Wednesday, July 13, 2011

Cara Memotong Kain

Langkah sebelumnya : Cara mengukur

Cara Memotong Kain
AI ialah labuh Baju (+ lebih utk jahitan), Kemudian kain dilipat dua, mengikut ukuran labuh baju tadi



A1 - ialah labuh baju, A2 ialah bahu (Jangan lupa lebihan untuk jahitan)

Ha, Dah tandakan dengan kapor, potonglah., bila dibuka jadi satu bahagian badan, panjang sebab depan dan belakang sekali.,
Kemudian, badan tu dilipat 4, dan di gosok, untuk menandakan bahagian bahu kiri dan kanan, dan juga tengah, untuk potong leher nanti.


Potong bahagian tangan
Kita ambil Bahagian B untuk Tangan

Ini lebih kain yang telah dipotong badan. B untuk tangan.
Ambil ukuran biii (tangan atas), katakan 8". campurkan 3/4" untuk lebihan jahitan. kalikan 2 (untuk depan belakang) -    8 3/4 + 8 3/4 = 17 1/2 .
so, B = 17 1/2 "
Lipatkan B, dan ukur panjang tangan pula (bI)





Potong Bahagian tangan, lipat dua, buat garisan sambungkan tangan atas dan bawah, potong ikut garisan tersebut.

POTONG PESAK (4 keping)

kita akan ambil Bahagian D untuk Pesak

Cara saya mengukur pesak .



OK, katakan pesak atas (di) ialah 2" dan pesak bawah (dii) ialah 4 ". saya perlu lebihkan 3/4" setiap kiri kanan pesak, so, kiraan saya ialah 3/4" + 3/4" + 2" untuk pesak atas, dan 3/4" + 3/4" + 4" untuk pesak bawah
Di gambar P1, kita akan lipat bahagian dx untuk dijadikan pesak
Ukuran dx ialah 3/4" + 3/4" + 2" + 3/4" + 3/4" + 4" =  9 "
Lipat dx sebanyak 9 inci . Potong Pesak (4 segi )
kemudian, ukurkan di dan dii . Buat satu garisan lurus menyambungkan di dandii. potong garisan tersebut, dan potong kiri dan kanan pesak.


Jangan lupa tandakan dengan kapur di bahagian yang lurus, supaya senang apabila hendak cantumkan semasa menjahit. tandakan depan dan belakang. Lebih mudah sepasang tandakan bahagian pesak bawah dan sepasang lagi ditandakan dipesak atas. apabila sambung untuk menjahit, satukan yang bertanda kapur.




POTONG KEKEK
Cari kain lebihan, potongkan kekek 4 segi. jangan lupa lebihkan untuk jahitan 3/4" kiri dan 3/4" kanan. Contoh 3" , so, 3"+3/4"+3/4" = 4 1/2"


Step seterusnya : Persediaan nak buat leher

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe