Monday, March 07, 2016

"Kutu kat seberang nampak, gajah depan mata tak nampak"

Begitulah lumrah manusia. 
Benda yang tiada lebih dihargai berbanding benda kat depan mata. Kadang2 aku pun sama. Haha. Iri tengok keakraban sahabat padahal aku tiada siapa peduli. Itulah bahana facebook. Kawan duduk tayang gambar makan bersama, mengembara bersama. Haih. Kena selalu jaga hati dan berfikiran positif.

Padahal aku ada keluarga. Lengkap. Alhamdulillah. Aman sentosa semoga keluarga ini dilindungi Allah. Jadi kena hargai hubungan sesama keluarga supaya lebih akrab. Tak perlu nak tayang gambar. Biar kenangan dan kebahagiaan dapat dirasai dalam hati.

Jadi hargailah apa yang kita ada.
Allah beri apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita mahu.

Kawan datang dan pergi.
Fri-end. 
Memang kadang2 sakit mengenang realiti yang berbeza dengan memori.
"Kenapa dulu dia baik dengan aku tapi tidak sekarang?"
"Kenapa dia tak faham aku?"
"Dia berbaik ada makna."
Persoalan yang bertandang di minda bagai memaksa membuat andaian yang bukan2.

Keluarga.
Baik buruk kita mereka terima.
Walau teruk mana hubungan kita dengan keluarga lambat laun mereka juga tempat kita mengadu. 

Jadi hargailah mereka yang berada disisi kita selama ini. Jangan biarkan keterujan kita mengejar mereka yang meninggalkan kita  menyebabkan kita kehilangan orang disisi kita selama ini.


Akrab macam mereka ni. 
Kutu pun share bersama. Haha
Pesanan buat diri dan sahabat.