Saturday, July 09, 2011

Ape-Ape Aje

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Hari ini, 9 Julai tercatat detik bersejarah buat negara kita. Kita lihat hari ini rakyat bangkit menegakkan keadilan demi negara tercinta. Tidak kurang juga ada suara sinis membantah kebangkitan ini. Macam2 mereka buat untuk  melunturkan semangat kebangkitan sama ada dengan cara halus mahupun cara kasar. Namun sebanyak mana tentangan mahupun halangan tapi rakyat terus bangkit. Terdapat banyak persoalan timbul disini. Saya sebagai generasi muda di tanah air ini sememangnya tidak faham malah tidak mengerti apa yang berlaku di negara ini. Sesetengah pihak kelihatan terus menyokong kebangkitan ini dan ada pula sesetengah pihak tidak menyokong malah menyekat kebangkitan ini. Macam2 iklan keluar dikaca televisyen dan macam2 kata2 kurang enak tentang kebangkitan ini. Tiada seorang pun berani menyuarakan di kaca televisyen kenapa rakyat sanggup berkumpul, berarak dan sanggup datang walaupun ditangkap malah dibaling dengan aneka objek yang menyakitkan. Dan kenapa sesetengah pihak begitu kaget dengan kebangkitan ini. Inilah persoalan yang timbul dan mungkin tidak terjawab. Jawapan tentang persoalan ini pasti terjawab kerana setiap kebenaran itu pasti terungkai akhirnya.

Apa yang saya dapat melalui situasi yang berlaku hari ini :
- Perbaiki diri supaya menjadi insan terbaik. Melahirkan generasi yang berbudi bahasa, tahu agama, mempunyai akhlak mulia. Ajar atau didik anak mahupun tegur kawan2 sebaya supaya jangan kerana wang kita buta segala-galanya. Jangan kerana wang maruah tercalar. Jangan kerana wang kita tidak peduli saudara2 kita.

Didik mereka supaya jangan sesekali memfitnah orang. Fitnah itu lebih bisa dan tajam dari membunuh orang. Fitnah itu boleh merosakkan masa depan orang yang difitnah malah boleh merosakkan maruah keluarga, cucu cicit orang yang difitnah.  Bersopan santun ketika menegur orang.

Dan tidak lupa juga, kurangkan hiburan. Hiburan yang berlebihan boleh mengelapkan hati. Pandangan kita gelap dengan isu2 semasa. Pandangan kita gelap dengan kekejaman yang berlaku atas saudara2 kita. Hiburan yang berlebihan juga membuatkan kita selesa dan tidak sedar tujuan kita hidup dimuka bumi ini...

Renung2kanla....

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe