Sunday, November 14, 2010

Mei-Chan no Shitsuji

  Apa yang korang tahu pasal cerita ni?



   Ni drama dari jepun yang mengisahkan seorang gadis yang bernama Mei. Mei seorang gadis riang,peramah dan bersemangat kental ketika menghadapi cabaran. Mei terpaksa bersekolah di St Lucia setelah kematian ibu dan bapanya untuk mencapai impiannya. Yang seronok cerita ini ialah sekolah tersebut. Tidak pernah terbayang dalam fikiran (walaupun ini cerita fantasi) yang ada sekolah untuk budak perempuan sahaja dan setiap pelajar disekolah itu mempunyai butler (pelayan lelaki) yang dilantik oleh keluarga sendiri. Butler hensem2 belaka. Kiranya budak yang belajar kat situ bukan calang2 orang. Banyak aksi2 yang menarik dalam drama ini. Nak mengetahui apa yang bakal terjadi pada Mei dan butlernya silalah tonton cerita ini. Di Jepun, cerita ini tengah ditayangkan. Saya bagi 5 bintang... Hehe

The experience before become university student...

   Pengalaman pertama untuk menjadi student universiti. Agak teruja walaupun belum menjejak kaki ke sana. Mula-mula budak2 Universiti kena tempuhi....


1- Menunggu offer letter dari universiti. Agak teruja. Sepanjang masa mengupdate facebook untuk melihat tarikh bila dia kuar. Chat sana sini menanya kawan bila offer letter nak keluar.  Kitorang kena print sendiri offer letter. Nanti dah masuk universiti baru dapat yang original punya.

2- Register subject. Register subject ni ikut universiti mana yang korang mintak. Bagi budak2 yang bakal masuk UIAM, register subject ni sangat penting. Memandangkan 2 hari lagi adalah hari meregister subjek, penuh chat box dengan message nak register apa tambah dengan comment kat wall menanyakan subject apa nak pilih. Bagi budak UIA, waktu ini waktu yang sangat genting. Bagi student universiti lain mungkin tak mengerti dan merasakan mereka2 (Budak UIA)  ini terlalu gairah dan kecoh sehingga penuh home diorang dengan hal2 UIA seperti prereg, add and drop subject, prereg mahallah dan offer letter. Maaf yek.
  
   Waktu ini terungkai pelbagai persoalan yang selama ini tak terfikir pun sebelum ini. Kebanyakan mereka menanya pasal prereg. Mereka tanya berapa subject yang sepatutnya diambil untuk semester pertama, ape subject yang kawan2 ambil, tanya pasal maksud T-TH @ M-W dan byk lagi. Yang paling best waktu diorang nak tengok offer letter ngan prereg. Ramai giler orang online. Diorang online sebab nak tanya kawan2 ape yang patut dilakukan seterusnye. Kira menjimatkan kalau chat kat facebook berbanding menelefon dan menghantar SMS. Bila dah telefon paham2 jela. Pertanyaan bukan boleh ditanya dalan masa 1 minit. Cepat telan duit. Ada sesetengah orang selesa menelefon dari berchating atau berSMS. Bergantung kepada individu  tu jugak.

   Bila dah dapat offer letter ni terfikir pulak yang aku ni dah tak lama lagi bergelar mahasiswi. Belajar dekat tempat yang lagi besar, belajar dengan lecture yang kebanyakkan berpangkat Prof dan Dr, speaking all the time especially with lecture. Ahh... rupanye aku dah besar....