Wednesday, October 18, 2017

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un

we belong to Allah and to Him we shall return

Ungkapan yang ringkas tapi mendalam maksudnya.

Kita adalah milik Allah hatta tubuh badan sendiri, makanan, tempat tinggal, keluarga, harta, kebahagiaan, keamanan semuanya adalah pinjaman dan milik Allah yang mutlak.

Kita datang ke dunia sehelai sepinggan. Tiada pakaian, tiada teman, tiada bekalan. Sendirian.

Satu persatu kita diperkenalkan mengikut adat dan budaya keluarga yang Allah takdirkan untuk hidup bersama. 

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
“Setiap bayi yang dilahirkan adalah suci fitrahnya. Ibubapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani mahupun Majusi.” - (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bila menginjak ke alam dewasa, kita diperkenalkan dengan "syurga dunia" dan hakikat tanggungjawab. Syurga dunia memang best dan melalaikan. Silap hari bulan boleh hanyut sampai lupa diri. Boleh jadi tak ingat akhirat dan tak ingat mati. Setiap tingkah laku kita harus kita bertanggungjawab. Baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. Walaupun terlepas dari hukuman dunia, nanti di akhirat kelak dapatlah balasannya. Walaupun derita di dunia insyaAllah jika memang hak kita, kita akan dapat kebahagian di akhirat kelak.

Memang hidup ni adakalanya kita rasa tak adil. Adakala yang berkuasa sentiasa menang. Yang miskin dan yang lemah ditindas. Musibah melanda dalam hidup sehingga hairan mengapa terkena dekat "Aku". Sial sangat ke sampai Allah tarik nikmat. Apa yang aku dah buat sampai kena musibah macam2. Orang lain bahagia walaupun sentiasa bergelumang dengan dosa. Kenapa orang baik2 kena ujian yang maha dahsyat? Memang ikut akal semuanya sial dan tidak adil. Tetapi ingatlah. Dunia ini hanyalah medan ujian. Ujian yang menguji sebenar2 hamba Allah yang sejati kerana syurga itu mahal harganya. Syurga adalah nikmat berkekalan dan abadi buat hamba yang beriman.

Tatkala ditimpa ujian dan musibah, cubalah pujukkan hati. Memang susah tapi berusahalah.
Ingatlah yang semua kita ada bukan kita punya. Kita mula rasa macam2 sebab kita sudah mula rasa semua nikmat yang Allah beri adalah milik kita. Nikmat yang dia beri milik-Nya. Bila2 masa Dia boleh ambil. Nikmat kesihatan, jodoh, kekayaan, ketenangan hatta tubuh badan.

Ingatlah, mungkin nikmat yang ditarik itu sebagai peringatan atau teguran daripada-Nya atau mungkin ladang pahala buat anda untuk bekalan kelak. Cuba untuk positifkan diri. Hidup harus diteruskan. Usah pertikaikan ketentuanNya.

Firman Allah:  
لا يكلف الله نفساً إلا وسعها 
Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya (Al-Baqarah: 286)

Yup. Menulis memang senang. Ayat klise.
Masing2 dengan ujian masing2.
Saya dengan ujian saya. 
Kena beringat masa diuji nanti.
Diri kena kuat.
Bersihkan hati.
Positifkan diri.
Saya menulis bukannya sebab saya kuat.
Adakala kecundang juga.


No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe