Sunday, November 18, 2012

Jangan pernah menyerah!

Tidak mengapa 
kalau bukan dia yang membalas kebaikanku.

Tidak mengapa 
kalau bukan dia yang mengambil berat tentang aku.

Tidak mengapa juga 
kalau dia tidak mahu mendengar nasihatku.

Tidak mengapa 
kalau dia tidak mengendahkan aku 
dan membuat aku rasa tidak wujud dalam kalangan mereka.

Tidak mengapa!

Aku kena ingat.
Aku hidup di dunia ini bukan 
sekadar mengukir kenangan 
antara aku dan dia.
Masing ramai lagi insan2 diluar sana 
sangat memerlukan aku.
Dia tidak perlukan aku.
Tetapi 
bapak, emak, adik, jiran, roomate, kawan sekelas...
Semua insan selain dari dia 
sama ada aku kenal atau tidak 
sangat perlukan aku.
"Saudara, jika kita sibuk melakukan kebaikan, 
kita tidak sempat melihat keaiban orang lain.
Jika kita sempat, itu petanda kebaikan 
yang kita buat masih sedikit. Dan kita masih
belum benar2 baik"..... 
(Beduk diketuk oleh Pahrol Mohd Juoi)
Jadi, 
Jangan pernah berputus asa untuk buat kebaikan.
Sibukkan diri dengan melakukan kebaikan.
Walaupun dia tidak nampak
walaupun bukan dia yang akan membalas kebaikan kamu
tetapi masih ada insan diluar sana
sama ada aku sedar atau tidak
kebaikan itu akan terbalas jua
sama ada secara tunai di dunia
ataupun
di akhirat kelak yang pasti.
[Golden Rule]

Sabar ya Bella..
Inilah permainan dunia...
Jangan berhenti jadi baik
dan jangan sekali terfikir
apatah lagi untuk menjadi liar.
Menjadi liar itu bukan diri kamu.
Memang secara fitrahnya,
kamu tidak suka memperlakukan hal sebegitu
demi meraih perhatian!

Jika ini ujian dari Allah.
Aku reda...
Doakan aku supaya aku kuat.

Don't Give Up! [sources]

Saturday, November 10, 2012

Where you sit in class?

P/s : Boleh percaya ke?
Biasa aku duduk... Masa exam biasanya suka duduk dekat dengan dinding. (Nak privasi dan lebih fokus...)
Kalau dalam kelas lebih suka duduk line ke dua tengah2. (Senang nak salin nota dan fokus... Itupun kalau orang depan tak tinggi sangat... :P). Anda pula bagaimana?

Wednesday, November 07, 2012

Lihat mereka ini...

Tengok....

Sources : The Star, 6 Nov 2012
Tengok... 
Nenek pun ambil SPM...

Sources : The Star, 6 Nov 2012
Tengok...
Mereka meredah banjir 
semata-mata
nak ambil STPM...

Dimanakah semangat?
Semangat berkobar di suatu ketika dahulu
ketika di bangku sekolah...

Dulu-dulu sering impikan....
"Nantikan... Bila besar nak jadi cikgu..."
Bila dah masuk sekolah menengah...
"Nak tukar cita-citalah... Nak jadi Akauntan"
masih dalam tingkatan...
"Angan2 aku, bila besar nak masuk U..."
 
Bila dah masuk U...
"Aku penat... Rasa nak berhenti!"

Lihatlah mereka...
Mereka sedang diuji...
Aku juga sedang diuji...
Kamu juga...
Adakah dengan sekumit ujian
mereka, aku dan kamu
akan menyerah?


Tuesday, November 06, 2012

P E N A T







Ha... He... Hu... Hurm...
Tak tahu nak tulis apa hari ni.
Banyak sangat benda nak tulis sampai tak tahu nak mula dari mana.

Yang pasti....
Sekarang ni rasa penat sangat.
Penat sebab banyak topik dalam pelajaran tak tercover lagi.
Penat sebab jawab exam entah pape.
Penat sebab assignment berlambak.
Penat melayan karenah group assignment  member.
Penat sebab nak kena buat risalah kelab.
Penat sebab masih tersangkut dengan hal kelab.
Apa yang aku buat semester kali ni?
Kebanyakkan masa terisi dengan hal ehwal kelab.
Sampai tak cukup masa untuk study.
Tak cukup masa untuk diri sendiri dan keluarga (Mak dan Bapak).
Tak cukup masa nak penuhi undangan usrah, taalim dan bicara wanita.
Betapa lalainya hambamu ini sepanjang semester ini.
Huhu...

Ingatkan...
minggu depan cuti,
bolehlah nak bersenang lenang dalam bilik bersama buku.
tak pun nak balik rumah...
Tapi tak jugak....
Lecture menambah lagi strees minggu bercuti dengan mid term exam.
Mid term exam hari jumaat dan sabtu.
MasyaAllah....
Sangatlah terbaik.

Kadang2 tu rasa nak terbang pun ada.
Nak lari semua benda.
Nak berhenti!
Aku dah malas!

Tapi aku mengenang Mak, Bapak...
Aku mengenang pelaburan yang mereka telah buat
semata-mata untuk sekolahkan aku sampai masuk universiti
Aku juga tak sampai hati nak buat hal....
sebab aku telah diberi amanah
Amanah untuk belajar dan menuntut ilmu disini...
Aku takut, kalau aku lalai
aku tak tahu nak jawab apa kat depan Allah nanti...

Sabar jelah Bella...
Apa boleh buat...
Student kan... Dah nama full time student...
kenalah buat cara macam student.
Makin lama bukan makin senang.
Ingat tu...

Ada masa lagi nak sedut semua benda...
Kamu kena kuat Bella!