Sunday, August 28, 2016

Niat dihati mahu hapuskan blog ini

Tengok dari tajuk pun dah tahu macam penulis ni mahu hapuskan aka delete blog ni.
Maaflah buat pengunjung blog ni yang meninggalkan komen tapi tak berbalas. Sekarang baru nak balas walaupun dah 2 bulan komen.

Kenapa ye nak delete? Dah lama juga nak tekan butang delete blog. Tapi tak terdaya nak tekan.

Macam mana nak delete blog? Setting>Others>Delete Blog



Tapi setiap kali rasa nak delete tu macam timbul pula perasaan sayang kat blog ni. Yelah macam2 dah tulis kat sini. Kenangan. Itu dia perkataan yang boleh menerangkan tentang blog ni. Fan page Facebook sudah lama delete. Tapi blog ni macam sayang nak delete. 

Jadi nak jadikan blog ni sebagai kenangan untuk diri sendiri maka cuba gagahkan diri untuk search kat google tentang tukar blog ke PDF. Kurang2 kalau nak baca tulisan sendiri bolehlah rujuk secara offline. Ada jumpa website best.

url : https://www.blogbooker.com/blogger.php


Malangnya memandangkan post banyak dan dah lebih setahun, maka tak dapat nak convert semua isi blog ni ke PDF. Kalau mahu juga maka kenalah bayar. 

Konklusinya, penulis cuba mengekalkan blog ni dan terus menulis. Haha

Alasan nak tutup blog ni sebab....
1- Tak banyak orang view post. 
2- Malas nak tulis
3- Tiada masa nak menulis
4- Malas tu alasan utama. Haha

Itulah, Tak ikhlas nak menulis. Nak tunggu orang banyak view dan komen baru nak tulis blog. 
Memang sampai bila pun takkan menulis. 

P.s : Komen dan viewer memang baja utama bagi penulis blog.
Dah macam pokok pula perlukan baja.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe