Wednesday, April 30, 2014

Muhasabah - Kita, manusia dan Allah

"Bila terlalu fokuskan hidup kepada yang membenci,
maka jiwa kita akan sakit.
Fokuslah kepada yang menyayangi.
"Semua orang tak sayang aku!"
Allah masih sayang.
"Bukti?"
Kau masih hidup.
Jom sambut kasih sayang Allah dengan fokuskan hidup mencari redha dan kecintaanNya.
Allah tu 'satu' sahaja. Apa Dia suka dan apa Dia tak suka sudah termaktub di dalam Al-Quran. Bila buat apa Dia suka pula, kita dapat ganjaran macam-macam. Betapa pemurahNya Dia. Allah pula tidak akan sesekali memungkiri janjiNya.
Manusia ramai. Hati mereka pula tak mampu kita selami. Nak puaskan perasaan manusia, sampai bila pun kita takkan dapat berhenti. Manusia ni pula, kalau kita dah buat apa yang dia suka pun,belum tentu dia suka kita semula. Kalau kita dapat buat yang terbaik buatnya pun, belum tentu dia akan berikan apa-apa kepada kita. Manusia ni, nama pun manusia, janji belum tentu boleh ditepatinya.
Hidup bermatlamatkan pujian, kesukaan, kesenangan manusia terhadap kita memang akan menimbulkan tekanan. Sedangkan Allah SWT, mengejariNya memberikan kita ketenangan dan kebahagiaan.
Alhamdulillah, mujur Allah yang memegang kunci pintu syurga dan neraka, mujurlah hanya Dia sahaja pemilik rahmat dan pemberi dosa pahala." -Hilal Asyraf-

Terbaca status ini terus terkesan dihati ini yang selama ini sering mendambakan layanan manusia. Kita mahu manusia layan kita baik2 belaka. Apatah lagi melakukan kebaikan semata-mata nak orang lihat kita dan mendampingi kita sentiasa. Bila manusia tidak mahu mendampingi kita setelah segala kebaikan ditabur, terus kita lebel dia sombong. Tambahan pula orang yang dilabel itu golongan solehah dan bertudung labuh. Dan kita terus menerus mengelar dan membuat andaian yang kadangkala jauh dari realiti sebenar. Susah juga nak mujahadah untuk tidak berfikir macam2. Ada sahaja idea dan andaian menjenguk di kepala.

Dan kita harus pandai menasihati diri kita. Sentiasa positif. Mana nampak kekurangan pada diri mereka harus kita diperbaharui pada diri kita. Kadang2kala kekurangan diri mereka adalah refleksi diri kita kembali. Kita mungkin pernah lakukan apa yang mereka lakukan. Jika kita tak mahu rasa begitu apatah lagi orang lain yang terasa dengan perbuatan kita.

Dan sentiasa ingat yang masih ada sayangkan kita bila semua orang disekeliling kita tidak mengendahkan kehadiran kita. Iaitu Allah. Jangan risau bila kita tidak dikelilingi kawan atau sahabat yang begitu ramai sampai boleh dibuat geng. Geng melepak, geng belajar, geng makan, geng shopping dan macam jenis geng lagi. Kadang2kala bila kita kesunyian, Allah akan datangkan kita beberapa orang yang tepat. Tatkala tengah berjalan berseorangan, kita akan disapa kawan kita dan berjalan bersama. Tatkala tengah makan berseorangan, kita akan disapa kawan dan makan bersama. Bila tengah buat assignment, kita akan disapa kawan dan sama2 buat assignment. Kawan yang menyapa itu bukan kawan yang sama tetapi kawan yang kita kenal dan ikhlas bersama kita.

Jangan pernah rasa sunyi kerana Allah ada.

Ingatlah segala disisi kita hanyalah pinjaman semata-mata.
Apatah lagi tubuh badan kita. "Tiada yang kita punya." - Rabbani - Mana milik kita

[Sumber]
"Jangan letak cinta kita pada benda, kelak kita akan dikecewakan" - Madam Nurdianawati Irwani