Monday, July 04, 2011

Facebook VS Twitter

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian...
Hari ini rasa tertarik untuk menulis tentang 2 laman social yang agak hot dikalangan penduduk bumi khususnya. Zaman dulu (waktu saya form 1 sampai form 5) myspace menjadi laman social yang agak hot ketika itu. Kini facebook dan twitter pula mengambil tempat. Dulu2 sempat juga buka akaun untuk myspace. Agak ketinggalan juga kerana kawan2 dah lama ada myspace. Tapi saya lepas habis SPM baru nak start. Mula2 bukak tu seronok sebab yela first time terjebak dalam benda2 macam ni. Boleh kenal ramai kawan, boleh share gambar anime, cartooon.. hoho.. Kawan pun makin hari makin bertambah. Comment pun makin banyak. Dari tak kenal terus kenal. Lama2 rasa bosan pula. Sebab masing2 ada hal masing2. Dah jarang buka. Last2 akaunnye didelete. Baru senang hati.


Sekarang pula facebook. Asalnya memang tak mahu dah nak terlibat dengan apa2 laman social. Tetapi dipaksa oleh lecture yang ketika itu dia mahu kasi homework melalui facebook. Argh.. Last2 kena juga buat akaun facebook. Kawan pun makin bertambah. Mula2 kawan satu matrik yang menjadi mejoriti friend kat facebook. Kawan kelas bahasa inggeris, kelas bahasa arab, kelas akaun. Semua kawan aku add. Tapi kan lama2 dah bosan. Kita memang kenal mereka2 ini tapi mereka2 ini tak kenal saya. Orang tak hot macam ni la. Last2 nak tahu aku buat apa dengan facebook yang membosankan ni? Aku jadikan backup bookmark aku. Kalau aku jumpa laman2 best, nota2 best, aku post kat wall aku. Sekurang2nye aku share apa yang aku dapat dari internet ni. Rasa dah berjuta link aku post kat wall aku. Dulu2 adalah orang rajin bertanya khabar, selalu memenuhi wall aku dengan comment dia, kata2 semangat. Tapi sekarang bila orang tu dah takda rasa dah malas nak buka facebook. Dah banyak kali juga deactive account sebab menyampah. Kawan harap je berjuta tapi tak mahu bertegur sapa. Tahu add aje.


Kemudian tertarik pula dengan twitter. First time bila buka akaun twitter memang blur. Dah biasa dengan facebook kot. Tak tahu nak start macam mana. Tak tahu nak buat status, tak tahu nak buat apa dengan twitter. Last2 aku delete akaun twitter. Lama kemudian, aku tertarik untuk membuka akaun twitter balik kerana ada sebab2 tertentu. Start hari tu aku belajar untuk mengunakan twitter. Mula2 follow akhbar. Follow Berita Harian, Star, Kosmo, follow segala jenis berita yang ada kat Malaysia. Bila dah follow banyak surat khabar rasa seronok sebab setiap minit ada je berita baru keluar. Wah... Tak payah nak beli surat khabar lagi. Nak baca surat khabar buka twitter. Memang jadi uptodate dengan berita kat Malaysia.

Kenapa saya buat post pasal facebook ngan twitter?
Sebab saya dah bosan dengan facebook...
Dah geram sangat sampai tak tahu nak cerita kat siapa...
Cuma satu je fungsi facebook yang saya suka...
Boleh chat dengan kawan tanpa mengunakan duit sesen pun..
Boleh chat berapa lama saya suka, berapa banyak yang saya suka...
As long as saya online guna Wifi...
hoho...

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe