Tuesday, July 05, 2011

Blogger VS WordPress

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca sekalian.

Korang mesti pernah dengar pasal Blogger dengan WordPress. Mesti korang juga pernah dengar cerita pasal dua platform blog yang amat popular dikalangan blogger atau penulis blog. Mengikut pemerhatian dan hasil blog walking ke blog2 lain, apa yang saya lihat ramai rakyat Malaysia gemar mengunakan blogger manakala indonesia gemar menggunakan wordpress. Rata2 mereka mengunakan blogger kerana senang nak edit, senang nak manage blog, serba serbi senang sebab blogger memang diset sebagai mesra pengguna. WordPress pula dikatakan tidak mesra pengguna dan kena pandai2 sendiri ketika menggunakan WordPress.

Mari kita dengar pendapat saya tentang Blogger dan Wordpress.
Mula2 kita dengar pasal blogger. Selama saya menggunakan blogger, memang betul blogger mesra pengguna. Nak edit HTML senang sebab bersepah tutorial untuk "mentacapkan" blog. Boleh masuk gadget macam2 sebab disediakan tempat khas untuk tambah gadget. Boleh masuk shoutbox. Blogger ni amat sesuai bagi mereka yang mula2 nak berjinak-jinak dalam dunia blog ini. Orang kata tak leceh la nak guna blogger ni.

Kalau WordPress, saya akui memang WordPress ni susah sikit.Yang saya suka pasal WordPress ni, saya dapat banyak unik visitor. Saya pernah buat experiment untuk bandingkan bilangan visitor antara WordPress dengan Blogger selama 2 bulan. Hasilnya memang berbeza. Mungkin ada faktor lain yang menyebabkan ia berbeza. Banyak gadget yang WordPress yang ada tapi Blogger tak ada. Rasa best juga guna WordPress ni. 

Saya suka dua2...
Semoga info ini membantu.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe