Thursday, May 26, 2011

Kita berkawan kerana apa?

   Tengah2 dengar madam bagi lecture dalam kelas, tetiba fikiran melayang ke tempat lain. Tetiba terfikir kita berkawan dengan orang kerana apa? Adakah kerana dia kaya? Adakah kerana dia pandai? Adakah kerana dia cantik? Adakah kerana dia paling hanggat dalam batch korang? Menurut pemerhatian dan pengalaman aku, kebanyakkan orang berkawan kerana mahukan sesuatu. Kalau kawan dia kaya, dia boleh tumpang makan free. Kalau kawan dia pandai, dia tumpang sedut ilmu kawan dia. Kalau kawan dia paling cun, dia pun tumpang cun jugak. Kalau kawan dia kaki berjalan, boleh ajak jalan2 nanti.

   Kalau aku. Aku tak tahu kenapa orang berkawan dengan aku. Tapi apa yang aku lihat bila dia sorang2 takde kawan baru cari aku. Bila dia jumpa kawan lain, terus tinggalkan aku macam tu je. Sebelum ni kalau nak kemana-mana, nak makan sama2 ke, minta tolong teman ke dia mesti bagi tahu. Siap miss call lagi kalau aku tak balas message dia. Sanggup tunggu lagi tu kalau aku lambat. Tapi sekarang aku dengar dari mulut orang pasal dia. Bila dia takde orang nak teman ke, ada masalah ke, baru nak cari aku. Hmm... Aku bukan berkira tapi kenapa dulu2 dia mahu rapat2 dengan aku dan sekarang tinggalkan aku macam tu je. Aku tahu aku tak punya apa2 pun yang istimewa. Tak kaya, tak lawa, tak berilmu sangat pun. So diorang pun nak berkawan pun ikut mood diorang. Ape... ingat aku ni kucing ke? Bila rasa nak belai, dibelai-belai kucing tu. Tapi bila rasa benci, dibuang kucing macam tu je.

   Bagi aku. Aku berkawan kerana Allah. Aku tak pandang pun korang cantik ke, pandai ke, kaya ke, entah pape keistimewaan korang. Kerana semua keistimewaan tu datang dari Allah. Kiranya kalau korang ada kelebihan tu adalah sebahagian pemberian Allah kepada kawan2ku. Korang pun manusia juga sama macam aku. Korang memang selayaknya dilayan dengan baik sebab masing2 mempunyai perasaan. Aku ikhlas kawan dengan korang. Tu kadang2 aku tak berkira nak berkenalan dengan sesiapa pun (cuma dengan lelaki ada batas). Dengan senior, junior, budak2. Semua aku nak kenal. Semua orang aku cuba berbuat baik selagi mampu. Tapi tak semua mahu berkenalan dengan aku, mengenali aku. Kadang2 aku rasa aku syok sendiri berkawan dengan orang. Ada juga segelintir hamba Allah lebih memandang pada rupa untuk berkawan. Apa boleh buat. Itukan sebahagian dari hak individu.

   Terima kasih buat sahabat yang banyak menolong aku, menemani aku, melayan aku, menasihati aku, mengajak aku kearah kebaikan, bersabar dengan karenah aku sepanjang kita berkawan. Seronok dapat berkenalan dengan sahabat2 ini. Mereka tak pandang pun aku siapa. Cuma mereka tahu siapa aku. Semoga ukhwah ini kekal sampai bila2... Amin...

Tengah2 mengelamun terfikir pulak...
Madam cakap apa kat kelas tadi... 
Adui...
Tak focus lagi dalam kelas.....

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe