Wednesday, July 10, 2024

Janji dicapati, kena sidai sampai kering

Pada pagi yang hening, aku bangun seperti biasa. Seperti hari biasa nak pergi kerja. Selesaikan apa yang patut di pagi hari. Cuma yang special hari ni aku ambil cuti sebab nak settlekan assignment dengan interview pengetua sekolah. Seperti yang dijanjikan dalam telefon minggu lepas, petang ini boleh jumpa pengetua.

Namun, dah terdetik dalam hati yang ada kemungkinan perjumpaan dengan pengetua petang tu tidak akan berlaku. Jadi pagi tu tekad nak pergi serbu mana2 sekolah yang mungkin pengetua free masa tu dan sudi untuk interview. Mungkin nampak macam tak patut untuk serbu namun aku dah buat cubaan untuk book masa dengan pengetua sekolah lain melalui telefon. Nombor telefon dah bagi namun tidak dihubungi kembali.

Jadi pagi tu cuba nak serbu tempat belajar dulu. Bila masuk sekolah tu vibe dia lain. Mungkin sebab cikgu yang pernah mengajar aku dahulu banyak dah bersara. Ada pelajar siap tunduk kepala macam nak bagi salam. Gaya aku dah macam guru ke? Gelak kecil aku dibuatnya. Sampai dekat pejabat sekolah jumpa dengan staff dekat kaunter. Gayanya macam kurang senang bila dengar nak interview dengan pengetua sekolah. Dia bebel kenapa tak booking dulu. Dalam hati dah mengomel. Padahal dah call tinggalkan nombor telefon. Dia kata pengetua takde dekat sekolah selama seminggu. Lepas tu dia dah tak layan. Hurmm punahlah harapan. Jadi baliklah aku dengan tangan kosong.

Aku masuk kereta dengan pandangan kosong. Aku fikir kalau aku main serbu lagi sekolah lain buat membazirkan minyak, masa dan tenaga. Aku drive dan park dekat rumah kedai. Aku cuba call sekolah lain. Kebanyakan sekolah mengatakan pengetua takde. Ada yang suruh email dulu tapi dia baca alamat email tu laju sangat dan tak ikhlas. Hurmm. Ada yang minta pengesahan dari PPD. Ya, persis dalam message dalam group WhatsApp. Ada student cakap ada sekolah nak pengesahan dari PPD. Nampaknya sekolah nilah kot. Hampir 10 buah sekolah dihubungi namun semua memberi jawapan menghampakan. Pengetua memang busy sangat. Tengok jam dah pukul 11 pagi. Satu sekolah pun takde nak mengatakan pengetua free untuk di interview. Dalam hati terdetik, patut ke aku percaya yang appointment petang ni takkan cancel. Pengetua kot. Takkan bagi janji kosong.

Aku pun pulang ke rumah untuk settlekan sedikit saki bagi report assignment. Jam menunjukkan pukul 2 petang. Aku pun bersiap nak gerak ke sekolah yang dijanjikan. Kat luar hujan renyai2 siap ada kilat. Aku pun serba salah nak redah. Tapi dah janjikan. Aku pun redah dan menuju ke sekolah tersebut. Aku sampai agak awal. Aku ambil masa untuk study balik soalan interview. Aku tunggu di ruangan menunggu dan apabila lagi 10 minit nak pukul 3 petang, aku terus jumpa staff dekat kaunter pejabat. Staff tersebut menyatakan yang pengetua ada urusan luar pejabat. Ada acara sukan dengan sekolah lain jadi pengetua tiada dekat pejabat. Aku macam mempersoalkan yang pengetua tu janji nak interview hari ni. Namun staff tersebut tak tahu tentang interview dengan pengetua dan terus teringat yang aku ada call sekolah minggu lepas. Dia kata dia dah bagi pengetua jawab panggilan dan dia tak tahu menahu apapun. Cara cakap dia macam agak kasar dan aku rasa macam pengemis dekat situ. Aku pun berlalu pergi dengan hujan renyai mengiringiku. Tanpa disedari air mataku menitis. Betapa frustnya aku sebab aku ambil cuti hanya untuk attend interview tu dengan pengetua tersebut. Aku tinggalkan kerja aku sebab nak settlekan assignment aku tup tup jadi macam ni. Dah kali ke berapa aku kena sidai macam ni. Penat bila terlalu percaya dengan janji orang.

Aku tak tahulah agaknya perbualan aku dengan pengetua tempoh hari membuatkan dia tak senang. Tapi kalau betul dia ada program lain kenapa tak cakap dia tak senang masa tu. Kenapa dia berjanji? Kalau taknak cakap jelah taknak. Kenapa bagi harapan? Macam ni ke contoh seorang leader? Sesibuk macam manapun dia sebagai pengetua, dia boleh check schedule dia betul2 dan jangan bagi harapan palsu. Dah pandai janji kenapa tak catat? Korang takde SOP ke? Kalau dah perangai macam ni patut ke aku book banyak sekolah lain? Kalau ramai kata ok aku nak kena attend semua ke? Bila dah perangai macam ni rasa geran je. Dia ingat asal student je mesti full time student dan ada banyak masa nak layan semua ni. Ada student kerja sambil belajar. Terserlah yang pengetua ni tak hormati masa orang lain. Dia tak fikir orang lain. Kalau dia sangsi, kenapa tak selidik? Aku ada surat. Aku dah offer nak bagi soalan untuk dia study tapi dia tak endah. Nombor phone pun tak ambil. Ke memang aku dah kena scam dari awal. Oklah. Kau pengetua, pangkat dah tinggi. Aku ni student je. Takat nak hampakan seorang pelajar memang tak jadi kudis pun kan. Aku hanya sekecil kuman di mata kau. 

Aku rasa nak tulis benda buruk je pasal pengetua ni dalam report. Aku nak jujur je dalam report yang memang sah2 dah fail. Aku macam malas nak layan bab interview ni. Memandangkan memang nak dekat due date. Aku kadang2 terfikir apa motif universiti suruh student jumpa pengetua bagai. Mereka tak fikir ke ada sesetengah orang taknak layan benda2 macam ni. Macam2 karenah birokrasi nak kena layan. Mereka pun nak jaga "kerahsiaan", "kredibiliti" dan imej sekolah. Ke memang korang tak impliment pun semua tu macam takut sangat. Melainkan ada sedara cikgu atau pengetua, senang nak settle assignment. Masa tu takde pula nak surat pengesahan PPD. Itu belum lagi cerita kena chop sebagai scammer. Scammer nak jual barang tapi bagi alasan interview untuk assignment. Dalam journal banyak report pasal tugas pengetua. Mereka dah interview banyak dah pengetua. Kenapa tak review dari situ? Walaupun nak suruh rasa sendiri pengalaman nak jumpa pengetua tapi ada ke pengetua nak layan? Kalau buat dalam group ok lagi. Ni assignment sorang2. Buatnya beratus orang tanya benda yang sama, jenuh pengetua tu nak layan.

Aku menulis untuk kosongkan fikiranku dan kekusutan hati sebab aku tak boleh tidur dan air mata menitis lagi. Nampak macam aku mudah terasa hati tapi orang tak tahu entah keberapa kali aku dikhianati. Disisiku tiada siapa melainkan keluarga sendiri. Sahabat dan rakan tiada apatah lagi pasangan. Semoga cerita ini tutup disini. 

Inilah dunia bukan syurga. Tiada yang sempurna. Namun ingatlah segala perbuatan kamu akan dihisab kelak. Dan terima kasih pengetua. Anda dah buka satu sisi gelap dalam dunia pendidikan. 


Thursday, June 06, 2024

Peluang kedua demi cita-cita - Imelda Balchin

Pagi semalam terbaca post Dr Imelda pasal pengalaman dia ambil SPM. Dia dulu seorang olahragawati dan pelajar cemerlang masa peperiksaan SRP/PMR/PT3. Banyak letak nama sebab asyik tukar nama exam sampailah dimansuhkan. Tujuan nak bagi pembaca faham apa itu SRP. Nak dijadikan cerita, Dr Imelda masa Form 4 dia seorang yang sangat aktif dalam olahraga sampai dilantik sebagai ketua. Namun macam biasa. Typical bapa2 yang risaukan anak dia kalau anak dia tak cemerlang SPM. Bapanya tak bagi Dr Imelda aktif olahraga dan paksa anak dia fokus belajar. Jurulatih Dr Imelda dekat sekolah dia pula ambil tindakan meminta Dr Imelda aktif balik bersukan. Kesan desakan dua pihak tanpa perbincangan menyebabkan team olahraga kalah teruk dan membuat Dr Imelda kurang fokus dalam SPM dengan harapan boleh repeat balik SPM bila gagal. Tapi plot twist lepas tu. Dr Imelda tak gagal SPM dan keputusan tak berapa cantik. Tekadnya Dr Imelda nak kejar cita-cita dia dengan ulang kembali tingkatan 5 dan ambil SPM semula dekat sekolah swasta untuk teruskan cita-cita menjadi doktor. Cerita dia saya ringkaskan sahaja. Kalau mahu baca cerita detail boleh cari post Dr Imelda dekat Facebook.

Cuma yang menarik cerita Dr Imelda, dia ada peluang untuk ulang semula dan parent dia merestui tindakan tersebut. Saya sebagai seorang yang di didik untuk jadi perfect dalam setiap keputusan dibuat memang ada sedikit iri disitu. Kalaulah post Dr Imelda muncul masa saya tengah pening nak pilih sama ada nak teruskan ambil jurusan Ekonomi atau ulang balik subjek yang membuatkan saya sangkut untuk teruskan jurusan Akaun pasti saya dah ambil keputusan untuk ulang semula. Sebab masa tu tak terlintas untuk ulang semula dan kemungkinan sebab kos pembiayaan. Parent pun tak kisah dan kalau boleh teruskan sahaja sebab mereka tak kisah asalkan ada degree. Tetapikan walaupun saya ada degree Ekonomi dan sekarang bekerja dalam bidang Perakaunan (handle company yang net sales less 500k), bos takde pula suruh saya pergi tambah kursus Akaun. Tapi mereka suruh saya ambil kursus Company Secretary. Akaun saya jaga tetapi suruh belajar part Company Secretary. Padahal saya bukan pandai pun part kira costing dan SST. Manager tak mahu turunkan ilmu tetapi orang lain boleh pula ajar. Saya cuma iri part ni sahaja sampai saya rasa teruk sangat ke saya bekerja sampai bos tak sudi nak turunkan ilmu semua. Ke sebab background study saya membuatkan bos tak yakin. Kalau tak yakin kenapa suruh sambung kursus lain. Sejak sambung belajar dekat OUM ambil PGDT (tambah skill sebab bengang dengan bos) baru nampak pasal OPEL. Pengalaman dah banyak cuma nak topup balik ilmu yang berkaitan. Kadang2 tengah buat kerja tertanya-tanya kenapa yaaa. 

The moral of story, kehidupan manusia tak selancar yang disangka-sangka. Tiada absolute correct answer dalam kehidupan. Itulah perkara yang kita semua selalu lupa dan asyik persoalkan. Tak mengapa untuk repeat. Tak mengapa gagal sekarang. Ada jalan selagi kita mahu. Rasa nak beralih bidang its ok. Buatlah apa yang anda mahu selagi tak melanggar undang2 dan tak menyusahkan orang. Saya belajar perkara ni bila dah habis ambil degree. Iyalah dari zaman sekolah diajar untuk jadi perfect. Bila tunjuk kertas exam kalau tak dapat 90 ke atas mesti di tanya kenapa tak dapat. Dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah di latih begitu. Tak boleh buat silap. Ada saja di komen. Semua benda tak betul. Dan perangai tu sampai sekarang masih terbawa-bawa dan cuba untuk kendurkan. Kadang2 sampai orang naik menyampah sebab bila saya dah pegang suatu benda tu memang saya kaji sampai habis dan pastikan semuanya perfect. Terutama dokumen untuk audit. Ha ha ha. Taknak banyak kena soal masa audit maaa.

Ingat ya reader sekalian. Tiada kehidupan perfect ya. Sentiasa penuh liku-liku dan berduri-duri untuk mencapai sesuatu yang dihajati.


Wednesday, June 05, 2024

Teme, Hilal Asyraf dan peminat

Lucu hati melihat gelagat peminat kipas susah mati Teme. Dekat Tiktok bersepah video sesi Meet and Greet dekat PBAKL. Dekat timeline facebook pun bersepah juga perihal Meet and Greet Teme dekat IOI tempoh hari. Cuma agak teruja melihat Teme siap berbodyguard semasa dia mahu keluar dari kedai buku Popular di IOI. Memang dia penulis next level. Tambahan pula ada komen nakal yang macam ada niat nak cabut mask Teme. Seram juga peminat Teme ni. MasyaAllah. Jaga diri dan tingkah laku ya. Tepuk dahi.

Tapi itulah sambil melihat kegairahan pembaca semua kadang2 tertanya-tanya best sangat ke buku dia? Buat masa ni penulis kegemaran saya ialah Hilal Asyraf. Sudah follow penulisan dia dari zaman belajar universiti ketika dia tengah mula nak naik jadi penulis. Antara buku yang saya rasa paling terbaik perlu baca Buku Batu Bata Kehidupan. Buku ni super duper best. 


Buku tu memang berjaya membuka minda saya dan seterusnya support beliau setiap kali ada karya baru. Cuma saya sudah menjadi Tsondoku iaitu suka beli buku tapi bacanya tidak. Banyak dah koleksi buku Hilal Asyraf tapi bacanya tidak. Ha ha ha... Begitulah. Sibuk sangat kehidupan sampai tak sempat nak buka buku. Bila buka buku terus tertidur. Allah. Begitulah bila dah berusia ni. Hahaha


Beginilah rupanya. Bila tua2 nak buat aktiviti macam orang muda. 
Hahaha

Jadi apa point post ni?
Pointnya bila zaman dah berubah, tingkah laku juga berubah mengikut arus kemodenan.
Bila zaman 10 tahun lepas, bila jumpa penulis buku paling tinggi pun minta autograph dan selfie.
Bila zaman sekarang, bila jumpa penulis buku bukan setakat minta tandatangan dan selfie. Siap viral di semua media sosial. Lagi rare berbodyguard. Bertabahlah Teme. Yelah 10 tahun lepas paling tinggi nak viral pun dekat Facebook, Youtube dan blog je. Tu pun viral dekat kawan rapat atau dalam satu lingkungan sosial. Sekarang viralnya merata-rata. Sekejap je boleh naik nama. Dari tak kenal terus tertanya-tanya best sangat ke buku dia. Haaa. Ya termasuklah saya.

Tapi itulah. Selagi perangai Tsundoku tak berubah selagi tu tiada guna beli buku tapi tak baca. Saya masih ada beberapa buku yang masih belum buka plastik buku tapi sudah lebih 5 tahun membelinya. Allahhhhhh 😭

Cuma nak kagum dengan semangat jiwa muda sekarang. Tahniah sebab anda berjaya memenuhkan setiap penjuru PBAKL. Sedih juga dengar bila ada yang komen kesenduan PBAKL sebelum ni. Korang semua kuasa beli baru yang mengantikan kuasa beli warga emas seperti saya. Kami memang ada kuasa beli namun masa dan tenaga je yang semakin menyusut. Walaupun ada kedengaran rungutan warga emas yang rindu akan suasana sepi PBAKL, usah hiraukan mereka. Bila sepi bising, bila ramai pun bising. Aduhhh... Syabas semua yang menjayakan PBAKL 2024👏👏👏

Dan apa point post ni? saja nak post sebab dah lama tak post. Hehe