Friday, September 30, 2011

Dialog Sengal : Cintan Cintun

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Thursday, September 29, 2011

Dialog Sengal : Rokok

Sepasang kekasih di kedai makan.

GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?
BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...

GF : hmmmm... berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?
BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling.

GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200. ayg mule isap rokok
bile???
BF : pandai math u ni... dri tingkatan 2. kenape?
GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10. and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.
BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!
GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh
beli Skyline ke.. Evo ke.. semua boleh!
BF : u isap rokok x yang?
GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?
BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?
GF : !@#$%^&*

P/s : Skyline tu kereta ke? Aku ingat kapal terbang... Ish333...

First duty before seeking the knowledge.

Hadis :



لا تدخل الملائكة بيتا فيه كلب
Malaikat do not enter a house in which there is a dog” 
[Hadith Riwayat al-Bukhari Muslim].

Based on these hadis, Imam Ghazali interpret this hadis :
The meaning behind this hadis based on the first duty before seeking the knowledge.

First we study the meaning behind these thing :
1- Malaikat
Malaikat is created by nur.
In Islam, Knowledge is like nur (light). 

2- House
House = heart

3- Dog
In traditional Islamic literature, dog is as a symbol of desire/will.

What significant with these symbol?
Knowledge never enter the heart which there is a desire there.
Knowledge is like a nur. It will enter the place that clean. The desire that we have in our heart is like the dusk that make our heart dirty. Nur never enter to the dirty place. That why sometime we hard to receive the knowledge because we not purify our heart first before receiving the knowledge.




First duty as a student : Purify the soul

Monday, September 26, 2011

Kuiz Math...

Hurm... Baru cerita pasal kuiz math tadi. Sekarang dah dapat balik kertasnya. Rasa nak tulis dalam bahasa inggeris je. Boleh tak? Boleh laaaaaa....

The question sounds like this :
Suppose you want to determine the relationship between student academic performance and academic load. Let G be the grade point (GPA) obtained fer semester and L be the number of credit hours taken during that semester.

1- Assume that relationship is linear, provide a specific example of the linear function for this relationship.
2- Based on the example that you gave in part (a), identify the independent and dependent variables.
3- Interpret the slope of the function you have written in (a).
4- Sketch the function.

You know what. I feel I sooooo stupid when the lecture revealed the real answer for this question. The answer was so simple and it just give an example only but the example must be reasonable and logic. I bet you can answer this question as well. And you know what, I feel soooooo shame because I failed to perform well because of this question. Some of my friend almost get full marks and able to answer to this question. But I??? 


I don't know why I can't understand this question for the first time I see this question. Something stuck on my mind. You know what, I feel sooo down and lost the interest to study this subject. But as my lecture said earlier during our first meeting, she will thread our class differently. She set the question not kind of straight forward question and she test our understanding somewhere around. Sometime, I want to see her and seek some advice from her. The one thing she could tell every class is always be smart. Be smart person. Don't be the person who only follow and doing such a messy thing without thinking.

P/s : Sorry guys for this entry, I have to write this in English.

Speechless... Workload...

Sejak akhir2 ni saya dah takde mood nak update blog. Maybe ada perkara yang sedang menganggu fikiran saya sekarang ni...

1- Kuiz math : Dah start blur jawab kuiz walaupun banyak kali buat latihan. Maybe tak faham soalan. Hurm...

 Yang pasti, kuiz math aku takdelah macam kat atas ni tetapi lebih kuranglah.
Mungkin aku seorang je kot rasa soalan yang lecture bagi tu sangatlah pelik.

2- Take home quiz Fiqh 1 : Masih tak siap lagi. Padahal nak kena hantar minggu ni. Tak faham soalan juga. Apa beza soalan "Discuss the economics activities that are related to muamalat" dan "Identify and explain the transaction in the activities". No soalan berlainan tetapi maksud soalan lebih kurang sama. Baru je perasan. Nak kena siapkan semua dalam 5 muka surat.

3- Nak kena baca buku microeconomics, foundation of islamic economics, business math, fiqh 1 dan islam, knowledge and civilization sebelum masuk kelas. Kelas dua kali seminggu. Satu minggu satu chapter mesti habis. Kalau tak baca dari sekarang, final nanti memang pengsan nak baca semua topik. Setiap satu topik berpuluh-puluh muka surat. Belum masuk assignment lagi. Pengsan.

4- Masalah nak tukar mahallah. Nak kena tunggu minggu depan untuk tahu result dapat tukar ke tak. Lepas tu nak kena settelkan yuran mahallah. Cepat2lah settel bende alah ni.

5- Nak kena handle progran SerumpuN untuk convest'11. Lagi 13 hari lagi. Yang pasti sepanjang 13 hari ni sangatlah busy dengan nak handle moderator dan bermacam bagai.  Kalau berminat nak pergi seminar kat bawah ni, boleh pm kat saya yek sebelum 30/9. Baca poster dulu dan teliti ya.


P/s : Aku heranlah tengok senior2. Aku tengok diorang relax jer. Takde assignment ke? 
Bersangka baik : Mereka dah siapkan tu. Budak2 genius kata kan...

Saturday, September 24, 2011

Siapa suka tengok cerita hantu?

Bagi peminat setia cerita hantu, saya ada benda baik punya. Ada horror komik. Gambar berwarna dan semakin laju scroll ke bawah makin jelas keseraman cerita tu. (macam pelik je ayat aku) Apapun seperti biasa, ada CAUTION kat sini. Komik ini tidak sesuai untuk ibu mengandung, ada penyakit jantung atau atau asma (jap... yang asma tu ada ke?) Apapun enjoy your reading. Nak baca, klik kat link bawah. Yang pasti, ni bukan link yang ada terpacak gambar wanita tua yang mengilai tak habis2. Link ni lain dari yang lain.


comic.naver.com
※ 올 여름 국내외에서 뜨거운 관심을 받은 호랑작가님의 미스테리 단편 작품 '옥수역 귀신'과 '봉천동 귀신'을 15,17일 양일간 영문 번역본으로 추가 게재해드립니다. 감사합니다.
Maksud tulisan korea yang panjang berjela tu (hasil google translate):
received great interest both at home and abroad this summer, the mystery of the short films jakganim Tiger 'oksuyeok ghosts' and 'bongcheondong ghosts' and 15,17 for two days will be translated into English have added to the show. Thank you.

