Wednesday, July 10, 2024

Janji dicapati, kena sidai sampai kering

Pada pagi yang hening, aku bangun seperti biasa. Seperti hari biasa nak pergi kerja. Selesaikan apa yang patut di pagi hari. Cuma yang special hari ni aku ambil cuti sebab nak settlekan assignment dengan interview pengetua sekolah. Seperti yang dijanjikan dalam telefon minggu lepas, petang ini boleh jumpa pengetua.

Namun, dah terdetik dalam hati yang ada kemungkinan perjumpaan dengan pengetua petang tu tidak akan berlaku. Jadi pagi tu tekad nak pergi serbu mana2 sekolah yang mungkin pengetua free masa tu dan sudi untuk interview. Mungkin nampak macam tak patut untuk serbu namun aku dah buat cubaan untuk book masa dengan pengetua sekolah lain melalui telefon. Nombor telefon dah bagi namun tidak dihubungi kembali.

Jadi pagi tu cuba nak serbu tempat belajar dulu. Bila masuk sekolah tu vibe dia lain. Mungkin sebab cikgu yang pernah mengajar aku dahulu banyak dah bersara. Ada pelajar siap tunduk kepala macam nak bagi salam. Gaya aku dah macam guru ke? Gelak kecil aku dibuatnya. Sampai dekat pejabat sekolah jumpa dengan staff dekat kaunter. Gayanya macam kurang senang bila dengar nak interview dengan pengetua sekolah. Dia bebel kenapa tak booking dulu. Dalam hati dah mengomel. Padahal dah call tinggalkan nombor telefon. Dia kata pengetua takde dekat sekolah selama seminggu. Lepas tu dia dah tak layan. Hurmm punahlah harapan. Jadi baliklah aku dengan tangan kosong.

Aku masuk kereta dengan pandangan kosong. Aku fikir kalau aku main serbu lagi sekolah lain buat membazirkan minyak, masa dan tenaga. Aku drive dan park dekat rumah kedai. Aku cuba call sekolah lain. Kebanyakan sekolah mengatakan pengetua takde. Ada yang suruh email dulu tapi dia baca alamat email tu laju sangat dan tak ikhlas. Hurmm. Ada yang minta pengesahan dari PPD. Ya, persis dalam message dalam group WhatsApp. Ada student cakap ada sekolah nak pengesahan dari PPD. Nampaknya sekolah nilah kot. Hampir 10 buah sekolah dihubungi namun semua memberi jawapan menghampakan. Pengetua memang busy sangat. Tengok jam dah pukul 11 pagi. Satu sekolah pun takde nak mengatakan pengetua free untuk di interview. Dalam hati terdetik, patut ke aku percaya yang appointment petang ni takkan cancel. Pengetua kot. Takkan bagi janji kosong.

Aku pun pulang ke rumah untuk settlekan sedikit saki bagi report assignment. Jam menunjukkan pukul 2 petang. Aku pun bersiap nak gerak ke sekolah yang dijanjikan. Kat luar hujan renyai2 siap ada kilat. Aku pun serba salah nak redah. Tapi dah janjikan. Aku pun redah dan menuju ke sekolah tersebut. Aku sampai agak awal. Aku ambil masa untuk study balik soalan interview. Aku tunggu di ruangan menunggu dan apabila lagi 10 minit nak pukul 3 petang, aku terus jumpa staff dekat kaunter pejabat. Staff tersebut menyatakan yang pengetua ada urusan luar pejabat. Ada acara sukan dengan sekolah lain jadi pengetua tiada dekat pejabat. Aku macam mempersoalkan yang pengetua tu janji nak interview hari ni. Namun staff tersebut tak tahu tentang interview dengan pengetua dan terus teringat yang aku ada call sekolah minggu lepas. Dia kata dia dah bagi pengetua jawab panggilan dan dia tak tahu menahu apapun. Cara cakap dia macam agak kasar dan aku rasa macam pengemis dekat situ. Aku pun berlalu pergi dengan hujan renyai mengiringiku. Tanpa disedari air mataku menitis. Betapa frustnya aku sebab aku ambil cuti hanya untuk attend interview tu dengan pengetua tersebut. Aku tinggalkan kerja aku sebab nak settlekan assignment aku tup tup jadi macam ni. Dah kali ke berapa aku kena sidai macam ni. Penat bila terlalu percaya dengan janji orang.

Aku tak tahulah agaknya perbualan aku dengan pengetua tempoh hari membuatkan dia tak senang. Tapi kalau betul dia ada program lain kenapa tak cakap dia tak senang masa tu. Kenapa dia berjanji? Kalau taknak cakap jelah taknak. Kenapa bagi harapan? Macam ni ke contoh seorang leader? Sesibuk macam manapun dia sebagai pengetua, dia boleh check schedule dia betul2 dan jangan bagi harapan palsu. Dah pandai janji kenapa tak catat? Korang takde SOP ke? Kalau dah perangai macam ni patut ke aku book banyak sekolah lain? Kalau ramai kata ok aku nak kena attend semua ke? Bila dah perangai macam ni rasa geran je. Dia ingat asal student je mesti full time student dan ada banyak masa nak layan semua ni. Ada student kerja sambil belajar. Terserlah yang pengetua ni tak hormati masa orang lain. Dia tak fikir orang lain. Kalau dia sangsi, kenapa tak selidik? Aku ada surat. Aku dah offer nak bagi soalan untuk dia study tapi dia tak endah. Nombor phone pun tak ambil. Ke memang aku dah kena scam dari awal. Oklah. Kau pengetua, pangkat dah tinggi. Aku ni student je. Takat nak hampakan seorang pelajar memang tak jadi kudis pun kan. Aku hanya sekecil kuman di mata kau. 

Aku rasa nak tulis benda buruk je pasal pengetua ni dalam report. Aku nak jujur je dalam report yang memang sah2 dah fail. Aku macam malas nak layan bab interview ni. Memandangkan memang nak dekat due date. Aku kadang2 terfikir apa motif universiti suruh student jumpa pengetua bagai. Mereka tak fikir ke ada sesetengah orang taknak layan benda2 macam ni. Macam2 karenah birokrasi nak kena layan. Mereka pun nak jaga "kerahsiaan", "kredibiliti" dan imej sekolah. Ke memang korang tak impliment pun semua tu macam takut sangat. Melainkan ada sedara cikgu atau pengetua, senang nak settle assignment. Masa tu takde pula nak surat pengesahan PPD. Itu belum lagi cerita kena chop sebagai scammer. Scammer nak jual barang tapi bagi alasan interview untuk assignment. Dalam journal banyak report pasal tugas pengetua. Mereka dah interview banyak dah pengetua. Kenapa tak review dari situ? Walaupun nak suruh rasa sendiri pengalaman nak jumpa pengetua tapi ada ke pengetua nak layan? Kalau buat dalam group ok lagi. Ni assignment sorang2. Buatnya beratus orang tanya benda yang sama, jenuh pengetua tu nak layan.

Aku menulis untuk kosongkan fikiranku dan kekusutan hati sebab aku tak boleh tidur dan air mata menitis lagi. Nampak macam aku mudah terasa hati tapi orang tak tahu entah keberapa kali aku dikhianati. Disisiku tiada siapa melainkan keluarga sendiri. Sahabat dan rakan tiada apatah lagi pasangan. Semoga cerita ini tutup disini. 

Inilah dunia bukan syurga. Tiada yang sempurna. Namun ingatlah segala perbuatan kamu akan dihisab kelak. Dan terima kasih pengetua. Anda dah buka satu sisi gelap dalam dunia pendidikan.