Thursday, July 12, 2012

Siapa pernah buat salah?

Ada soalan cepu emas kat sini. Siapa kat sini pernah buat salah? Siapa pernah sila angkat kaki. 
...... [sumber]
Angkat kaki? Macam nak suruh pembaca lari ke apa. Haha. Taklah. Saje je nak bergurau senda dengan pembaca (peluh besar). 

Pasti orang yang sedang menatap tulisan ini pernah buat salah. Everyone made a mistake. Even nabi kita pun pernah buat salah tetapi Allah tegur nabi kita secara langsung melalui ayat Al-Quran. Contoh yang terkenal kita boleh ambil dalam surah 'Abasa ayat 1-10. Kita boleh lihat kisah tentang Abdullah bin Ummi Maktum datang kepada Rasulullah untuk belajar agama. Tetapi Rasulullah tidak mengindahkan kedatangan Abdullah bin Ummi Maktu. Abdullah bin Ummi Maktum seorang yang buta. Ketika kedatangannya itu Rasulullah sedang berdakwah dengan pembesar-pembesar quraish. Jadi Allah tegur tindakan Rasulullah dengan turunnya ayat dari surah 'Abasa. Untuk mengetahui kisah labih lanjut tentang tafsir surah ini [Klik sini]

Jadi kita pasti pernah buat salah bukan? Kita pasti pernah buat salah dengan kawan2 kita atau dengan mak dan bapak kita atau sesama ahli keluarga kita. Apatah lagi sesama jiran2 kita. Yang lebih utama dengan Pencipta kita. Kita tidak pernah lari dari melakukan kesalahan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Jadi apa tindakan kita bila sudah melakukan kesalahan? Meraung? Menangis? Mogok lapar? atau buat tak tahu je umpama lalat hinggap di hidung?

Hai lalat... [Sumber]
Disini kita dituntut untuk bertaubat dari kesalahan kita. Bagaimana? Berhenti dari melakukan kesalahan yang sama dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Jika pernah buat kesalahan sesama manusia, minta maaf dengan mereka. Jika pernah buat kesalahan dengan Allah, bertaubat dan memohon ampun denganNya. Anda harus kembali ke pangkal jalan bila anda sudah tersesat. Jangan terus ulangi kesalahan yang sama kerana kita tak tahu berapa lama lagi kita akan hidup. Esok lusa kita tak tahu sempat lagi nak bertaubat. Jangan sesekali bertangguh untuk bertaubat. Daripada kesalahan itu kita dapat belajar sesuatu darinya. Ambil iktibar dari apa yang berlaku dan jangan ulanginya lagi.

Timbul satu persoalan disini. Bagaimana dengan orang yang kita buat salah? Kawan2 kita, mak dan bapak kita, ahli keluarga kita, jiran2 kita dan Allah. Adakah mereka memaafkan kita? Jika sesama manusia, itu terletak di tangan mereka untuk memaafkan kita ataupun tidak. Tetapi kita digalakkan untuk saling maaf memaafi antara satu sama lain. Kerana, siapalah kita untuk merasa benci dan ego untuk tidak memaafkan orang lain. Malah kita pun hari2 duduk kumpul dosa sama ada sedar ataupun tidak. Kita adalah manusia. Melakukan kesilapan itu adalah sebahagian dari hidup kita. 

Jika kita buat dosa dengan Allah, InsyaAllah Allah pasti ampunkan kesalahan kita. Kerana, rahmat dia meliputi segalanya. Orang yang tak beriman dengan Allah pun masih dapat rezeki dariNya. Tetapi di akhirat kelak terimalah azab daripadaNya. Selagi anda tidak mensyirikkan Allah, selagi dunia masih belum kiamat dan selagi nyawa belum sampai ke halkum, pintu taubat masih terbuka. Allah masih memberi peluang dekat umat nabi Muhammad untuk bertaubat dan Allah menangguhkan azab di dunia lagi. Tidak seperti umat2 terdahulu. Bila mereka mula lalai dengan Allah, Allah terus bagi kepada mereka azab di dunia lagi. Tidak beruntungkah kamu?

Tetapi ingatlah! Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti ada sesuatu yang Allah nak kita lihat dan pelajari disebalik sebuah tragedi. Allah mengizinkan si pulan untuk sakiti kamu untuk melihat apa reaksi kita bila kita diuji sebegitu kerna syurga itu mahal harganya.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Al-Ankabut : 2-3
Ketahuilah orang yang paling hebat diuji adalah para nabi2. Ujian yang hebat hanyalah diberi untuk mereka yang punyai iman yang hebat. Usahlah mengeluh dan gusar hati. Mari kita lalui ujian2 yang menimpa dengan hati yang lapang dan fikiran yang positive. Minta kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk menempuh kehidupan yang penuh ranjau dan duri ini.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe