Adakah anda percaya akan persahabatan selamanya?. Bagiku kepercayaan yang persahabatan selamanya makin pudar. Apa yang aku percaya persahabatan itu manis kalau kita punya sama keinginan, belajar benda yang sama, punya hobi yg sama. Apabila umur makin meningkat, tak belajar satu bumbung, persahabatan itu kian pudar. Seperti terjadi si pulan ini. Si pulan ini mempunyai sahabat yang amat rapat. Tambahan pula duduk asrama. Makan sama2, tidur pun kongsi bahkan tuala pun kongsi. Tapi tatkala habis sekolah, semua tinggal kenangan. Semua sudah putus. Apa orang panggil lost contact. Selang bertahun-tahun si pulan ini menerima panggilan telefon. Rupanya panggilan telefon itu dari sahabat lama yang satu sekolah dulu. Dia mahu minta tolong dengan si pulan ini. Si pulan ini terfikir, selama bertahun-tahun lost contact tanpa khabar berita tiba-tiba dia telefon si pulan kerana mahu minta tolong.
Maybe kalian pernah menghadapi situasi ini bukan. Beruntung bagi mereka yang punya sahabat yang setia walaupun sudah berumur, walaupun sudah tak belajar satu bumbung, walaupun sudah lain aliran pemikiran. Kini aku percaya cuma ada satu orang jenis sahabat yang akan kekal disisi kita dikala senang atau susah. Itulah sahabat yang sering berpesan-pesan kearah kebaikan. Apabila kita kawan dengan dia kita dapat rasa yang kte dekat dengan pencipta kita. Cara dia bercakap, tingkah lakunya dapat mendorong kita kearah kebaikan. Semoga aku temui sahabat yang mendorongku kearah kebaikan. Dan aku cuba untuk mempersiapkan diri aku untuk menjadi seorang sahabat yang berpesan kearah kebaikan. Amin...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe