Kebiasaan bila balik kampung mesti nak berkampung untuk tinggal bersama Embah untuk beberapa hari. Tidak lupa juga untuk melawat Toki yang merupakan bekas suami arwah Wan. Kami hanya mampu melawat Toki memandangkan Toki merupakan atuk tiri. Toki juga ada ramai anak kandungnya yang beraya dirumahnya. Jadi kami cuma "adik beradik anjing" dan sekadar mampu untuk memenuhi syarat untuk menjenguk dan menanya khabar berita sahaja. Kami berbuat begini kerana masih rasa terkilan dengan perbuatan anak2nya yang "membuli" arwah Wan sepanjang sisa hidupnya.
Hari ini lain dari biasa. Kedatangan kami telah membongkarkan satu rahsia yang Toki pendam lama setelah 2 tahun kematian Wan. Kelihatannya Toki tidak selesa dengan kedatangan kami. Saya juga bila melihat Toki terus teringat arwah Wan dan merasa macam tak adil mengapa Wan harus menghadapi semuanya. Mahu menitis air mata ini mengenangkan nasib Wan.
Rahsia Toki yang mahu bongkarkan adalah tentang rahsia harta peninggalan Wan sebelum Wan jatuh sakit. Toki hairan mengapa harta peninggalan Wan boleh jatuh kepada isteri adik lelaki emak. Toki melihat sendiri harta tersebut apabila Wan menunjukkan harta peninggalan kepadanya dan semua harta tersebut diserahkan kepada isteri adik lelaki emak. Adik bongsu emak pun setuju untuk serahkan harta itu kepada isteri adik lelaki tersebut dengan alasan mereka yang menjaga Wan ketika Wan tengah sakit sebelum kematiannya. Tambah kehairanan mengapa adik lelaki emak sanggup gunakan semua wang Tabung Haji Wan untuk membeli kereta. Katanya untuk buat modal perniagaan yang kononnya bakal membawa pulangan jutaan ringgit. Sampai kerah semua wang Wan yang Adik bongsu pegang untuk membuat modal kereta tersebut, Yang terbaru isteri adik lelaki itu juga ada datang jumpa Toki untuk meminjam wang untuk buat modal perniagaan dan berjanji untuk memberi pulangan hasil perniagaan. Namun, Toki tidak terima pulangan yang dijanjikan apatah lagi modal yang diberi pinjam. Banyak kali juga Toki ulang cerita tentang isteri pinjam modal kepada kami.
Kami yang mendengar cerita Toki terus terkesima. Berani mereka pinjam wang dengan Toki dan siap berjanji untuk memberi pulangan lagi. Dahlah pinjam pastu terus diam tanpa khabar berita. Kami sudah masak dengan perangai adik lelaki emak sejak kematian arwah Toki (atuk kandung). Habis harta pusaka Toki digadai dan kikis harta Wan sepanjang hidup Wan. Adik lelaki emak dan isterinya memang sudah konplot lama tentang hal ini. Tambah Wan pun sokong tindakan dia sebab dia anak lelaki dan Wan merasa dia lebih berhak harta tersebut berbanding anak perempuannya. Mak hampir dimarahi Wan bila mak mula nak tanya tentang harta pusaka. Namun, adik bongsu mak yang merupakan anak perempuan juga dapat merasai sedikit harta peninggalan tersebut. Nampak begitu ketara bila sepanjang Wan hidup, adik bongsu mak menjadi sangat pemurah terhadap kami dengan belanja makan mahal2 bila berjumpa dan beri baju2 mahal yang dia sudah puas memakai. Tapi selepas kematian Wan, adik bongsu mak jarang berjumpa dengan kami dan menjadi sangat kedekut. Mak sudah syak yang selama ini adik bongsunya ada terima wang dari Wan. Rasa macam jadi pengemis pula bila dapat tahu hakikat ini.
Yang sedihnya kami dapat tahu semua cerita ini dari mulut pihak ketiga. Mengapa mereka tak berterus terang? Mengapa tidak cerita terlebih dahulu sebelum gunakan semua harta2 tersebut? Memang selepas kematian Wan, duit Wan habis licin. Yang nampak nyata kereta yang dibeli oleh adik lelaki emak. Ada dengar angin2 yang adik lelaki ambil duit Wan untuk beli kereta. Ada juga dengar Wan serahkan hartanya kepada isteri adik lelaki mak. Tapi kami tak tahu yang harta yang diserahkan tu tinggi nilainya dan semuanya habis dikebas mereka. Ada dengar angin2 mereka guna wang simpanan Tabung Haji Wan yang selama ini Wan berniat sangat nak pergi haji dengan wang yang dia ada. Tapi hajat Wan tak kesampaian bila Wan beri tanpa rela kepada anak lelakinya sebagai modal membeli kereta. Sebelum ini Wan banyak kali simpan wang dalam Tabung Haji tapi selalu tewas untuk menyimpan bila Wan beri wang simpanannya apabila adik lelaki mak minta duit. Ada dengar angin2 lepas Wan beri simpanan terakhir tersebut terus Wan jatuh sakit dan meninggal. Kami dengar angin2 tapi Toki yang mengesahkan cerita tu. Tergamak mereka. Apakan daya, mak sebagai anak sulung reda dengan apa yang sudah terjadi. Dia anggap sebagai sedekah atas setiap bahagian harta emak yang mereka tidak agihkan kepada emak dan mereka gunakan untuk urusan peribadi mereka.
Aku boleh menceritakan semula sebab aku cucu sulung dalam kelurga tu. Aku dari kecil sampai sekarang melihat dari jauh tingkah laku mereka. Aku tak tahu apa rancangan tuhan yang membenarkan aku melihat sandiwara dunia ini tapi apa yang aku belajar, harta memang benda yang sangat menakutkan. Manusia menjadi buta bila berdepan dengan harta tambahan sesama adik beradik. Bila ketamakkan berlaku hilang sudah talian darah yang ada. Orang yang ada ilmu malah warak pun boleh tewas dengan harta kerana rapuhnya iman.
Satu lagi yang aku belajar, nasib anak sulung memang menyedihkan. Anak sulung memang selalu kena sisih. Orang terakhir dapat tahu berita, orang terakhir untuk bawa berbincang dan memang adik beradik komplot untuk sisih anak sulung termasuk ibu bapa itu sendiri. Mungkin niat mereka tidak mahu susahkan anak sulung tapi mereka ada fikir apa perasaan anak sulung bila dia dapat tahu dia orang terakhir dapat tahu semua benda dan adik beradik termasuk mak ayah sendiri tidak mahu melibatkannya dalam semua perbincangan hal keluarga. Hasilnya anak sulung ini bawa dirilah jawabnya.
Memang mengambil harta orang tua tu tak berkat. Aku lihat hidup adik lelaki emak sejak kematian Wan kelihatan tunggang langgang. Keadaannya tak macam masa Wan hidup dulu. Kehidupan adik bongsu mak pun sama. Bisnes dia tak sebagus dahulu. Mungkin faktor keadaan ekonomi yang tak berapa bagus barangkali. Mungkin hukum karma, dari mata kasarlah, Mungkin kebetulan. Dari situ aku belajar, nak apa2 sebaiknya aku bersusah dahulu menggunakan tulang empat kerat untuk mencari wang sara diri dan beri wang kepada emak dan bapak. Emak bapak sudah bersusah payah mencari rezeki sejak aku kecil. Takkan aku nak tambah menyusahkan mereka lagi bila aku mampu untuk mencari rezeki. Aku tak sanggup nak guna duit mereka. Biar mereka belanjakan wang tu pada adik2 yang masih bersekolah. Itulah anak sulung. Dia fikirkan adik2. Tapi ada ke adik2 fikir susah payah akak atau abang sulung mereka?