Saturday, September 24, 2016

Hari yang tak berapa nak lawak

Pernah tak anda berjalan di Kuala Lumpur tanpa dompet? Bahasa mudahnya tanpa duit. Itulah berlaku pada saya hari ni.


Asalnya dihantar oleh bapak pagi ni ke kursus tu. Sarapan pun bapak belanja. Masa keluar rumah dengan yakinnya dompet dalam poket.

Baru sedar tak bawa dompet masa nak bayar makanan untuk lunch dengan sahabat seprogram. Nasib baik lunch under budget. Nasib baik juga ada hamba Allah tergerak hati nak hulur RM20 untuk tambang balik rumah. Dengan duit tu boleh guna untuk lunch dengan tambang balik. Kesian kat sahabat seprogram. Niat dihati mahu belanja dia lunch. Tak pasal2 dia kena keluar duit utk makanan dia. Dahlah dia hantar sampai stesen lrt pulak tu. Sadis betul aku ni.

Masa sampai stesen lrt memang tawakal jelah. Tak tahu tambang berapa kena bayar dan berharap tak salah beli tiket. Duit kat tangan tinggal RM8 je. Nasib baik lagi tambang dari lrt Ampang ke lrt Sungai Besi RM5.70. Duit cukup2 balik je. Masa dalam grabak lrt tu terus terfikir, kalau hamba Allah tu tak tergerak nak hulur duit tadi memang tak baliklah aku wey. Nak gadai apa utk makan dan balik. Termenung jelah aku. Tak pernah aku tertinggal dompet sebelum ni.


Sampai sekarang pun aku masih binggung lagi. Bila bapak dengan mak dapat tahu memang tadah telinga kena marah. Dah memang tertinggal dompet. Handphone tahu pula bawa. Haha

Lain kali kena selit duit kat handphone supaya boleh guna masa terdesak macam kes ni. Huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...