 P/s : Still seram sejuk lepas baca komik tu. Argh... Tak suka... Tak suka...
Nak dengar komen pembaca pula. Cepat2lah baca.

Friday, September 23, 2011

Baca buku bukan kerana periksa - Profesor Diraja Ungku Aziz

Tengah aku duduk tunggu bas, aku ternampak sister sebelah aku tengah belek surat khabar. Yang lagi best, aku nampak tajuk besar je. Nampak tajuk best tapi tak sempat nak baca. Jeling2 gitu2 je kat surat khabar yang sister tu pegang. Tetiba dia perasan aku duk tengok paper dia, dia buat2 belek helaian lain. Adeh... Teruskan menuggu bas... Hehe... So, aku tekad nak cari berita penuh dan terjumpa artikel penuh dekat Kosmo Online [Link]

Baca buku bukan kerana periksa





KUALA LUMPUR – Penuntut institusi pengajian tinggi harus menjadikan tabiat membaca, meminjam buku dan berulang-alik ke perpustakaan sebagai satu kebiasaan dan bukan hanya untuk lulus periksa semata-mata, kata Profesor Diraja Ungku Aziz (gambar) .
Beliau berkata, ini penting kerana kalau hendak menjadi seorang yang bijak, mestilah selalu membaca buku kerana tiada cara lain yang boleh menggantikan cara ini dalam menambah ilmu.
"Semasa belajar di peringkat sekolah, saya banyak meminjam buku di semua perpustakaan yang saya lawati.
“Malah, semasa saya bergelar seorang penuntut dan juga pensyarah, saya dan kawan-kawan masih suka meminjam pelbagai jenis buku dan yang paling saya minat ialah buku politik dan sejarah.
"Saya sedih melihat penuntut kini hanya membaca buku untuk lulus periksa malah ada juga yang menggunakan isi buku untuk diplagiat bagi menyiapkan tugasan mereka dan bukannya untuk menambah ilmu pengetahuan,” kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya itu ketika merasmikan Arkib Digital Universiti Malaya Memory di kampus UM di sini semalam.

Bila baca ni, memang kena smash sebijik kat muka ni. Dulu2 memanglah baca buku sebab nak lulus exam je. Terutama buku economics yang tebal macam kamus. Memang tak minat langsung nak baca. Hafal nota sudah. Tapi, bila sudah masuk universiti baru tahu. Mana boleh setakat hafal je. Walaupun dihafal satu buku sebesar kamus tu pun belum tentu boleh jawab exam. Nak boleh jawab exam, kena faham dan pandai mengaplikasikan apa yang dibaca. Tak pandai aplikasi? habislah... Agaknya soalan exam kat uia susah sangat ke?? Hurm...

Next mission...

Stop updating blog. Now continue my homework and take home quiz.


P/s : I'm start to love economics subject. Especially Islamic economics and Fiqh of economics. Why??? Where my lovely accounting subject??? To become an expert in economics, you must have wide vision and critical thinking because in economics there has no definite true answer. I think better I stop here for a while.

Thursday, September 22, 2011

Today's mood...

Mengantuk + Mood nak balik....
Yeah... Balik rumah....


Tengah2 update blog ni... Kawan aku tengah cerita pasal katak...


Lepas dengar diorang cerita pasal katak, aku pun menyampuk pula cerita pasal ulat.
Mula2 kawan aku cerita ulat sampah. Dia geli dengan ulat tu.
Lepas tu, aku menyampuk pula sebab teringat ulat sampah badannya warna putih.
Aku cakap, kalau ulat petai badannya warna hijau.
Ulat mangga pula badannya warna kuning.
Pastu kawan aku gelak besar dengar aku cakap.
Dia tanya pula. Kalau ulat strawberi badannya warna pink ek.
Kalau ulat blueberry macam mana pulak?
Memanglah best aku kena malam ni.

P/s : Hurm... Pasal ulat pun boleh jadi topik juga ek...

Monday, September 19, 2011

1st Step for change mahallah : Fill the form

Hari ini sudah selesai satu step untuk tukar mahallah. Rupanya kena isi borang jew. Hurm. Dalam borang tu disertakan reason kenapa nak tukar. Dia bagi 2 line je untuk tulis reason. Aku tulis la sebab tak boleh nak study sorang2 dan tak dapat nak sesuaikan diri dengan keadaan bilik tu. Tadi baru teringat nak tulis karangan panjang2 kat kertas tu. Siap berlatih nak fikir ayat2 kenapa nak tukar. Timbul perasaan risau ni. Dengan 2 sebab aku berikan, kerani kat mahallah office tu terima ke alasan aku. Aku bagi alasan terlalu general.



P/s : Kerani kat mahallah office tu tak happy bila dengar aku nak tukar mahallah. Maaflah. Saya suka mahallah yang saya duduk sekarang cuma saya tak boleh nak belajar dengan tenang jika saya masih duduk dekat mahallah sekarang. Moga2 permohonan aku diterima.

Sunday, September 18, 2011

Orang selalu kata...

Orang selalu kata...
kawan tu...
walaupun sebaik mana dengan kita,
walaupun serapat mana dengan kita,
Suatu hari nanti dia akan pergi juga.
Pergi membawa haluan masing2.

Tetapi...
Adakah kerana fakta diatas ini,
kita terpaksa mengadaikan nilai persahabatan,
kerana takut dikecewakan kelak.
kerana takut merasa sakit hati
bila melihat kawan kita melupakan kita kelak.

Ingatlah,
selagi ada peluang untuk berkawan,
selagi ada tempat untuk kita merapatkan ukhwah,
gunakanlah masa itu sebaiknya.

Gunakan masa itu untuk timba pengalaman bersama.
Gunakan masa itu untuk sama2 mengecap kecemerlangan bersama.
Gunakan juga masa itu untuk saling mengenali sifat manusia yang bermacam ragam.
Dengan ini, dapatlah kita rasai pengalaman yang hanya kita sendiri yang merasainya.

Tak usah gusar jika kawan melupakan kita.
Tiada benda yang kekal didunia ini melainkan Allah.


Saturday, September 17, 2011

Sweet Baby Girl

Alhamdulillah. Syukur kehadrat ilahi kerana dikurniakan seorang lagi nephew pada 14 September 2011. Semoga kelahiran dia dapat memberi sinar kebahagiaan buat ibunya. Baru tahu kat facebook tadi. Aku jangka bakal dapat sepupu lelaki. Rupanya perempuan. Tak mengapa. Asalkan dua2 selamat pun dah kira bersyukur. Mak dia baru upload gambar baby girl dia banyak2. Comel. Tapi tak dapat teka muka dia sama macam siapa. 


