Saturday, June 16, 2012

Aku masih belum cukup baik.


Sejujurnya aku iri tengok orang lain di kurniakan kawan yang baik. Selalu pergi program bersama, tegur kawan dia bila kawan dia hanyut, menanya khabar diri dan iman serta memahami perangai kawan dia. Sebenarnya ciri2 yang aku listkan ni ciri2 kawan idaman aku. Aku ada je kawan2 yang baik. Aku bersyukur sebab aku dikelilingi kawan2 yang baik. Bila berada bersama mereka, aku tahu siapa saya. Yang pasti aku masih tak sebaik mereka. Bila rasa diri tak baik, aku berusaha untuk perbaiki diri aku. Tapi bila berkawan tu tak sampai lagi tahap nak tegur aku. Aku ni manusia biasa. Ada je aku buat silap. Tambah bila dah terlebih rapat lagi senang nak terasa. Bila aku dah buat silap, aku menanti kawan2ku datang nak berbicara dan nasihati aku. Namun, masing2 lebih memilih untuk berdiam diri bila perkara itu terjadi.

Ya, aku akui. Aku sendiri pun takda pun buat macam tu kat kawan aku sendiri. Dan biasanya bila dah rapat, aku akan buat macam aku ni dari pihak luar datang untuk memerhati. Aku jadi lebih suka mengasingkan diri. Kerana aku takut bila dah terlalu rapat, lagi banyak hati akan terguris. Aku pernah alaminya dan aku taknak ia berlaku lagi. Bila aku suka menyendiri, tak ramai orang berminat untuk dekati aku. Lama kelamaan aku jadi sangat dingin dan kaku. Orang yang berada disisiku sorang2 pergi meninggalkan aku. 

Hurm... nampaknya aku kena perbaiki diri aku sendiri. Kalau nak kawan baik dengan kamu, aku kena perbaiki diri. Jangan nak harapkan orang untuk tegur dan bimbing kamu. Mereka bukannya ahli nujum yang boleh baca fikiran kamu dan mengetahui masalah kamu selagi kamu sendiri tidak mengatakannya. Mereka juga ada tugas lain yang lebih penting dari sibuk memikirkan hal kamu 24 jam. Kalau aku sendiri mahukan kebaikan, aku kena mencarinya bukan menunggu kebaikan datang bergolek kehadapan kamu dan menyuruh disuapkan lagi ke mulut kamu. Kalau aku nak, aku kena cari dan terus mencari.

P/s : bersyukurlah dengan apa yang ada. Jadilah kawan terbaik buat kawanmu.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe