? Berhenti dari melakukan kesalahan yang sama dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Jika pernah buat kesalahan sesama manusia, minta maaf dengan mereka. Jika pernah buat kesalahan dengan Allah, bertaubat dan memohon ampun denganNya. Anda harus kembali ke pangkal jalan bila anda sudah tersesat. Jangan terus ulangi kesalahan yang sama kerana kita tak tahu berapa lama lagi kita akan hidup. Esok lusa kita tak tahu sempat lagi nak bertaubat. Jangan sesekali bertangguh untuk bertaubat. Daripada kesalahan itu kita dapat belajar sesuatu darinya. Ambil iktibar dari apa yang berlaku dan jangan ulanginya lagi.

Timbul satu persoalan disini. Bagaimana dengan orang yang kita buat salah? Kawan2 kita, mak dan bapak kita, ahli keluarga kita, jiran2 kita dan Allah. Adakah mereka memaafkan kita? Jika sesama manusia, itu terletak di tangan mereka untuk memaafkan kita ataupun tidak. Tetapi kita digalakkan untuk saling maaf memaafi antara satu sama lain. Kerana, siapalah kita untuk merasa benci dan ego untuk tidak memaafkan orang lain. Malah kita pun hari2 duduk kumpul dosa sama ada sedar ataupun tidak. Kita adalah manusia. Melakukan kesilapan itu adalah sebahagian dari hidup kita. 

Jika kita buat dosa dengan Allah, InsyaAllah Allah pasti ampunkan kesalahan kita. Kerana, rahmat dia meliputi segalanya. Orang yang tak beriman dengan Allah pun masih dapat rezeki dariNya. Tetapi di akhirat kelak terimalah azab daripadaNya. Selagi anda tidak mensyirikkan Allah, selagi dunia masih belum kiamat dan selagi nyawa belum sampai ke halkum, pintu taubat masih terbuka. Allah masih memberi peluang dekat umat nabi Muhammad untuk bertaubat dan Allah menangguhkan azab di dunia lagi. Tidak seperti umat2 terdahulu. Bila mereka mula lalai dengan Allah, Allah terus bagi kepada mereka azab di dunia lagi. Tidak beruntungkah kamu?

Tetapi ingatlah! Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti ada sesuatu yang Allah nak kita lihat dan pelajari disebalik sebuah tragedi. Allah mengizinkan si pulan untuk sakiti kamu untuk melihat apa reaksi kita bila kita diuji sebegitu kerna syurga itu mahal harganya.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Al-Ankabut : 2-3
Ketahuilah orang yang paling hebat diuji adalah para nabi2. Ujian yang hebat hanyalah diberi untuk mereka yang punyai iman yang hebat. Usahlah mengeluh dan gusar hati. Mari kita lalui ujian2 yang menimpa dengan hati yang lapang dan fikiran yang positive. Minta kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk menempuh kehidupan yang penuh ranjau dan duri ini.

So you want a PhD in Economics?



I want to laugh now too during watching this short film.

P/s : Do you think I will experiencing this situation too?
Now I see...
It hard to survive in economics field...
.

Wednesday, July 11, 2012

Universiti paling gah di mata Allah


Sudah bersediakah anda untuk memasuki universiti yang berprestij ini tidak lama lagi?
Universiti yang lebih gah dari universiti yang ada di muka bumi ini.
Anda hanya perlu berada di universiti ini sebulan sahaja.
Hanya orang yang beragama Islam dan cukup syarat sahaja berpeluang memasuki universiti ini.
Universiti yang penuh keberkatan dan ganjaran...
Iaitu...
Universiti Ramadhan 1433H / 2012 M
 
Dibawah ini tersenarainya tentatif setiap hari selama sebulan:


Pastikan anda tidak ketinggalan menghadiri sesi2 yang tersenarai diatas.
Supaya anda dapat graduate dari universiti dengan CGPA 4.
Bagi yang kecundang sebelum ini boleh improvekan lagi CGPA anda.
Pastikan anda grab peluang keemasan ini.
Ingat! Anda mungkin berpeluang menghadiri kuliah di universiti Ramdhan untuk tahun ini.
Tetapi mungkin anda tidak berpeluang lagi untuk tahun hadapan.

