Monday, June 17, 2013

Tak baik cakap bohong...

Gampang aja mahu berkata-kata,
lidah tidak bertulang pantas berbicara,
pelbagai perisa kata digaul bersama,
tidak mengira padah diakhir kata.

[Sumber]

Ada satu pengakuan dari orang terdekat saya.
Dengan jujurnya menyatakan yang dia tidak suka berkata bohong.
Walaupun sepahit mana kebenaran itu, dia tetap mengatakan yang benar.
Meskipun pada hakikatnya kebenaran itu menjelekkan imej dirinya.
Dia berbuat begitu kerna dia tahu jika di akhirat nanti bila dia berkata bohong, dia akan disoal.
Dia akan disoal mengapa berkata bohong di hadapan tuhan.
Setelah itu dia harus meminta maaf kembali kepada orang yang dia bohongi.
Bayangkan ketika itu perhimpunan lebih jutaan manusia yang hidup dari zaman Nabi Adam hingga zaman Nabi Muhammad SAW. Nak kena cari pastu nak kena minta maaf. Nak mencari satu hal. Jadi dia tak mahu cari masalah disana.

Itu sebab pertama.
Sebab kedua mengapa tidak mahu berkata bohong ialah risau kalau terkantoi.
Malu satu hal. Orang yang kena tipu tu pasti akan ingat sampai bila2 orang yang suka menipu.
Segala pengakuan dari orang yang suka tipu ni takkan dipercayai lagi.
Timbul kesangsian kebenaran disebalik kata2 dari orang yang suka tipu.

[Sumber]

Konklusinya, berkata jujurlah demi menikmati kehidupan harmoni dan tenteram.
Bila sudah berkata tipu sekali, kita akan terus menipu dan menipu sampai bila.
Seperti orang dulu2 suka pesan :
Siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama2 mencuri.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe