Apatah lagi bila berita itu suatu yang baharu dan pertama kali mendengarnya
Bila sudah mendengarnya pasti dalam diri timbul keinginan membuak buak mahu menyampaikan berita itu kepada orang lain. Supaya orang lain juga mendapat pengajaran dari berita itu.
Namun sedarkah kita?
Menjadi satu tragedi di mana seseorang menyampaikan suatu berita atau ilmu itu tanpa memeriksa kesahihannya. Ia bakal mengundang fitnah dan prasangka.
Sebelum menyebarkan sesuatu, harus sentiasa ingatkan diri sendiri supaya periksa dahulu kesahihannya.
Semak dari mana informasi itu datang.
Isi kandungan dia bagaimana?
Adakah informasinya benar dan tidak mengandungi fitnah?
Itulah tanggugjawab seorang penyebar maklumat.
Meneliti dahulu sebelum menyebarkan maklumat.
Satu hal lagi yang perlu di beri perhatian.
Kita sebagai penyebar maklumat perlu bertanya diri sendiri yang kita mampu untuk menjawab persoalan pembaca di kemudian hari nanti. Bila kita sebar sesuatu bermakna kita tahu dan sedia menjawab segala persoalan yang timbul. Jika tidak mampu untuk menjawab persoalan itu lebih baik tidak menyebarkan maklumat tersebut. Itu lebih baik dari menjawab sesuatu yang kita tidak pasti jawapannya. Bahaya tu.
[Sumber] |
Apatah lagi informasi di hujung jari.
Jari pun makin mudah untuk "share" sesuatu.
Berhati hatilah dalam menyebarkan berita dan mendapat suatu berita
Selamatkan diri kamu dari era serba canggih ini