Sunday, July 17, 2011

Nisfu Syaaban

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca...
Disini ada info tentang nisfu syaaban. Mungkin ada yang sudah tahu tentang nisfu syaaban. Bagi tak tahu atau terlupa jom baca dan saling ingat mengingati... InsyaAllah...


Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.


Biasanya di Malaysia, (saya tidak pasti di negara lain) menyambut nisfu syaaban dengan baca yasin 3 kali selepas solat maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama minta dipanjangkan umur untuk beribadah kepada Allah, niat yang kedua, minta rezeki yang banyak serta halal dan niat yang ketiga minta ditetapkan iman. Selain itu ada juga yang berpuasa sunat serta melakukan kiamulalai di malam nisfu syaaban.


Sesetengah pendapat menyatakan bahawa baca yasin 3 kali merupakan bidaah. Saya tak pasti sama ada ini benar atau khabar angin sahaja. Bagi pembaca yang mengetahui hal ini boleh berkongsi pendapat anda supaya kekeliruan ini terjawab juga.



No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe