Sejak akhir2 ni, aku selalu nak dengar lagu yang syahdu, lagu yang mengigatkan aku kepada kebesaran Allah. Sebelum ni, aku selalu dengar lagu jepun, lagu anime terutama cerita naruto. Lepas bila dah kawan dengan budak hantu korea aku terpengaruh dengan lagu korea. Yang paling aku minat sampai sekarang cuma lagu dari kumpulan Super Junior dengan SHInee. Minat aku dengan lagu diorang sebab lagu diorang tak mendayu-dayu sangat dan sangat menyegarkan telinga kalau rasa mengantuk. Lagipun dah la tak faham apa diorang cakap dan sangat bagus kalau dengar waktu nak belajar sebab tak menghayati sangat dengan maksud lagu tu.
Tapi sekarang citarasa aku dah kearah lain. Sekarang aku lebih suka lagu2 dari opick,new sakha,ungu dan Hijjaz. Yang paling best opick. Lagu diorang menyusuk kalbu. Cara diorang sampaikan, isi2 lagu banyak mengubah aku. Rasa tenang kalau time study pasang lagu2 seperti ini. Kalau tak percaya cuba dengar. Best.
Dulu aku suka sangat baca komik. Kalau ade duit baki mesti nak beli komik. Yang paling aku suka komik yang penulis dia memang dari jepun terutama Usami Maki. Penulis dari jepun, cara penulisan lain dari yg lain. Kita pun suka jugak penulis dari Malaysia. Lama2 bila aku asyik baca komik ni aku dah dapat agak gaya penceritaan dalam komik tu. Dari cover komik dengan synopsis tu aku dah boleh agak ending dia macam mana, mula2 cerita macam mana. Aku bukan nak cakap yang diorang dah ketandusan idea. Tapi lama2 aku dah bosan baca komik.
Sekarang ni aku dah beralih ke pembacaan ilmiah. Aku lebih suka baca majalah solusi. Kadang2 aku baca cerita pasal pahlawan Islam. Rasa ingin tahu membuak2 kalau terlihat tajuk buku yang mengisahkan perihal diri, tentang cinta kepada Ilahi. Selama ini aku selalu didedahkan dengan cinta palsu. Cinta yang mendambakan kebendaan, manusia bernama lelaki, harta, kemasyhuran. Cinta palsu yang hanya membahagiakan didunia saja. yang cepat datang dan cepat meninggalkan kita. Kita lupa ada satu cinta hakiki. Cinta kepada Allah. Cinta yang kekal selamanya. Selama ini aku tak mengenal cinta ini. Cinta yang tersemai sejak alam roh dan terputus apabila lahir didunia. Kini aku sedar. Bantulah aku untuk mencapai cinta ini.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe