Monday, July 18, 2011

Kawan VS sahabat

Kawan VS sahabat.
masihkah ada perbezaan?

Kehadiranku tak ubah seperti kawan
Hanya peneman disaat suka dan duka.
Hanya diperlukan waktu kesusahan sahaja.
Aku tak mampu menjadi rakan yang baik.
Masih terdapat kekurangan dalam diri ini.
Bagaimana mahu membangunkan umat 
jika diri pun masih tak mampu nak bimbing.

Aku merindui seorang sahabat yang sentiasa mengajak kebaikan.
Tetapi aku sedar,
Aku tak mampu nak mengajak kebaikan.

Aku merindui seorang sahabat yang bersama dan mendoakan kebaikan sahabat yang lain.
Tetapi aku sedar,
Kadang2 aku melupai sahabatku yang dalam kesusahan.
Malah menambahkan lagi kesusahan.

Aku teringin mempunyai kakak yang sanggup membimbing aku, tempat rujukanku.
Tetapi aku sedar,
Aku masih tidak mampu untuk membimbing adik2 kandungku sendiri.

Kadang kala,
Impian dan angan2 tinggi melangit.
Tetapi kita tidak sedar,
Adakah kita upaya menjadi apa yang kita inginkan?
Pasti tidak bukan.

Jangan menaruh harapan yang tinggi,
Jika tidak,
Kelak kamu pasti merasa sakitnya hati dan terus menyalahkan orang lain.

Ingatlah... Sahabat kamu juga manusia...
Ambil kebaikan dia sebagai contoh.
Ambil keburukan dia sebagai pedoman.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe