Cuba lihat ayat ni.
Ayat ini sangatlah cantik maknanya.
Ayat ini dipetik dari surah 'Ali Imran ayat 190-194
Maksud ayat diatas ini :
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".
Betapa cantiknya ayat ini. Maksud dia pun terang lagi jelas. Ayat ini dijadikan tugasan hafazan untuk daurah kali ini. Malangnya saya tak sempat habis untuk hafal ayat ini. Itu kelemahan saya. Nampaknya kena cuba hafal juga dan tasmik kat kawan yang tak dikenali. Berusaha!
Daurah kali ini sangatlah best. Keterujaan yang sangat menebal. Tambah tak merancang pun nak pergi dengan kesibukan berprogram sepanjang hari. Dari pagi sudah kena jadi committee untuk program family day. Tengah hari pula kena pergi kenduri kawan sekelas dan petang pula bergegas ke surau Ansar, Keramat.
Mabruk ya ukhti... |
Kepenatan tu hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi kepenatan tu hilang bila dapat bersama-sama solat berjemaah dengan kawan2 seusrah di surau Ansar. Ia mengingatkan saya tentang fadilat solat berjemaah itu sendiri. Seakan-akan saya umpama bateri yang kosong sudah dicas penuh selepas solat berjemaah bersama.
Tetapi terpaksa juga tahan mata untuk dengar talk berkaitan fadilat Al-Quran. Dalam talk tu, banyak juga perkongsian hadis2 yang berkaitan dengan kelebihan membaca dan mempelajari Al-Quran. Disitu juga dapat lihat kepentingan mempelajari bahasa arab untuk lebih memahami message yang ingin disampaikan di dalam Al-Quran itu sendiri. Lagi satu yang terkesan bila ustaz tu bangkitkan isu belajar Al-Quran. Selama ini orang2 yang mahu belajar Al-Quran menyangka yang belajar Al-Quran itu hanya setakat belajar tajwid dan makhraj huruf serta memperbetulkan bacaan sahaja. Saya pun menyangka begitu juga. Rupanya skop belajar Al-Quran itu lebih luas. Bukan setakat belajar tajwid, makhraj huruf dan memperbetulkan bacaan tetapi perlu juga belajar tafsir dan gaya bahasa Al-Quran itu tersendiri. Kita tidak boleh menyangka yang bila dah pandai dan fasih membaca Al-Quran, kita sudah boleh berhenti belajar Al-Quran. Pembelajaran Al-Quran ini adalah pembelajaran sepanjang hayat. Tiada istilah graduate untuk subjek Al-Quran ini.
Lepas habis dengar talk ada sesi LDK pula. Sejujurnya saya memang kurang gemar dengan sesi LDK. Tetapi entah kenapa sesi LDK untuk daurah kali ini seronok pula. Ada sesi tadabbur Al-Quran. Antara ayat2 yang dikupas ialah ayat 6:125, 4:115, 20:124, 57:16, 4:60. Seronok juga bila dapat mengupas ayat2 Al-Quran. Macam2 benda dapat dibincangkan dan dipelajari dalam setiap ayat. Yang paling terkesan bab hidayah. Saya asyik terlupa yang hidayah itu perlu dicari bukan tunggu hidayah itu datang dekat kita. Sama juga konsep mendapat kebaikan. Jika kita mahu sesuatu kebaikan untuk diri kita, kita perlu mencarinya. Contoh mahu hati tenang, kita perlu berusaha dahulu dengan membaca Al-Quran ataupun berjalan-jalan melihat keindahan alam ciptaan Allah. Bila kita ingat Allah, hati pun tenang.
Lepas sesi LDK seperti biasa kena siapkan diri untuk Qiamullail keesokkan harinya. Bila dapat masa untuk tidur tu terasa nikmat teramat sangat. Masa Qiyamullail pun seronok juga. Ayat2 yang dibaca ketika solat tahajud banyak mengisarkan tentang penceritaan. Setelah selesai Qiamullail, solat subuh berjemaah dan membaca Al-Ma'thurat berjemaah, ada sesi bedah Akhbar pula selepas itu. Banyak juga isu2 yang dapat diutarakan. Ada isu Palestin, Syria, Myammar, tentang president pertama Mesir Dr Muhammad Mursi dan banyak lagi. Banyak benda baru dapat diketahui dalam sesi ini.
Opss... Terpanjang pula entry kali ini. Sampai disini sahaja pengalaman yang saya dapat kongsikan bersama. Untuk merasai kemanisan dan kesedapan berdaurah tu silalah datang sendiri ke daurah. Lagi seronok merasai sendiri dari mendengar kisah pengalaman orang. Bagi saya setiap daurah ada keseronokannya tersendiri. Yang pasti tiada dapat menandingi keseronokan ketika makan dalam talam bersama akhawat dan solat jemaah serta qiamullail bersama-sama mereka. Moment yang paling jarang dijumpai dalam hidup saya.
P/s : Anda bila lagi nak menjejak kaki ke daurah? ^_^
ayat ni ada dibacakan dalam CD zikir munif ahmad...=D
ReplyDeleteYup... betul tu...
DeleteHurm... kenapa dah dgr banyak kali tapi x ingat ek..?
Kena muhasabah balik... ^_^