P/s : Jom gemukan lagi katung pahala kita, tingkatkan iman dan ketakwaan kita kepada Allah. Jom!

Tuesday, July 10, 2012

Wanita itu adalah aurat.




Menarik juga kartun ni..

Bila tengok kartun ni mengingatkan aku tentang kisah aku mula-mula istiqamah nak pakai tudung. Waktu tu aku nak pergi kelas abacos. Masa tu aku masih tak bertudung ke kelas abacos. Tapi masa kat sekolah, hari-hari pakai tudung. Aku tak tahu apa yang aku nak tayang sangatlah rambut aku. Pada suatu hari tu, sekolah aku ada buat mesyuarat PIBG. Ramai juga orang kat dalam dewan tu. Kebetulan aku lalu kat sebelah dewan tu untuk ke kelas abacos. Bila aku lalu, aku merasa semacam je. Rasa macam tak berbaju ketika berhadapan dengan orang ramai. Rasa malu tu muncul tiba-tiba. Aku rasa sangat menyesal dan rasa bersalah menebal. Sejak dari peristiwa tu, aku dah mula bertudung. Bertudung pun tapi masih nampak lengan. Masa tu ingatkan hanya perlu tutup kepala je. Rupanya kena tutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Baru2 ni teringat statement Ustaz Azhar Idrus tentang aurat. Seperti ustaz cakap, pemakaian tudung tidak wajib sebab yang wajib adalah menutup aurat. Sekarang dah dapat tutup aurat dengan sempurna. Alhamdulillah.

Anda pula bagaimana? Masih tidak mahu menutup aurat?
Kepada siapa anda mahu tunjuk tubuh kamu dan rambut kamu?

Tips tutup aurat dengan sempurna [Klik di sini]

Tips Bangun Subuh


Subhanallah
Lawanya lukisan alam...
Ruginya siapa yang tidur lepas subuh!
 
Hari ini nak kongsi sedikit tips bangun subuh. Sejak akhir2 ni rasa senang pula nak bangun. Awal pulak tu. Biasa kalau nak bangun kena tunggu bunyi alarm dulu. Paling kurang pun bila roomate menghempas pintu menandakan dah dia nak pergi ambil wuduk untuk solat subuh. Lupakan celoteh saya ni, jom lihat tips2 bangun subuh versi bella.

Tips pertama : # Tidur Awal
Biasalah kan. Nak bangun awal pun kenalah tidur awal. Rasulullah sendiri pun mengamalkan tidur awal ni. Bagi kita sebagai student pun, walaupun tengah ghairah nak study pun kena juga amalkan tidur awal. Tak elok tidur lambat2. Paling lewat pun pukul 12 malam dah mula ambil port masing2 untuk tidur.

Tips kedua : # Kunci Alarm
Ini pun biasa juga buat. Sebelum tidur kenalah pasang alarm. Buatnya terlajak tidur susah pula. Nak kunci alarm pun kena ada cara juga. Pastikan anda letak alarm tu jauh dari tangan anda. Bila dah berdekatan, senang pula jari tu nak tekan butang snooze. Bagi yang liat sangat nak bangun tu, di nasihatkan supaya menukarkan bunyi alarm anda ke bunyi ringtone tone yang anda sedang guna. Bila anda dengar je ringtone tone, anda pasti automatik bangun untuk menjawab panggilan tersebut. Berhati-hati ya. Jangan di tekan "snooze" pula bila ada orang sedang menghubungi kamu. Tambah yang tengah telefon tu emak dan bapak anda.

Tips ketiga : # Kurangkan maksiat 
Untuk memudahkan anda bangun subuh keesokan harinya, pastikan anda kurangkan melakukan aktiviti lagha (melalaikan) sepanjang hari ini. Kurangkan mengumpat, kurangkan tengok cerita yang tidak membawa langsung menginggati Allah dan banyak lagi aktiviti yang boleh menambah saham dosa anda. Bila anda sudah buat dosa sepanjang hari, kemungkinan besar anda akan rasa susah sangat nak bangun subuh keesokkan harinya. Bila anda sering terlepas subuh, muhasabah balik perbuatan anda yang anda lakukan sepanjang hari. Mungkin ada perbuatan yang Allah tidak suka tapi anda lakukan juga dan mungkin Allah merajuk dengan anda serta tidak mahu kejut anda untuk bangun subuh. Kita kena ingat. Kita dapat bangun pun dengan izin Allah juga. Jika Dia tidak izinkan kita kembali ke jasad kita.... rasanya apa akan terjadi dengan kita ya.

Tips keempat : # Minta kawan kejutkan
Cara ini kurang effektif. Mengapa saya kata kurang effektif? Cara ini seperti anda bergantung harap kat kawan kamu untuk kejutkan anda bangun subuh. Buatnya kawan kamu pun tak bangun2 bagaimana? Sama2lah kita kerjakan solat subuh gajah bersama-sama. Kesimpulannya, berdiri atas kaki sendiri (berdikari) itu penting. Jadi berusahalah untuk bangun subuh sendiri. Tapi bila tengok kawan tu tak bangun2 dan masih tak tunaikan solat subuh tu apa salahnya tolong kejutkan dia.

Tips kelima : # Baca Al-Mulk + berwuduk + baca doa
Biasakan amalan ini sebelum tidur.
 
Tips keenam : # Bangun bila sudah terjaga
Sikap tidur balik lepas terjaga ni yang tak elok diamalkan. Bila dah terjaga tu duduk dulu sebentar untuk stabilkan fikiran anda dan bila dah betul2 sedar tu baru bangun pergi ambil wuduk. Ingat ya, bila sekali dapat peluang untuk bangun tu kena terus bangun. Bila anda teruskan tidur anda, kemungkinan besar anda akan terlajak tidur dan tak sempat nak solat subuh. Masa ni anda kena mujahadah betul2 lawan nafsu malas anda. Jangan biarkan anda kecundang denga nafsu anda sendiri.

Setakat ini sahaja tips subuh dari saya. Dalam banyak2 tips, saya paling suka tips ketiga. 
 
 

Disini diselitkan juga tips bangun subuh oleh productive muslim.

Monday, July 09, 2012

Pulangkan kembali hak orang berpuasa!




Benar ka?
Owh tidak!

Sebentar tadi, aku ada berbual-bual dengan seorang kakak.
Topik kami berkisar tentang puasa. Kebetulan saya mengajak kakak itu iftar bersama-sama petang ni.

Bella    : Akak, jom iftar kat masjid petang ni.
Kakak : Akak tak puasa la.
Bella    : Saya pun tak puasa jugak kakak. Setakat nak teman kawan.
Kakak : Ha!. Bila cerita pasal iftar ni, akak ada teringat seorang kawan kakak. Akak pernah ajak dia iftar bersama. Masa tu buat iftar jamae bersama-sama ahli kelab. Akak ajak kawan akak ni. Kawan akak ni tak mahu sebab dia tak puasa. Akak pun cakap yang akak pun tak puasa jugak. Pastu kawan akak ni marah. Kawan akak cakap tak elok buat macam tu. Bila buat macam tu umpama ambil hak orang puasa untuk berbuka. Bila dah tak puasa tu buat cara tak puasa. Akak pun rasa betul jugak kata dia. Even time bulan puasa pun kalau akak uzur akak tak makan sekali dengan family akak yang berpuasa. Akak akan makan kemudian. Dah malam2 sikit baru makan.
Bella     : Gulp!

P/s : Selama ni aku dah ambil hak orang berpuasa. Rasa macam takde manner pun ada.
Maaf...

Daurah Ansar _ Al-Quran


Cuba lihat ayat ni.
Ayat ini sangatlah cantik maknanya.
Ayat ini dipetik dari surah 'Ali Imran ayat 190-194

Maksud ayat diatas ini : 
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".
Betapa cantiknya ayat ini. Maksud dia pun terang lagi jelas. Ayat ini dijadikan tugasan hafazan untuk daurah kali ini. Malangnya saya tak sempat habis untuk hafal ayat ini. Itu kelemahan saya. Nampaknya kena cuba hafal juga dan tasmik kat kawan yang tak dikenali. Berusaha!

Daurah kali ini sangatlah best. Keterujaan yang sangat menebal. Tambah tak merancang pun nak pergi dengan kesibukan berprogram sepanjang hari. Dari pagi sudah kena jadi committee untuk program family day. Tengah hari pula kena pergi kenduri kawan sekelas dan petang pula bergegas ke surau Ansar, Keramat.

Mabruk ya ukhti...

Kepenatan tu hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi kepenatan tu hilang bila dapat bersama-sama solat berjemaah dengan kawan2 seusrah di surau Ansar. Ia mengingatkan saya tentang fadilat solat berjemaah itu sendiri. Seakan-akan saya umpama bateri yang kosong sudah dicas penuh selepas solat berjemaah bersama. 

Tetapi terpaksa juga tahan mata untuk dengar talk berkaitan fadilat Al-Quran. Dalam talk tu, banyak juga perkongsian hadis2 yang berkaitan dengan kelebihan membaca dan mempelajari Al-Quran. Disitu juga dapat lihat kepentingan mempelajari bahasa arab untuk lebih memahami message yang ingin disampaikan di dalam Al-Quran itu sendiri. Lagi satu yang terkesan bila ustaz tu bangkitkan isu belajar Al-Quran. Selama ini orang2 yang mahu belajar Al-Quran menyangka yang belajar Al-Quran itu hanya setakat belajar tajwid dan makhraj huruf serta memperbetulkan bacaan sahaja. Saya pun menyangka begitu juga. Rupanya skop belajar Al-Quran itu lebih luas. Bukan setakat belajar tajwid, makhraj huruf dan memperbetulkan bacaan tetapi perlu juga belajar tafsir dan gaya bahasa Al-Quran itu tersendiri. Kita tidak boleh menyangka yang bila dah pandai dan fasih membaca Al-Quran, kita sudah boleh berhenti belajar Al-Quran. Pembelajaran Al-Quran ini adalah pembelajaran sepanjang hayat. Tiada istilah graduate untuk subjek Al-Quran ini.

Lepas habis dengar talk ada sesi LDK pula. Sejujurnya saya memang kurang gemar dengan sesi LDK. Tetapi entah kenapa sesi LDK untuk daurah kali ini seronok pula. Ada sesi tadabbur Al-Quran. Antara ayat2 yang dikupas ialah ayat 6:125, 4:115, 20:124, 57:16, 4:60. Seronok juga bila dapat mengupas ayat2 Al-Quran. Macam2 benda dapat dibincangkan dan dipelajari dalam setiap ayat. Yang paling terkesan bab hidayah. Saya asyik terlupa yang hidayah itu perlu dicari bukan tunggu hidayah itu datang dekat kita. Sama juga konsep mendapat kebaikan. Jika kita mahu sesuatu kebaikan untuk diri kita, kita perlu mencarinya. Contoh mahu hati tenang, kita perlu berusaha dahulu dengan membaca Al-Quran ataupun berjalan-jalan melihat keindahan alam ciptaan Allah. Bila kita ingat Allah, hati pun tenang.

Lepas sesi LDK seperti biasa kena siapkan diri untuk Qiamullail keesokkan harinya. Bila dapat masa untuk tidur tu terasa nikmat teramat sangat. Masa Qiyamullail pun seronok juga. Ayat2 yang dibaca ketika solat tahajud banyak mengisarkan tentang penceritaan. Setelah selesai Qiamullail, solat subuh berjemaah dan membaca Al-Ma'thurat berjemaah, ada sesi bedah Akhbar pula selepas itu. Banyak juga isu2 yang dapat diutarakan. Ada isu Palestin, Syria, Myammar, tentang president pertama Mesir Dr Muhammad Mursi dan banyak lagi. Banyak benda baru dapat diketahui dalam sesi ini. 

Opss... Terpanjang pula entry kali ini. Sampai disini sahaja pengalaman yang saya dapat kongsikan bersama. Untuk merasai kemanisan dan kesedapan berdaurah tu silalah datang sendiri ke daurah. Lagi seronok merasai sendiri dari mendengar kisah pengalaman orang. Bagi saya setiap daurah ada keseronokannya tersendiri. Yang pasti tiada dapat menandingi keseronokan ketika makan dalam talam bersama akhawat dan solat jemaah serta qiamullail bersama-sama mereka. Moment yang paling jarang dijumpai dalam hidup saya.

P/s : Anda bila lagi nak menjejak kaki ke daurah? ^_^

Wednesday, July 04, 2012

Terbuang?

Besarnya tingkap... Rasa nak lompat keluar tingkap pun ada... Geram!


Kenapa ek?
Aku rasa macam terbuang?
Aku rasa macam dipinggirkan?

Mak dan Bapak...
Kelihatan macam dah tak pedulikan aku...
Mereka sangka anak dia dah besar...
Mereka sangka anak dia sudah boleh buat keputusan sendiri...

Ya...
Anak dia sudah besar...
Tetapi, anak dia perlukan pendapat mak dan bapak juga...
Jika rasa tidak setuju, katalah tidak setuju...
Jangan buat dingin dengan anak sendiri...

Mungkin mereka sibuk...
Sibuk sampai dah tak terlayan dengan anak dia 
yang sudah besar ni...
Sampai dah tak faham dengan anak sendiri...

Kawan-kawan...
Kelihatan aku dibuang lagi...
Ya, aku tahu,
mereka sibuk...
sibuk dengan assignment, homework dan study...
sibuk dengan kehidupan sendiri
sampai tak sempat nak tegur sapa kawan sendiri
sampai tak sempat nak luangkan masa untuk kawan sendiri.

Yang menghilangkan diri pun ada...
Tak tinggalkan sedikit pun khabar untuk memberi tahu
yang dia tidak ambil short semester...

Kawan... Biasalah...
Macam kamu tak kenal...
Mana kawan2 sezaman sekolah kamu?
Entah...
Masing2 sibuk kejar pointer...
sibuk memanjang...
even masa cuti semester pun...

Siapalah aku bagi mereka...
Ya... Siapalah aku...
Nak tahu tentang mereka...
Mereka juga tidak mahu ambil tahu 
tentang aku...
sebab itu aku tanya siapa aku?

Aku tak tahu nak rapat dengan siapa lagi...
Rasa lebih suka untuk sendiri...
Penat nak berbuat bakti dengan orang
sebab orang tak pernah hargai
dan tak pernah nak memahami...

 Maaflah...
Hari in beremosi sedikit...
Memandangkan takda siapa yang dengar curahan hati...
Maka aku tulis disini...

Dah la tu...
Fikir pasal orang sampai bila pun tak habis...
Jangan tunggu mereka datang kat kamu...
Mereka tidak akan datang punya...
Tak akan datang!

Baik aku baiki hubungan aku dengan Allah...
Dia tak pernah tinggalkan aku...
Aku merasa dekat dengan dia...
Aku tak keseorangan...
Bila aku sunyi, aku baca ayat2 cinta Dia (Al-Quran)
Bila aku tak tenteram, aku sujud padaNya (Solat)
Bila aku rasa bersalah, aku beristighfar dan mengingati dia (zikir)
Dia yang Kekal... 
Dia maha mendengar, mengetahui dan melihat...
Dia tahu apa yang aku rasa...
Dia tahu...
Apa yang aku buat Dia nampak...

Tuesday, July 03, 2012

Makhraj huruf




Mari belajar makhraj huruf.
Terjumpa rajah ni kat facebook.
Sangat berguna.
 
Setiap huruf yang kita sebut ketika membaca Al-Quran mempunyai cara tersendiri untuk menyebutnya. Mari perbetulkan bacaan kita supaya maknanya tidak lari dan lebih tepat bacaannya. Untuk mendapat lebih tepat sebutannya kenalah berguru dengan orang2 yang pakar dalam makhraj huruf ni. Rajah diatas ni sekadar panduan dan nota untuk ingatkan kita tempat2 huruf yang sepatutnya kita letak ketika baca Al-Quran...

P/s : Seronok belajar mengaji... Teringat kat ustaz tilawah yang terlalu tekankan sebutan huruf yang kat hujung lidah. Comel betul bila dia marah bila anak murid dia salah sebut. Setiap pengajar mesti nak yang terbaik buat pelajar dia. Nak kena belajar mengaji lagi. Sebaiknya sambung belajar lagi dan jangan pernah berhenti serta merasa jemu untuk belajar mengaji.

Bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW :
"Sebaik-baik dikalangan kamu orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkanya"
(riwayat al-Bukhari)

Monday, July 02, 2012

YA ALLAH BIMBINGLAH KAMI




Ketika wajah lelah memikirkan dunia, maka BERWUDHULAH,

Allahu Akbar!
Ketika tangan letih menggapai cita2, maka BERTAKBIRLAH,

Ketika pundak tak kuasa memikul amanah, maka BERSUJUDLAH.

Ikhlaskan semua dan mendekatlah kepada ALLAH,

agar TUNDUK di saat yg lain angkuh,
agar TEGUH di saat yg lain runtuh,
agar TEGAR di saat yg lain rapuh
dan SABAR di saat yg lain mengeluh.

"YA ALLAH BIMBINGLAH KAMI AGAR SELALU TA'AT KEPADA MU"


P/s : Kata-kata yang memotivasikan aku. Aku jumpa kata-kata ni kat facebook. Bila dah baca takut hilang pula di mamah post2 baru. Sebab itu aku copy paste and letak kat sini. Nanti bila rasa down aku rujuk kembali disini. Selain tu nak share jugak kata-kata ni kat pembaca blog ni. Supaya kita tak lupa Allah. Sepanjang kita sibuk kat dunia ni, sibuk dengan ujian Allah, letih dengan karenah manusia, jangan sesekali kita lupa dan putus harapan dengan Allah. Apa yang datang kat kita, kesenangan dan kesusahan datang dari padaNya. Tujuannya hanyalah untuk menguji sejauh mana hamba2 dia ini ingat dan patuh pada arahanNya.
Jangan pernah berputus asa dan sentiasa dekatkan diri kita kepada Allah. Jika kita dekat dengan Allah, insyaAllah... kita akan lebih tenang menempuh dugaan. Seperti kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Anda pasti tahu kisah2 Nabi kita dan dari mana datangnya kekuatan beliau bila beliau cuba sampaikan dakwah kepada kaumnya. Jadi apa tunggu lagi....

Lagu nasyid tentang Al-Quran

Tadi tengah belek2 youtube, jumpa lagu nasyid tentang Al-Quran.

First jumpa lagu  Hijjaz - Al-Quran Kalamullah

Second jumpa lagu  In team - Kemuliaan Al-Quran

P/s : Curious mencari... Haha...
Lagi banyak lagu nasyid tentang bulan Ramadhan dari lagu nasyid tentang Al-Quran...

Sunday, July 01, 2012

Buku apakah yang beliau pegang?



Buku Apakah Yang Di pegang Oleh Barrack Obama (Presiden Amerika)??

Di saat obama turun dari kapal terbang, jurugambar sempat memfokuskan lensnya ke arah buku yang di pegang Oleh Obama, Buku tersebut bertajuk (The Post- American World) yang dikarang Oleh seorang Muslim bernama Fareed Zakaria ,berasal dari India dan berkerja sebagai Wartawan Di News week International.

Buku Ini membincangkan tentang " Dunia di penghujung Kejatuhan Kuasa Dunia Amerika Syarikat " yang mana di saat itu Satu Kuasa Lain di TIMUR TENGAH mampu meruntuhkan Empayar Amerika Syarikat dan sekutu rapat Israel . Negera-negara Islam tersebut Bakal Meranapkan segala usaha melebarkan "Sayap Kekuasaan" Amerika syarikat ke atas negara-negara Islam setelah saki baki Pro- Amerika Syarikat di negara-negara Islam di kalahkan.Yang Menariknya Buku Ini di terbitkan Pada Tahun 2008 .sebelum REVOLUSI timur Tengah berlaku. dan nampaknya Obama sangat mengambil berat soal kejatuhan Amerika Syarikat...


Sumber : Facebook dan snopes.com 

Nampak menarik juga buku "The Post-American World" bila tengok review buku tu. Teringin nak baca...
Masakan president Amerika tertarik nak membacanya.
Lupakan niat mahu pinjam di library (ada orang sudah pinjam buku tu lebih awal dari aku).
Aku dah jumpa link nak download buku ni kat internet.
Nak download dan baca? [Klik disini]

Selamat membaca ek...

P/s : Kena paksa diri untuk baca buku... (Mood malas membaca dah datang dah)
Jom membaca untuk tambah lagi ilmu kita....