P/s : Tetiba rasa sedih. Adakah baby ni tahu yang dia sudah tidak berbapa. Semoga baby ini menjadi anak solehah,pintar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu dan bapanya. Amin.
Rasa nak nangis...

Wednesday, September 14, 2011

Halwa telinga ke? atau malas nak baca?

Rasa2nya perlu ke kalau ketika baca buku nak kena sumbat telinga dengan sesuatu. Maksud saya bukan sumbat telinga dengan kapas tetapi sumbat telinga dengan earphone sambil dengar lagu. Terutama ketika nak baca buku economics atau subject membaca yang memerlukan kefahaman yang tinggi untuk memahami sesuatu topik. Tapi kan. Kalau tak sumbat telinga, alamatnya tak sampai setengah jam dah tertido atas meja (buruk beno perangai). Tapi kalau sumbat telinga, tak dapat nak fokus pula nak baca. Asyik hayati lirik lagu (padahal dengar lagu korea dengan naruto je pun... Faham ke apa yang diorang menyanyi?). Ni tambah ada broadband lagi ni. Gatai tangan ek nak update blog. Ish3333... Rasanya lebih baik aku tutup roadband ni dan sambung baca buku economics tu kan lagi bagus. Gunalah masa yang ada untuk membaca selagi kuiz dan segala macam jenis assignment tak menimbun atas meja. Ingatlah... aku dah daftar empat subject membaca dalam masa satu hari. Memang masak lah kalau empat2 subject tu ada kuiz dan group presentation dalam satu hari tu. Guna masa sebaiknya. Chaiyok!!!

P/s : Lambatnye masa berlalu. Dah333 baca buku...
Cuaca kat uia ni macam kat oversea. Berkabus je dan hujan. Bila dah berkabus dan hujan, air jadi sejuk macam ais. Wuhuuu... Mengigil... Tak payah nak buka kipas lagi dalam bilik sebab sejuk sangat. Dalam kelas jangan cakap. Macam duduk dalam peti ais suhu dia. 

Monday, September 12, 2011

First Day in 1 Semester 2011/2012

Hari ini bermulalah kelas untuk semester baru. Apa yang aku lihat hari ini... Ramai pula orang. Dekat masjid, dekat depan kelas, dekat office. Semua nampak macam kelam kabut nak register, nak pergi kelas, nak cari kelas. Bila tengok office setiap department, nampak penuh dengan student. Semoga kerani tu sabar melayan permasalahan student. Bila selisih dengan student lain, adalah muka2 baru. Jumpa juga budak excfs. Bertegur sapa sambil ucap Selamat Hari Raya.


Feeling hari ini. Argh... Bosan teramat sangat. Maybe baru start kelas. Buku pun takde. Nak harapkan belas kasihan senior untuk bagi pinjam buku teks. Erk... Cuma curious dengan Business Math. Nampak macam best. Masa kat kelas math tadi, tergiang-giang kata cikgu add math aku. Dia cakap dekat universiti, korang dah tak belajar nak solve equation dah. Takde istilah nak dapat jawapan kena solve equation dulu dengan guna formula bermacam bagai. Sekarang kena belajar apa maksud equation tu. Kena faham kenapa ayat matematik macam tu. Contoh apa itu function? Kenapa orang namakan benda tu function? Kena belajar bahasa math. Dari satu equation tu, korang akan dapat bermacam2 information. Wah... I start love math...

Pasal mahallah pula... Muncul perasaan risau ni. Takut tak dapat tukar mahallah. Tadi terdengar cerita kawan aku ni. Dia nak tukar bilik dengan kawan dia. Mula2 dapat call dari mahallah office. Kerani tu cakap dia dapat tukar bilik. Bila kawan ni datang office, dia kena gelak dengan kerani siap kena perli lagi. Rupanya dia dipermainkan. Bila dengar cerita dia rasa risau pulak. Aku nak tukar jugak. Dah 2 sem aku bersabar kat mahallah ni. Aku dah tak larat duduk sorang2 dibilik dikelilingi dengan senior.  Waaaaaa....... Rasa macam dipinggirkan. Takde life langsung. Nak buat assignment pun susah sebab budak satu kelas semua kat mahallah lain. Tension3333... Agaknya dah biasa hidup dengan keadaan bising. Bila bilik sunyi sepi rasa tak semangat pula.

Kesian pula dengan budak direct intake. Semoga kamu semua tabah menghadapi liku2 hidup sebagai student uia. Nak tolong tetapi tak tahu nak tolong apa. Bila ditanya semua tak tahu. Maaf... T_T

P/s : Maaf sekali lagi. Korang terpaksa membaca bebelan aku hari ini. Hehe
Hari ni mood baca komik. Komik Tintin. Siapa pernah dengar? Dah lama komik ni terperap dalam laptop.

Sunday, September 11, 2011

D'Masiv - Jangan Menyerah


Lyric lagu ini :
Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Jangan menyerah

P/s : Jangan menyerah...

Saturday, September 10, 2011

Webify Me... What was that?

Are you using mozilla firefox as your browser?
I found something interesting about this browser.
Have you ever seen these message below (red circle) before browsing?


Before this, I ignore that message and continue my work. But today, I feel.. I want to try something new. I try to click the message. Then they brought me to https://webifyme.org/.


It write something about Webify Me!
What does your unique Web look like?
Everyone's Web is a little bit different. Though we're all pulling from the same grab-bag of Internet stuff — travel blogs, political commentary, cat videos — it's unique choices that create your personal Web. Now you can see what your Web actually looks like. All you have to do is answer 20 simple questions and voila! We'll automatically make you a custom collage. Isn't the Web awesome?
OoOo... I see. It how I want to see our unique web. I'm so curious. I want to see my unique web too..
So I click "Get Started"
Then they give me about 20 multiple choice question. Maybe they want to analyze something with my answer. So I answer all the question and they give me the result. Here is my result :


So calm with the background of grass. I like it.
But anybody know what the meaning with all these thing.
It look funny right.

Best tak belajar di UIA?


Ada benda yang menarik perhatian saya. Ada orang search tentang... "Best tak belajar di uia". Saya pasti ni mesti budak new intake atau budak yang dalam dilema nak pilih sama ada nak ke matrik atau asasi. Sebab dulu pun saya pernah ada soalan sebegini. Tapi takda orang pun nak beri jawapan sehinggalah saya merasai sendiri. Ada tu memang ada. Kena baca kat forum baru dapat. Jadi saya nak tolong jawabkanlah. Moga-moga lepas ini mereka dapat gambaran serba sedikit tentang uia. 

Mengikut pandangan saya dan pengalaman saya yang sudah hampir setahun belajar di uia, saya merasa seronok belajar di uia. Memang best. Apa yang best sangat dengan uia ni?


Bagi pandangan saya (khusus di uia gombak) :

1- Jarak antara kelas, masjid dan pejabat.
Korang nak tahu, masjid uia terletak betul2 tengah2 kawasan uia. Bangunan pejabat, hostel dan kelas, semuanya mengilingi masjid uia. Bila saya sesat, saya cari masjid dulu dan ingat balik laluan mana nak tuju. Jarak antara hostel dengan kelas juga tidaklah jauh sangat. Hanya perlu berjalan kaki 10-15 minit dah sampai kelas. Tak perlu pening2 pikir nak bawa kereta atau motor. Biasanya budak yang bawa motor pergi kelas ni budak lelaki yang mengambil kursus Engineering. Jarak hostel dan kelas mereka agak jauh. Kenapa jauh? Bila korang sudah jadi student uia tahulah kenapa. Bas juga disediakan tetapi hanya untuk mahallah tertentu sahaja.

2- Jadual kelas. (class schedule)
Apa yang bestnye tentang class schedule ni, semua tentang kelas, venue, subject dan lecture kita yang tentukan sendiri. Pihak universiti cuma sediakan guideline dan list subject yang perlu dihabiskan. Korang boleh tentukan nak kelas pukul berapa, nak kelas dekat mana dan nak lecture apa. Korang diberi kebebasan untuk memilih nak ambil subject mana yang korang nak belajar dulu. Tetapi dengan syarat. Syaratnya tak lari dari guideline yang pihak universiti tetapkan dan masih ada kekosongan dalam subject yang korang nak ambil tu. Apa maksud masih ada kekosongan? Bila korang dah jadi student uia tahulah apa maksudnya.

3- Subject itu sendiri.
Apa yang best tentang subject ni? Kat uia, korang bukan sahaja dibekalkan dengan ilmu dunia sahaja. Ilmu untuk akhirat juga dibekalkan. Korang akan belajar Islamic worldview, Fiqh dan sebagainya. Seronok tau.

4- Language.
Bahasa pengantar di uia ni Bahasa Inggeris. Boleh tajamkan skill berbahasa inggeris.

5- Student yang berbilang bangsa.
Korang jangan terkejut tau kalau ada student luar negara berada dikawasan uia. Ada student dari China, India, Indonesia, Pakistan, Afghanistan, Palestine, Rusia dan pelbagai negara ada di uia. Tujuan mereka juga satu. Mereka juga mahu menuntut ilmu juga. Korang boleh berkawan dengan mereka. No harm.

6- Aktiviti dan kelab uia.
Saya memang suka join aktiviti dan kelab. Memang best. Ada taalim, usrah, kelas mengaji. Aktiviti riadah pun ada. Yang tu kalau korang berminat nak beriadah kena sentiasa alert selalu. Kadang2 mahallah buat aktiviti. Kadang2 ada persatuan yang buat aktiviti. Nak beriadah dengan kawan2 pun boleh. Ada swimming pool dekat female sport complex. Nak berkayak pun boleh. Yang lelaki jangan risau, korang pun ada male sport complex. Padang korang lagi besar dari perempuan punya tau. Hehe

Saya hanya boleh list 6 sahaja. Banyak lagi keseronokan bila belajar di uia. Bagaimana rasa keseronokan tersebut? Itu terletak pada individu itu sendiri. Bagi saya, apa yang saya list ni dikira best sangatlah. Bagi kawan2 saya yang lain mungkin dia list benda yang dia rasa best. Harap entry ini membantu anda. 

Friday, September 09, 2011

Aku trauma dengan...

Entahlah. Sejak kena prank dengan seseorang, aku jadi takut nak klik [Link].

Begini ceritanya...
Ada satu hari tu, aku tengah syok2 blogwalking. Sambil2 blogwalking, aku dengar lagu sekali. Saja nak hiburkan hati yang tengah duduk sorang dalam bilik ditemani laptop yang tercinta. Yang paling best hari tu, aku dengar lagu pakai headphone. Jarang aku dengar lagu pakai headphone. Nak dijadikan cerita, aku ada melawat satu blog ni. Macam biasalah. Kat entry dia ada bagi satu link tu. Dia suruh tekan. Aku pun tekanlah. Sambil tunggu link tu complete loading, aku pun buka blog2 lain sambil baca entry. Korang tahu link ape yang aku buka tu.

~Link suara perempuan mengilai lor~
Terkejut aku. Tetiba meremang bulu roma wey. Bayangkan aku sorang2 dalam bilik tengah sedap2 dengar lagu tiba2 dengar suara mengilai. Huhuhu. Yang paling sedap pakai earphone tu. Volume pun agak kuat jugak masa tu. Aku pun glabah. Macam mana nak tutup link tu. Aku tahu kalau aku tekan link tu pasti aku nampak muka perempuan mengilai tu. Nasib baik dia tak pop up keluar muka dia. Kalau tak memang dah lama laptop ni kojol kena penumbuk aku. Lepas beberapa kali dia mengilai, dia senyap. Pastu dia sambung mengilai lagi. Waaaaaa.... Bertambah tegak bulu roma aku wey. Last2 aku perlahankan dan terus tutup speakernya. Aku bengang. Aku tutup browser tu.

Korang tahu... Sampai sekarang tergiang-giang suara tu...
Tiap kali aku nak buka link... Aku berharap jangan la keluar benda tu...
Dah trauma nak tekan link...

You never alone.

You never alone.
Never forever alone.
If you still remember Him.
Follow what He likes.
Avoid what He hates.

Friends and Family, someday they will die.
Tree, someday it will fall on the ground.
Animal, someday they will be eaten.
Sky, someday it fall at the end of day.
Sun, someday it will explode and gone.
Every thing on the Earth never forever exist.

But...He...
Still exist before we born.
Before the creation of the Earth.
Practice to loving Him.
Loving Him in full of your heart.
And trust me, you never feel alone.
How? [Link]

Review service tax on Celcom and Digi.

From Celcom FAQ :
1. What is service tax?
Service tax is a consumption tax and chargeable to the customer, as provided for in the service tax laws. The service tax laws require the telecommunication companies to levy service tax at the prevailing rate on telecommunication services, including prepaid reload and starter packs. However, the telcos have been absorbing the service tax since the introduction of the prepaid services in 1998. Effective 15 September 2011, the telcos will be charging customers service tax for purchases of prepaid reloads and starter packs. With effect from 1January 2011, service tax rate is 6%. Prior to 1 January 2011, service tax rate was 5%.

2. Why are you charging this tax now after absorbing it all these years?
In accordance to the service tax laws, prepaid reloads and starter packs will be charged with applicable service tax. This is similar to the service tax levied on food and beverage purchases from restaurants and hotels, for example. Prepaid service is the only service whereby the service tax has been absorbed by the telcos, not by the customer. Prepaid call and SMS charges were more expensive then and have progressively dropped over the years. For example, customers used to pay RM0.60 per minute when the service was first introduced but today it is as low as RM0.12 per minute. As for SMS, it has dropped from RM0.20 to as low as RM0.01 and MMS was previously RM0.50 and now it is as low as RM0.10. In addition, customers now enjoy various promotions such as free airtime and bonus credits amongst others as part of the benefit of being a prepaid customer.

3. How much will I pay now with the service tax?
The 6% service tax will be charged on top of the prepaid reload and starter pack at point of sale for every purchase. For example, when you purchase RM10 prepaid reload, you need to pay RM10.60 and will get prepaid credit of RM10. The 60sen is the service tax. The service tax will be remitted to the Government.

4. Will service tax be charged on starter packs and every mobile prepaid reload channels; i.e. epay, etc?
Yes, starter packs and reloads will be charged the 6% service tax effective 15 September 2011 regardless of channels.

5. Will service tax be charged on starter packs and every mobile prepaid reload channels; i.e online, epay, etc?
Yes, exept for any reloads via:

    ATMs
    Online/Internet banking
    Cash deposit machines
    Electronic payment kiosks

until further notice.

6.Does this charge apply to prepaid broadband?
Current service tax laws require telcos to levy service tax on prepaid upon sale. As actual utilization of reload cannot be ascertained at the point of sale, total reload / starter pack price will be subject to service tax. Nevertheless, customers now enjoy various promotions such as free airtime and bonus credits amongst others as part of the benefit for being a prepaid customer.

Sumber : http://www.celcom.com.my

From Digi FAQ :
1.What is this service tax about?
  The 6% service tax is a consumption tax chargeable to the customer, as stated in Government service tax laws. Service tax laws require telecommunication companies such as DiGi to impose a service tax onto customers for the telecommunication services provided; including the sale of Prepaid SIM packs and reloads. The service tax prior to January 2011 was 5%, and DiGi has been absorbing this since 1998. However, we will be charging customers for the service tax effective 15 September 2011.

2.Why is DiGi charging the service tax now, after absorbing it for all these years?
 In accordance to service tax laws, customers who purchase Prepaid SIM packs and/or reloads are subjected to service tax. This is similar to the service tax levied on food and beverages purchased at restaurants and hotels.

It is also important to note that the Prepaid service has been the only service whereby the tax is absorbed by telecommunication companies. This was feasible as Prepaid calls & SMS charges used to be expensive, but these prices have progressively dropped over the years.

For example, customers used to pay RM0.60 per minute for calls when Prepaid mobile services were first introduced, but today it is as low as RM0.12 per minute. As for SMS, it has dropped from RM0.20 per message to as low as RM0.01. Sending an MMS costs only RM0.10 today although it previously cost RM0.50. As such, it is no longer cost-effective for us to absorb the 6% service tax.

Furthermore, customers now enjoy various promotions such as free airtime, bonus credits, etc. as part of the benefits of being a Prepaid customer.

3.How much will I have to pay, now that service tax is imposed?
 The 6% service tax will be charged on top of the price of your Prepaid SIM pack and/or reload at the point of sale.

For example, when you purchase the RM10 Prepaid reload, you will have to pay RM10.60 even though you will still be getting only RM10 of credit. The RM0.60 is the service tax, which will be remitted to the Government.

4.Will I be taxed on all DiGi Prepaid SIM packs and/or reloads?
 Yes, all purchases of DiGi Prepaid SIM packs and/or reloads will incur a 6% service tax effective 15 September 2011. For example, the DiGi® Best Prepaid SIM pack, previously RM8.50, will now cost RM9 whereas the DiGi® Easy Prepaid SIM pack, previously RM16.80, will now cost RM17.80. The only exception to this is the DiGi® Prepaid Internet SIM pack, which will remain tax-free.

5.Can I still reload at all the DiGi Prepaid reload channels?
 Yes, except for reloads via:

    Automatic Teller Machines (ATM)
    Cash Deposit Machines
    Internet Banking
    Electronic Payment Kiosks

6.If I am staying in a tax free area, will I still be taxed?
 No. The purchase of DiGi Prepaid SIM packs and/or reloads in tax-free areas such as Labuan, Langkawi and Tioman will be exempted from the 6% service tax.
Sumber : http://www.digi.com.my


P/s : Lepas ni nak beli topup dah nak kena bawak duit lebih la nampaknye. Sebelum ni topup RM 10 dapat RM10. Lepas 15/9, nak topup RM10 nak kena bayar RM10.60. ataupun bayar juga RM10 tapi bila check baki RM 9.40. Bengkok la kalau lama2 macam ni. Nak reload Digi semata-mata nak online... Hurm... Nak kena cari hotspot IIUM wifi balik lah nampaknya (opsssss... Study la wey).

Apa yang anda akan buat?

KES 1
Disuatu pagi yang indah. Abu sedang diulit mimpi yang indah.
Tiba-tiba, Abu terdengar suara sumbang dari jiran sebelah rumah.
Abu melihat jam loceng. Jam baru menunjukkan pukul 2 pagi.
Bila Abu teliti betul2 suara itu, upanya datang dari radio jiran.

Abu : Apehal melalak pagi2 buta ni. Orang nak tido pun tak boleh ke. Huh!!!

Anda rasa apa Abu akan buat?
A. Tutup telinga dengan bantal dan sambung tidur macam biasa.
B. Menjerit kat jiran sebelah suruh turunkan volume radio.
C. Kita bako rumah die.
D. Baling batu dekat tingkap rumah jiran.

KES 2
Amalina seorang surirumah tangga. Tempat kerja dia adalah dirumah. Kemas rumah, basuh baju, memasak dan segala kerja rumah menjadi rutin harian dia. Tiba-tiba ada sesuatu yang menganggu di telinga dia. Jiran sebelah rumah dia seorang penganggur. Setiap hari rutin harian dia bergusti dalam bilik dan pasang radio kuat2 sehingga Amalina hafal setiap lagu yang dipasang oleh jiran sebelah. Yang sangat memanaskan hati Amalina, salah seorang dari anaknya nak exam besar tahun ni. Amalina risau prestasi anak dia jatuh merundum disebabkan jiran dia buat bising hari2 tanpa henti.

Anda rasa apa yang patut Amalina lakukan?
A. Jumpa ibu jiran sebelah dan menyuarakan rasa tidak puas hati.
B. Sama2 lawan siapa pasang lagu lagi kuat.
C. Kita bako rumah die.
D. Buat pekak badak je.

KES 3
Jiran Suzana suka menanam bunga. Macam2 bunga dia tanam. Bunga kertas, bunga puding, bunga mawar dan bermacam-macam jenis bunga terdapat dihalaman rumah jiran Suzana. Suazana nampak macam taman bunga bila melihat perkarangan rumah jiran dia. Suzana rasa tidak puas hati kerana jiran dia telah mengambil sedikit ruang dihalaman rumah dia untuk tanam bunga kerana tidak cukup tempat. Suzana rasa panas hati melihat halaman rumah dia semakin sempit dan penuh dengan bunga2 jiran dia.

Agak2 apa yang Suzana buat?
A. Kita bako bunga dia.
B. Cabut bunga yang telah mendarat dihalaman rumah Suzana
C. Buat pertandingan mulut muncung siapa paling panjang.
D. Suzana mendiamkan diri dan terus melihat halaman rumah dia semakin mengecil.

KES 4
Jiran Ahmad sedang renovate rumah. Ahmad lihat sudah separuh rumah jiran dipecahkan dan disambung buat rumah dia lagi besar. Ahmad tidak kisah kalau jiran dia mahu buat rumah besar macam istana. Yang merunsingkan Ahmad ialah bumbung rumah Ahmad kelihatan berlubang dan terdapat kayu panjang terjuntai keluar. Setiap hari Ahmad rasa bimbang bumbung rumah dia.

Agak2 Ahmad akan buat?
A. Tunggu rumah jiran siap renovate.
B. Robohkan lagi rumah jiran dia.
C. Buat tak tahu macam tiada apa2 yang berlaku.
D. Pindah rumah.
~ KES ini tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang mati.
Cuma khayalan penulis~
P/s : Apa pendapat korang. (Macam buat survey la pulak)...

Thursday, September 08, 2011

5 Gum Mystery Hunt on facebook


Hehe... Pantang nampak game kat iklan nuffnang, terus aku tekan untuk main. Nak main jugak? Cari kat iklan blog ni ek...^^

P/s : Tak bestlah... Baru sampai checkpoint ke 3. Checkpoint ke 4 coming soon... Puffff...

Siapakah Merong Mahawangsa?

Persoalan ini wujud setelah menonton cerita Hikayat Merong Mahawangsa.


Ada macam2 versi tentang Merong Mahawangsa.
Versi pertama [Link]
Versi kedua [Link]

Hurm... Tak tahu nak ambil versi yang mana..
Tapi serius, cerita yang adik beradik KRU buat ni best.
Kan seronok kalau cerita hikayat macam ni dibuat dalam bentuk filem.
Baru berfaedah sikit untuk kami generasi muda mengenali nenek moyang kami.
Ini tidak, asyik buat cerita tak berfaedah. Sikit2 cerita cinta. Sikit2 cerita bohsia, mat rempit.
Yang tak boleh bla... cerita hantu... Adesh...

Tergiang-giang pantun Hikayat Merong Mahawangsa...
Sampai masanya tibanya waktu
Redup hati kamu berdua
bila dua jasad bersatu
hidup mati jadi bersama
Nak baca cerita Peristiwa Jentayu lawan Garuda 
Tahu tak Jentayu dan Garuda apa? Nak tahu bacalah kisah mereka.

P/s : Hurm.. Rasa nak tahu pula asal usul keluarga sendiri.
Terdapat tanda soal yang besar disini.

Wednesday, September 07, 2011

PTPTN dah masuk?

Dapat berita dari jiran saya [Eda] pasal PTPTN...
Tengok...

Double klik untuk pembesaran
Sumber : [Link]

Hurm.... 10 Sept nanti baru keluar la. Lambat lagi. Tapi takpe. 12 Sept mula kelas. Takpayah minta bapak topup duit belanja lagi. So..... Duit raya aku tak payah sentuh la nampaknya. (Evil smile)

Rasa bosan? Mengapa dan bagaimana nak tangani.

Petua untuk tangani bosan 

Apakah rasa bosan? Rasa bosan  timbul apabila anda jemu menghadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas! Bosan adalah petanda besar anda orang yang tidak ada matlamat.

Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa bosan.

1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.

Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh anda lakukan.

2. Jadi Workaholic

Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila nda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, anda boleh bentuk diri anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin. Jika anda seorang suami, nanti isteri anda saman anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika anda seorang isteri, nanti suami anda makan maggi setiap hari.

3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!

Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.

4. Rajinkan Diri Beribadah.

Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tak mahu berhenti.


Ingatlah, setelah dilahirkan ke dunia, kita diamanahan dengan misi yang penting. Kitalah hamba, dan kita jualah pemimpin.


Firman Allah:



2:30
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

51:56
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Dua misi ini yang akan terus membuatkan kita berasa sibuk dan terus sibuk, sehingga kita tidak punya masa untuk merasa bosan dalam hidup. Berusahalah menghapuskan perkataan ‘bosan’ dalam kamus kehidupan seharian kita dengan mengabdikan diri kepada Allah dan mengimarahkan bumi Allah dengan menjadi khalifah yang soleh dan solehah.


Sumber artikel : http://ahmadhasif.com dan http://www.iluvislam.com


P/s : Agaknya aku rasa kosong selama ni. Nak pergi isi sesuatu lah.

Mati kebosanan

Setiap hari buat benda yang sama...
Hari ni nak buat apa?
Blogging? Facebooking?
Kemas rumah sudah...
Lagi 4 hari aku terperap kat rumah ni...
Tidak!!!!

Tapi lepas tengok cerita Shrek ni...

Aku kena hargai detik2 yang aku masih ada sekarang ini. Masa bersama keluarga, masa bersama adik-adik aku. Hargai mereka selagi mereka masih ada di dunia ini. Masa untuk aku online sampai lebam. Lepas ni aku sudah kembali sibuk.

P/s : Macam mana nak elak bosan duduk rumah lama2?... Macam pelik je soalan aku ni...

Tuesday, September 06, 2011

The Last Airbender (2010)


Yeah... Akhirnya dapat juga menonton movie ni. Lama juga mencari movie ni tau. Tup..Tup.. jumpa kat laptop pakcik aku. Nasib baik bapak sempat copy kat kampung. Aku tak bawa pendrive pula nak copy. Nasib baik. Baru je tengok cerita ni kat dalam laptop tadi. Hehe.

Komen aku tentang cerita ni, serius cerita ni memang best. Dengan soud effect dia. Memang tak boleh bayangkan macam mana diorang buat air tu betul2 bergerak ikut ayunan tangan. Pastu dengan pusaran angin yang Aang buat. Nak tengok Aang terapung atas pusaran angin versi manusia. Saya akui, pasti diorang guna computer untuk nampak air tu bergerak.
Tapi memang tak boleh nak bandingkan movie ni dengan cerita asal dia versi cartoon. Jalan cerita dalam movie ni dipendekkan. Lagi puas kalau tengok dalam versi asal.

Antara watak-wataknya :

Ada sesiapa perasan tak watak Prince Zuko versi manusia ni ada berlakon dekat cerita Slumdog Millionaire.

Cerita ni baru Book 1 : Water. Pasti ada sambungan ke buku seterusnya. 
Semuanya ada 4 buku. Book 2 : Earth, Book 3 : Fire dan Book 4 : Air. 
Macam cerita Harry Potter dengan Narnia pula main sambung-sambung.

P/s : Ada sesiapa mahu jadi jiran di blog ini? [Link]

Monday, September 05, 2011

Azam baru untuk Semester 2011/2012

Mulai esok Junior dah start daftar masuk untuk sesi 2011/2012.
Wah... Ramai geng2 bilik aku kat asasi pun daftar esok. Aku jadi senior? Senior lah sangat. Takat beza 1 semester je. Tapi aku teruja nak balik main campus dengan azam baru. Azam nak baiki diri. Ada hikmah kenapa result aku down semester lepas. Supaya aku tak lupa diri dengan keselesaan yang ada disekeliling aku. Kalau dah berada zon selesa ni yang payah. Terlalu selesa sampai hilang motivasi nak belajar.
Seperti kata my cousin : "Sesungguhnya zon selesa amat tidak bagus untuk pelajar"
Maksud zon selesa disini ialah apabila pelajar merasakan sudah cukup confident untuk exam walaupun sudah seminggu tak pegang buku
Disebabkan aku begitu selesa sebelum ni, jadi semester baru ni aku nak susahkan diri pula. Antara benda aku nak menyusahkan diri yang malas nak belajar ni :

1- Tak payah on laptop melainkan assignment sahaja. Tak payah nak on facebook, twitter, nuffnang, churpchurp, says dan blog. Kiranya aku berehat dari aktiviti bersosial di alam maya ni. Kalau dah nak pecah kepala sebab terlalu banyak idea nak tulis kat blog, simpan dekat word semua benda yang aku nak tulis tu. Nanti bila dah cuti semester berbulan-bulan, aku copy,paste and publish. (Itulah dulu2 ada internet aku buat kerja tak berfaedah, bukan nak belajar... Padanlah dengan muka sendiri)

2- Jangan nak mengedik nak cari nota kat internet. Aku bukan baca pun nota-nota tu. Memang tak sempat pun aku nak baca sebab sibuk dengan asignment yang bermacam jenis dengan homework. Nak sangat nota, aku kena baca balik buku text tebal macam kamus tu. Ataupun pergi library cari info. Kan lecture bagi course outline. Aku cari nota berdasarkan buku yang lecture recommend tu. Pergilah cari seharian kat sana. (Itulah dulu2 ada kemudahan nak cari nota, aku pula guna kemudahan buat benda lain).

3- Jangan overconfident ya. Aku ni bukan budak genius.

4- Guna masa yang ada sebaiknya. Masa itu emas. Malah lebih bernilai dari emas.

5- Main point... Tukar mahallah. Biar lagi jauh dari kelas. Bilik makin sempit. Plug ada satu. (Padanlah muka. Dulu2 bilik dekat dengan kelas makin malas nak belajar.. Biar rasa susah sikit nak belajar. Sekarang rasakan)

6- Puasa internet. Nak buka internet kena berada dibawah kawalan rakan2. (maksudnya untuk cari info pasal assignment sahaja dibolehkan)

Siapa sangka. Nak jadi pelajar universiti bukannya senang. Banyak juga cabaran dan dugaan malah lebih lagi. Lagi seronok jadi budak sekolah. Buku latihan berlambak kat pasaran. Kamu nak penerbit apa? Sasbadi? Oxford? Cerdik?... Murah lagi tu. Kalau latihan untuk pelajar universiti tadak. Ada memang ada tapi mahal. Semua import dari luar negara. Antara penerbitnya Mc Graw Hill, Pearson dan bermacam nama pelik yang aku tak pernah dengar.

Itu baru cerita pasal buku, belum lagi cerita pasal lecture... Kalau cerita alamatnye panjang berjela entry ni. Tapi memang jauhlah nak dibandingkan dengan cikgu sekolah. Itulah cabaran yang terpaksa ditempuh. Tiada istilah aku hafal aku dapat A. Tapi yang sebetulnya aku faham, fokus dan aplikasikan sesuatu baru aku dapat A. Dan yang paling penting hormat pada lecture dan guru-guru anda. Tanpa mereka, kita tak reti menulis, membaca dan mengira macam sekarang ni. Tak wujudlah blog ni kalau cikgu dulu2 tak mengajar A B C waktu mula-mula sekolah dulu. Jangan lupa pada Allah. Jaga hubungan kita dengan Dia. InsyaAllah semua berjalan dengan lancar.

P/s : Moga2 azamku kali ini tercapai. Nak tahu tercapai ke tak tengok result exam. InsyaAllah.

Memori tentang Sengkuang


Bila tengok sengkuang ni aku duk teringat....

Pecal

Haish... Sebanyak-banyak makanan takkan ko ingat pecal je.
Hurm... Ha... Ada satu lagi...
Sengkuang, sos, kacang

Wooohooo... Lama dah tak jumpa benda ni. Masa kecik2 dulu pernah makan. Tapi tak ingat makan dekat mana. Yang pasti dari bapak juga yang perkenalkan. Baru tadi bapak buat lagi. Asalnya dia nak tunjuk kat adik aku. Tetiba aku teringat aku pernah jumpa benda ni. Aku dah hampir lupa makanan ni. Sengkuang bersama sos diatasnya kemudian ditabur kacang. Wah... rasa sejuk, pedas dan ranggup...

P/s : Bapak aku cakap, dulu2 masa dia sekolah rendah sengkuang bersos kacang ni harganya 10sen satu. Murahnye kalau ikut nilai wang sekarang.

Rojak mamak

Opss... Sepatutnya tajuk entry kali ni rojak versi Bapak Bella... Entahlah. Hari ni bapak aku suruh aku buat macam2 kat dapur. Tolong dia buat rojak. Hehe.

Mula2 buat kuah dulu.
(aku tengok bapak aku start buat kuah dulu)

Bahan-Bahan dia :
Kicap, kacang kisar, sos cili, cili kering, minyak dan air secukupnya.
Campur semua, api perlahan dan tunggu adunan tadi masak.
Kacang yang dah dikisar kalau dah masak, dia akan terapung.
Kalau kacang mendap kat bawah lagi tu kira tak masak lagi la tu.

Sambil tunggu kuah masak, aku diberi tugas untuk kerjakan udang.
Bapak aku suruh kopek kulit udang. First time aku kopek kulit udang. Sebelum ni aku tolong buang kepala udang je. Cara-cara nak kopek kulit udang... (ilham setelah berjam-jam duduk kopek kulit udang)

Yang no 2 ni kena kopek dari atas ke bawah.

Nak kopek tu kena hati-hati sikit kang hancur pula isi udang tu.


Lepas dah siap kopek tu, aku diberi tugasan untuk buat cucur udang. Alamak... Macam mana nak buat cucur udang? Bapak aku bagilah arahan so aku ikut jelah arahan dia.


Bahan-Bahan :
Udang dipotong 3, telur 4biji, tepung gandum setengah peket, tepung kentucky 5 sudu dan air secukupnya. Campur semua dan gaul sehingga sebati. Tepungnya biar cair sikit. Kemudian goreng.
Jadilah macam....


Erk.. Lebih kurang macam ni lah. Bapak aku cakap kalau cucur udang mamak tak segelap macam kuah rojak dia, orang tak beli tau. So kena garing sikit. Tapi bukan sampai hangit tau.

Setelah itu, kena rebus telur, tauhu digoreng, kopek timun dan sengkuang serta celur tauge dan mee kuning.

Tadaa.. Jadilah rojak.

P/s : Resepi dari bapak. Aku pulak tak katam lagi belajar buat pecal. Itulah, masa embah dan makcik2 sibuk kat dapur aku entah pergi melayang kat mana. Hari tu makcik ada ajar nak buat mee rebus johor. Adeh... Dah lupe... Hurm...

Sunday, September 04, 2011

Mitos tentang pokok Puding

Bila dengar nama pokok Puding ni, agak2 apa yang terlintas dalam kotak pemikiran anda?


Mesti teringat puding kan3333...
Kalau tak pun mesti makanan.. Mengaku jela...
Ni dia pokok pudingnye...



Makcik saya cakap, pokok ni namanya pokok Puding sebab warna daunnya berwarna warni macam Puding.Percaya tak pokok ni takde bunga. Cuma daun semata-mata. Lawa buat perhiasan pagar rumah.

Tadi kata ada mitos pasal pokok Puding... 
Mananye tak nampak pun...

Bawak bertenang. Baru nak cerita mitosnya.
Dengar cerita dari kampung saya yang pokok ni tak elok ditanam dihalaman rumah nanti tok laki mung mati dulu. Maksudnya nanti suami tuan rumah yang ada pokok Puding tu mati dulu.

Jap, ada kena mengena ke pokok puding dengan orang nak mati...

Berdasarkan pemerhatian penduduk kampung saya yang bertahun-tahun tinggal di kampung, apa yang dia lihat hanya janda sahaja yang tanam pokok Puding. Lagi satu perasan tak pokok Puding ni biasanya kat mana? Kat atas kuburkan. Diorang buat pokok ni sebagai pokok hiasan atas kubur.

Hek eleh... Sebab tu je ke...
Habis tu pokok bunga kemboja tu pe cite?


The moral of story : Korang percaya ke mitos karut marut macam ni. Takkan sebab pokok jadi sebab penyebab suami, isteri, orang mati dulu. Lainlah kalau orang mati langgar pokok. Tapi takkan nak salahkan pokok jugak. Mesti orang duk salahkan orang yang langgar tu. Kesian pokok tu tak bersalah. Dia pun makhluk Allah juga. 

Ingatlah hanya Allah mempunyai kuasa manghidupkan malah mematikan makhluknya. Jika berlaku sesuatu sama seperti apa yang diperkatakan dalam mitos tersebut ingatlah bahawa kejadian tersebut hanyalah suatu kebetulan dan itu semua adalah kehendak Allah. Yakinlah dan bersangka baik kepada Allah. Lagi2 tentang Jangan tanam pokok sebarangan. Sudahlah... Takpayahlah percaya dengan mitos2 ni...Syirik tau...

P/s : Setelah aku menulis entry ini, aku merasa yakin untuk tanam pokok Puding dihalaman rumah aku. Penat doh aku angkut pokok tu dari halaman rumah Embah tetiba pula ada orang cakap bukan2 pasal pokok tu sebab mitos ni la. Banyak kali kot dia duk ulang2 benda yang sama macam nak mendoakan bapak aku mati cepat. Tak baik tau. Goyah kejap iman aku. Haish....