Sunday, September 18, 2016

Malas nak kerja

Esok dah kerja balik. Malasnya.
Malas sebab kerja banyak tak siap. Hahaha
Baru rasa penangan bos. Bisa tak.
Dalam satu bulan kena hadam cara nak rekod guna macola sebab ada staff kena berhenti secara berhormat. Bunyi dah macam biskut mazolla.

Nak kena study bende ni pulak.

Macola ni sejenis software untuk catat transaksi harian perakaunan. Kebiasannya dalam perniagaan catat transaksi menggunakan UBS. UBS senang nak guna. Macola ni belit semacam dan leceh. UBS cuma cari batch terus key in. Macola nak kena catat dulu, semak catatan dan post catatan. Kalau salah catat kena delete semua. Nak nangis kalau dapat tahu salah catat. Kalau UBS boleh edit lagi selagi belum audit laporan perakaunan. Kalau catat 1 perniagaan takpelah juga. Ni kena "tolong" catat 3 perniagaan guna macola dan 10 perniagaan guna UBS. Nak mati wey. Memang aktiviti perniagaan dah makin mengecil tapi masih berjalan wey. Masing2 nature perniagaan lain2. Nak pengsan. Belum kira kerja kuli lagi. Kena bukakan sampul, tolong machingkan invoice dgn GRN. Sampai ada org tegur suruh pass kerja tu kat org lain. Tapi... saya tak berani nak pass sbb saya budak baru dan bos pun tak kata apa2. Walawei

Rasa nak cari kerja lainlah. Sempat ke merasa bonus tahun depan ek. Lagi 3 bulan lagi nak kena telan semua ni.
Hurmmmmmm

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe