Saturday, June 02, 2012

Hari pertama cuti semester 2, 2011/2012...


 
Wah, seronok gile. Aku dapat cuti awal. Ini disebabkan aku punya exam habis awal. Nak dibandingkan semester sebelum ni selalu last paper pada hari last exam. Suka gile aku bila dah habis exam awal. Dah lama tak merasa habis exam awal. Lagipun dah lama tak jenguk rumah tercinta, rindu mak, rindu bapak, rindu putih dan adik2 yang nakal juga. Seperti biasa sebelum nak balik, aku pack semua barang2 aku. Banyak gile barang. Aku bawak balik semua barang2. Biasanya kawan2 simpan barang dia di stor yang disediakan oleh mahallah. Tapi aku tak berapa percaya dengan security stor yang disediakan. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, aku bawa balik semua barang aku. Untunglah rumah dekat, bak kata kawan2 aku.

Tengah on the way nak pulang tu, aku tengok kat tol gombak. Bila dah keluar dari kawasan uia, memang nampak suasana tol gombak di seberang jalan. Kat area tol gombak menghala ke pantai timur jam beb. Penuh kereta beratur kat tol gombak. Aku tengok dah macam suasana nak balik raya rupa jem dia. Yela, musim cuti sekolah. Mesti nak bawa satu family balik kampung halaman. Ada nak pergi genting highland. Ada juga family bawa anaknya daftar asasi di uia Gombak. Hari ini juga hari pendaftaran untuk pelajar baru bagi yang mengikuti asasi uia. Nasib baik bapak aku bertolak awal dari rumah. Awal pun masih sempat terperangkap dalam kesesakan. Lagipun memang dah habit bapak aku untuk ambil aku di awal pagi.

Alang2 dah kat area kuala lumpur, bapak aku singah kat rumah makcik aku. Kitorang melawat adik mak aku kat Ampang. Kitorang makan bersama dan sambil2 tu melayan karenah salah seorang anak sedara aku. Anak sedara yang sorang ni kecil lagi. Umur dia dah nak setahun. Seronok tengok anak sedara buli adik bongsu aku. Ngeh2... Nampak sangat adik aku tak berapa gemar dengan budak kecil. Alang2 kat Ampang juga, kitorang singgah kejap kat rumah lama yang aku, mak dan bapak tinggal bersama dulu2 sekejap. Sebelum menjadi penduduk tetap kat rumah sekarang, bapak dulu pernah sewa rumah kat Ampang. Kitorang tinggal kat sana lebih kurang 4 tahun sebelum pindah ke rumah sekarang. Mak kata rumah lama tu tak berubah langsung sejak diorang pindah. Yang aku pula ingat2 lupa. Time tu aku kecil lagi kot. Manalah ingat sangat. Kalau part aku main2 kat tangga tu yang aku ingat. Hoohoo...
 
Hari ini juga aku dapat tahu banyak benda dah berubah kat rumah. Nampak sangat jarang balik rumah. Aku kena kejar benda yang aku tertinggal. Yang pasti aku tertinggal merasai keenakkan masakan rumah. Aku sampai merindui masakan rumah sehinggakan aku hilang selera makan kat kampus. Masa kat kampus tu, rasa lapar tu ada tapi tak rasa nak telan something untuk menghilangkan rasa lapar. Tengah2 hilang selera tu, nak save duit pun ada jugak. Hehe... Yang penting, aku kena isi cuti semester aku yang tak seberapa ini dengan perkara yang berfaedah. Dan yang pastinya, aku akan lebih kerap update blog ni.

P/s : Kita mulakan aktiviti sempena musim cuti semester uia dengan kemas buku2... 
Aku ada banyak stok buku2 yang bakal dilupuskan atau disedekahkan nanti... Chaiyok!

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe