Friday, April 29, 2011

How to...

   Bila baca post terbaru dari The Other Khairul nampaknya aku kena sedar diri ni siapa. Aku tak sehandal macam blogger yang lain. Aku takda idea yang bernas untuk di sampaikan kepada pembaca2. Rasa2 diorang pasti tak baca apa yang aku pos sebab tiada komen. Maybe selama ni aku syok sendiri. Yelakan bukan ko kata blog ni storage untuk ko simpan maklumat ke? Storage pun storage jugak. Tapi nak jugak ada orang baca dan bagi respon. Baru nampak macam storage hidup.

  Nampaknya aku kena tukar stail penulisan la @ aku kena tulis ikut suka hati aku. Kalau ikut suka hati aku dah lama blog ni bertukar menjadi nota economics, nota account dan segala species subjek yang aku ambil masa belajar (budak skema). Kang langsung takde orang yang nak lawat blog aku. Sampai sekarang aku tertanya-tanya. Ape jenis bahan bacaan orang Malaysia? Aku tengok orang putih berlambak share nota. Senang je nak cari nota kat blog/website orang putih. Apa yang aku nampak orang Malaysia suka baca pasal hiburan dengan keagamaan. Aku saja test post entry pasal Tahniah Ben & Marshanda. Ramai jugak orang tengok berdasarkan blog statistic. Yang keagamaan pulak pasal Tasbih Kifarah. Entry ni pun banyak jugak orang tengok. Aku post ni pun gara2 kejahilan aku jugak. Sekurang-kurang diorang tahula jugak tasbih kifarah tu ape.

   Agaknye aku kene pinjam aura Mawi kot nak bagi ramai orang melawat blog aku. Aku belum start tulis je dah ada orang menunggu entry baru. Pelik ar. Kebende aku pikir malam2 buta ni. It hard to attract the stranger to visit our blog because they are somebody that never know who the writer are. If they feel bored they quickly click x button. Sebab tu kot akunye income nuffnang tak naik2 sebab blog aku tak berape best.

   Macam mana nak melahirkan daya penulisan yang bagus. Ada ape2 cadangan wahai pembaca sekalian? Kalau korang peka dan sanggup respon soalan yang diutarakan.....

4 comments:

  1. salam bella.. hai apa khabar..

    thanks sudi singgah di blog saya mohdsabree dot com ya

    blog bella tak orang komen? Hmm mungkin ada sumting yang buat orang susah nak komen kot.. try ubah sikit setting komen ni..

    bagilah anonymus dan orang yang tak ada akaun gmail komen.. saya prefer komen sistem yang tu sebab lagi mudah.

    kalau guna blog percuma dari blogspot ni memang akan masa sikit baru orang akan sedar kewujudan blog kita.

    antara faktor dia ialah SEO.. so kalau bella nak stay lama blogging ni cepat-cepat bertukar ke server berbayar dengan menyewa nama domain dan hosting sendiri.

    in fact, walaupun bella improve style penulisan sekalipun dalam masa terdekat ni, still akan makan masa untuk naikkan blog ni.

    tu je pendapat dan pandangan..
    wasalam

    ReplyDelete
  2. owh...i see..thank sebab sudi komen...n_n

    ReplyDelete
  3. tu la.. cik su pun sampai sekarang tak dapt nak detect ape yang rakyat malaysia suka. jadi cik su main tulis je.. hehe.. orang tak pandai cam cik su cam nie la

    ReplyDelete
  4. Betul3... Saya setuju dan sokong dengan Cik Su...

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe