Tuesday, April 19, 2011

Lawak la Google translate ni...

   Tadi aku ada post entry baru kat blog aku ni. Aku try guna google translate untuk translate entry yang aku post tadi dari bahasa melayu ke bahasa inggeris. Lihat hasilnya
dibawah.

 Double click on image for enlargement

Post asal...Congratulation Ben & Marshanda


Pandai google translate blog aku. Kesian orang luar negara nak baca blog aku (perasannya macam ada orang nak baca blog ko). Nampaknya kene improve lagi penulisan aku dekat blog ni.
 
   By the way, korang semua tahu tak google translate tu apa? Google translate ni salah satu tool untuk menterjemah website yang tidak difahami maksud dia? / bahasa ke bahasa yang kita fahami. Sebenarnya tool ni agak berguna jugak. Aku pernah guna tool ni untuk buat assingment bahasa arab. Kita satu group diberi tugas untuk buat satu karangan dalam bahasa arab. Kitorang yang takde basic arab memang pening nak buat ayat. Cuma satu cara tinggal dengan mengunakan google translate . Habis kitorang bersengkang mata mentranslate ayat dari malay ke arab. Tapi ustaz dapat detect jugak. Hehe..Anda dinasihatkan jangan mencontohi kelakuan kami ek.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe