Monday, July 07, 2014

Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)

Siapa pernah dengar pasal skim latihan ni?


Skim latihan ini bertujuan untuk memberi latihan dan meningkatkan keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan terutama graduan yang dah grad lebih dari 6 bulan tapi masih tidak dapat pekerjaan atau bekerja dengan pekerjaan yang diluar bidang kelulusan.

Definisi graduan yang dah grad lebih dari 6 bulan bermaksud graduan yang dah convo dan dah memiliki full transkrip. 

Kenapa perlu difinisi ini? Saya sendiri pun keliru sama ada saya layak ke tak. Haha. Dalam kepala saya ada dua definisi yang mungkin benar atau tidak. Definisi pertama untuk grad lebih dari 6 bulan tu kiranya lepas dapat result exam untuk semester terakhir. Tapi sah2 hanya dapat partial transkrip / "unofficial transkrip". Dengan kata lain pelajar tu dah habis belajar tapi masih ada hutang dengan universiti. Nak dapat full transkip kenalah buat clearance dan bayar segala hutang dahulu. Manakala definisi yang kedua untuk grad lebih 6 bulan tu bermaksud lepas convo.

Berdasarkan pertanyaan kawan saya kepada pihak Tabung Haji yang menawarkan SL1M, mereka tak terima pelajar tidak mempunyai full transkrip tetapi masih pertimbangkan graduan yang kurang 6 bulan menganggur. Jadi memiliki transkrip tu penting ye.

Bagaimana nak sertai?
Kena isi borang dahulu secara online. 
Boleh dapatkan maklumat lebih lanjut dalam website Unit Perancang Ekonomi (EPU) 
Nak daftar kenalah melalui JobsMalaysia. 
Google je JobsMalaysia atau pergi je http://www.jobsmalaysia.gov.my/
Bagi yang tiada akaun JobsMalaysia ni boleh rajin2kan diri untuk mengisi ye.

Boleh je search pages kat facebook bagi yang ada facebook.
Search je Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M).
Kat situ dia akan update company mana yang tawarkan skim latihan ni.
Kadang2 dalam sebulan tu adalah company yang offer latihan ni.
Lebih baik jika periksa sendiri dekat page company yang offer latihan.
Kadang2 pages tu tak update pasal latihan tu.

Macam contoh open interview untuk SL1M yang ditawarkan oleh pihak Tabung Haji yang sekarang ni tengah berjalan dekat KL. Jap lagi pukul 2 petang dah nak tutup open interview di KL. Boleh semak tempat interview kat sini. Atau boleh lawat sendiri ke laman web Tabung Haji.
Nak tahu list company yang tawarkan SL1M atau nak tahu lebih lanjut tentang SL1M kenalah periksa sendiri di website epu atau search google dengan menaip SL1M.

Selamat maju jaya ya.
Bagi mereka yang senasib dengan saya iaitu mereka yang hanya ada partial transkrip harap bersabar ek. Teruskan mencari kerja. Jangan pernah berhenti mengisi borang. Kerjalah apa2pun. Yang penting pengalaman. 

Sabar dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa

Nak tetapkan niat tu memang susah.

Tahun ni diberi peluang untuk puasa sebulan kat rumah.
Tak buat apa. Cuma jadi surirumah dan memasak.

Chillah bro.
Aku dah 3 tahun tak puasa sebulan bersama keluarga.
Allah dah bagi peluang tu ambil betul2.
Lepas ni entah sempat lagi nak berpuasa bersama keluarga.

Memanglah kemas rumah tu penat.
Hari2 rutinnya jemur kain, basuh pinggan, lipat kain dan sapu rumah.
Bila petang pula kena masak.
Tak sempat isi masa untuk diri sendiri.
Malam dah penat. Kadang2 tidur awal.
Nak pegang buku cerita atau novel pun tak sempat.
Itu belum ada keluarga sendiri. Haha

Sabarlah.
Ada hikmah kenapa dapat parent yang terlalu menjaga.
Ada hikmah kenapa aku dapat berpuasa sebulan dekat rumah.
Ada hikmah kenapa aku tak dapat kerja lagi.
Tambah baru habis exam sebulan yang lepas.
Rimas bila orang tanya.... "Dah dapat kerja dah?"

Bila lagi nak berbakti kat mak.
Bila lagi nak layan pesanan bapak.
Bila lagi nak korek resepi rahsia bapak.
Bila lagi nak kenal adik2.
Nak tolong selesaikan homework yang diorang tak faham.
Biar paksa perah otak walaupun zaman tu dah berlalu.

Sabar ek.
Gunakan masa ini untuk berbakti buat mereka.
Tetapkan niat.
Jangan merungut.
Senyum je.

Mereka pun makin tua. Dah tak larat.
Kita yang bertenaga muda kena banyak bekerja untuk mereka.

Buang jauh2 perasaan rasa dibuli.
Buang jauh2 perasaan prasangka.
Buang jauh2 perasaan rasa kita je kena buat semua.
Buat pekak je apa yang orang kata.
Takde faedah.
Kalau dilayan lama2 tu yang jadi hubungan antara anak dan ibubapa jadi panas.

Ada hikmah jadi dewasa. Boleh berfikir sendiri.
Tapi tak boleh nak tolak perasaan negatif yang berlebihan.
Yang kadang2 menjejaskan niat.
Seronok jadi zaman remaja.
Apa yang disuruh semuanya ikut.
Bersih je niat.

Ayuh harungi bulan ramadhan ini dengan niat yang bersih.
Buang perasaan negatif tu. Buang jauh2.
Nikmati detik bersama keluarga.
Detik itu sangatlah berharga.

Sunday, July 06, 2014

Konsisten dalam solat subuh

Tengah kemas2 buku, terjumpa pula nota halaqah masa 1st year dahulu.
Masih tersimpan rapi rupanya nota halaqah.
Halaqah yang saya sertai ni kelas wajib bagi memenuhi criteria wajib yang ditetapkan untuk graduate.
Sebelum nota ini hilang, baik saya share kat sini. Mana tahu boleh dirujuk kemudian hari.
Nota kali ni pasal solat subuh. Bagus akak naqibah ni buat perkongsian.
Hasilnya dengan tersusunnya nota saya. Hehe

Rahsia dan keajaiban Solat Subuh
-> Teladan daripada salafussoleh. Antaranya...
Khalid al-Walid tidak memulakan perang selagi tidak selesai solat subuh.
Termasuk Salehuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad al-Fatih. Tapi dah tak ingatlah kisah mereka. hehe

-> Solat Subuh berjemaah sebagai penanda aras bagi keteguhan agama seseorang individu

-> Kemenangan bagi yang melaksanakan
(Surah al-A'diyat 100:1-3)




Kalahkan musuh batinmu

P.s : Yang ni pula apa kaitan dengan surah a'diyat dengan kemenangan dan kalahkan  musuh batinmu?
Dalam fikiran sekarang duduk terbayang video kat bawah ni


"Syaitan melilit seorang antara kalian dengan 3 lilitan ketika tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan : "Nikmatilah malam yang panjang ini".

Cara nak leraikan 3 lilitan :
1- Apabila dia bangun lalu mengingati Allah, maka terlepas lilitan itu.
2- Apabila dia berwuduk, lepaslah lilitan ke-2
3- Apabila dia solat, lepaslah lilitan ke-3

Tips konsisten solat subuh
- Ikhlaskan niat kerana Allah
- Tanam tekad yang jitu - niat nak bangun subuh
- Bertaubat  bagi yang sering lewat subuh
- Memperbanyakkan doa - berdoa supaya diberi kesempatan untuk solat subuh
- Cari kawan yang baik - kawan yang boleh kejutkan subuh
- Latih diri untuk tidur mengikut sunnah
- Pasang penggera
- Ajak orang lain bangun solat subuh
- Hayati keindahan bangun pagi

Marilah sama2 kita konsisten dalam solat subuh.
Semoga Allah merahmati kita.



Buah tangan untuk kamu.
Tonton ya. hehe

Wednesday, July 02, 2014

Alkisah si Puteh dan si Biru

Alkisah haiwan belaan adik yang sangatlah unik dan teramat unik. Hahaha.
Saya perkenalkan haiwan belaan pertama adik iaitu Puteh.
Puteh adalah seekor kucing dan kini usinya dah menjangkau 5 tahun.
Agak je. Dari saya masuk asasi sampailah saya dah grad, Puteh masih setia dan sihat.


Hehe, sebenarnya warna dia memang putih. Makin lama makin kelabu.
Makanan kegemaran puteh ialah nasi digaul dengan ikan.
Sebenarnya Puteh tak makan nasi tapi bila dah gaul dengan ikan Puteh makan je.
Bau ikan tu yang mengaburi Puteh. Paksa Puteh makan nasi. Hehe

Sepatutnya kulit dia berkilau sikit.
Malas nak edit bagi berkilau atau dengan kata lain...
tak reti nak edit. hehe
Ini ikan laga adik. Ikan ini dibeli pada asalnya untuk projek kemahiran hidup. Tapi tak jadi akibat tiada perbincangan antara ahli kumpulan. Adik terbeli ikan ni akibat dari salah faham. Maka bertambah haiwan belaan adik. Umur dia dah 2 minggu (dikira sejak dia menjejak kaki di rumah ini). Ikan ini diberi nama biru. Sebenarnya takda nama. Haha

Persamaan antara dua haiwan peliharaan adik....
Mereka sangat memilih makanan.
Puteh hanya makan perut ikan dan nasi yang digaul ikan.
Selagi tiada bau ikan, dia tidak akan makan.
Walaupun whiskes digaul dengan nasi. Dia tak akan makan.
Dia makan whiskes tanpa dicampur apa2.

Si biru pula, dia hanya makan 1 tablet makanan sehari.
Betapa ikan ini jaga makan. Haha
Mungkin dia badan kecil. Jadi makan sikit.

Kakaknya selalu sakat adik dengan membezakan adik dengan haiwan peliharaannya.
"Adik, cuba tengok si biru tu. Dia makan 1 tablet sehari. Adik makan berpinggan-pinggan sekali makan"
"Adik sama macam Puteh. Makan banyak tapi tak sama juga sebab Puteh makan memilih"
Hahaha...

P.s : Rajinnya saya buat entry khas khusus buat 2 ahli keluarga ni. Siap lukis sendiri lagi tu. Semoga panjang umur dan tidak henti menceriakan hidup kami sekeluarga.

Currently, he is sleeping.

Online job? Hati-hati

Hari ni terasa nak cuba2 online job. Manalah tahu dapat pendapatan lumayan melalui online job. Selama ini main Nuffnang je. Dapatlah jugak income dari Nuffnang untuk tampung pembelanjan pada waktu poket tengah kering. Tapi nak dapat hasil tu lambat.

Jadi nak cuba nasib kat www.freelancer.com/
Nak dapat job kat situ kenalah register dahulu sama ada melalui email atau facebook akaun. Selepas register, boleh search job yang diorang offer.
Cara nak dapat job tu kena bid job. Bid yang paling tinggi akan diterima.
Ada yang tengok pengalaman juga.

Hari ni saya dapat job.


Tetapi setelah melawat website yang diarahkan, ternyata yang saya harus bayar registration fee kepada mereka dahulu sebelum saya dapat job. Nampaknya, mereka sudah dapat duit dahulu dari saya. Mengapa saya pula yang kena bayar pula. Bukankah saya pekerja dan mereka majikan. Agaknya saya ni newbie. Mereka nak pekena saya ni. 

Setelah diperiksa profile si pengirim kerja tengok2 dah tutup akaun dia.
Hurm... Lagilah nampak macam ada tak kena.

Pengajaran untuk hari ini, berhati-hatilah ketika memilih kerja.
Bila dah dapat pun kerja kena periksa dahulu.
Jangan main ambil aja.

Lagi satu pemerhatian saya pada website www.freelancer.com/ terutama kerja yang ditawarkan tersangat tak masuk akal. Diskripsi pekerjaan yang mereka mahu tawarkan juga tidak jelas. Tak semua tapi kebanyakan. Jadi kena pandai pilih kerja dalam website tu dan berhati-hati dengan pihak yang mahu ambil kesempatan dengan kita.

P.s : Kena usaha lebih untuk naikkan income nuffnang. Ini sahaja jalan yang dipercayai dan diperolehi hasil titik peluh menaip. haha

Tuesday, July 01, 2014

Yang penting rasa.

Dilukis oleh saya.
Lupa nak taruk watermark.
Malaslah

Yang penting rasa. Bukan rupa.
Belajar untuk masak sampai rasa tu sampai ke tahap ISO
Bila orang rasa masakan tu mesti dah tahu siapa yang masak.
Yang pastinya kenalah sedap.
Dan rasa tu harus konsistent.
Bila rasa dah sedap dan konsistent baru boleh buatkan orang teringat dengan masakan kita.

Jangan pula hari ini sedap, esok masin, lusa pula tawar.
Nanti orang dah tak teringin nak makan masakan kita.
Itu tips yang bagus untuk nak lariskan perniagaan berasaskan makanan.

P.s : Motivasi dari bapak. Katanya karipap sedap. Hehe
Kena kekalkan rasa ISO karipap. Nanti boleh jual.