Sunday, June 03, 2012

Have you seen Maru? The best cat ever.


Best kan kucing tu. Montelnya. Nak peluk2 buat bantal peluk. Tahu tak, kucing ni dulu pernah hot kat youtube. Yang unik tentang Maru ni, Maru ni peminat kotak rupanya. Bila Maru jumpa kotak, mesti nak cuba muatkan diri dia ke dalam kotak tu. Bagi sesiapa ada kucing kat rumah tu, cuba test kucing ada untuk melihat kucing anda seperti Maru yang obses dengan kotak ataupun tidak. Kalau ya bagaimana ek? Hurm, putih yang dekat rumah tu pun tak obses sangat dengan kotak. Kalau kucing anda obses dengan kotak kiranya kucing anda ada kelebihan disitu. Err... Berbalik pada kisah Maru, kalau nak tengok lagi video pasal Maru, anda cuba cari account youtube dari mugumogu. Anda boleh tekan disini untuk memudahkan pencarian. Kat akaun tu banyak video tentang Maru. Best tau. 

Tuan empunya kucing tu juga ada buatkan blog khas buat Maru. Ada banyak photo menarik tentang Maru. Best tau. Anda boleh layari sisinmaru.blog. Harap maaf juga sebab blog tersebut ditulis dalam bahasa jepun. 

 credit to http://sisinmaru.blog17.fc2.com/
Untuk memudahkan pemahaman ketika membaca blog sisinmaru.blog, sila baca blog itu dengan mengunakan google translate. Hehe... Semoga hari2 anda ceria dan terhibur melihat gelagat Maru yang comel ini. 

P/s : Terus hilang stress bila tengok Maru... Comelnye...

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe