Thursday, April 21, 2011

Apa yang kita ada?

  Selama kita hidup apa yang kita miliki secara mutlak. Mari kita lihat satu persatu.

   Rumah kita. Adakah itu kepunyaan kita? Secara mata kasar rumah itu memang milik kita kerana kita beli rumah itu tapi binaan untuk buat rumah itu seperti tanah,pasir,keluli,kayu,zink adakah itu milik kita? Tanpa bahan-bahan itu bagaimana mahu mendirikan sebuah rumah. Mungkin kita boleh beli pasir, beli kayu tapi bolehkah kita mencipta pasir, mencipta kayu.

  Mari kita lihat harta. Adakah kita memiliki harta secara mutlak? Bolehkah kita membawa harta kita selepas mati? Adakah harta itu dapat membantu kita ketika diazab kelak? Lain la kalau harta itu kita gunakan ke jalan yang diredai Allah dan ikhlas membelanjakannya ke jalan benar. Buat apa kita terlalu sayangkan harta. Kita memang digalakkan untuk mencari harta bertimbun-tapi berpada-pada. Seperti bak kata pepatah "Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahu lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari". Kenapa kita perlu lupa Allah kerana harta. Harta itu juga lambat laun akan habis juga.

   Mari kita lihat anak-anak, ibubapa, keluarga, kawan-kawan,saudara dan saudari seislam. Adakah kita memiliki mereka secara mutlak? Mereka juga suatu hari nanti akan pergi jua menghadap Pencipta kita. Walaupun mereka berada disisi kita tetapi itu hanya sementara. Jika mereka masih hidup, mereka akan bawa haluan sendiri dan membina kehidupan sendiri. Mereka juga lambat laun akan meningkat usia. Apabila usia sudah meningkat,penyakit mulai datang. Kita tidak dapat menghalang kitaran ini berlaku walaupun betapa sayangnya kita kepada mereka kerana inilah manusia.

   Mari kita lihat tubuh badan kita. Bagi yang sempurna, mereka punya tangan, kaki, mulut, telinga, kepala dan mata. Adakah kita miliki ini semua secara mutlak? Lahir2 sudah dapat satu set tubuh badan yang lengkap tanpa mengeluarkan satu sen pun kepada pencipta kita. Begitu bertuah sekali. Tapi itu semua adalah pinjaman semata-mata. Setelah sampai masa kita kena pulang balik barang pinjaman ini. Agak malang bagi manusia mengunakan anugerah ini ke jalan yang salah.

   Mari kita lihat alam sekeliling kita. Adakah kita memilikinya secara mutlak? Mengapa manusia begitu rakus dan menyedut semua hasil yang ada dibumi ini seolah-olah dia yang mencipta alam ini. Memang benar alam ini dicipta untuk manusia. Hasil tanaman, haiwan dan segala ciptaan semula jadinya memang khas untuk kita sebagai manusia. Tapi manusia mudah alpa dan sanggup merosakkan alam demi kepentingan diri.

   Apabila kita menghitung kembali apakah yang kita punyai sebenar-benarnya. Apa yang ada disekeliling kita adalah pinjaman sahaja. Kita tidak milikinya secara mutlak. Jadi kenapa masih terdetik di hati kita untuk melakukan dosa? Kenapa masih ada dikalangan kita yang masih tidak mahu sujud kepada-Nya? Kenapa masih ade manusia yang menyalahgunakan anugerah yang diberikan ke jalan yang salah? Kenapa masih ada manusia yang menjadikan nafsu sebagai raja dihatinya? Persoalan ini pasti tidak akan diutarakan kalau kita sebagai manusia sedar siapa diri kita. Kita juga pasti tak akan berani melakukan dosa kalau kita dapat merasai  ada yang sedang memerhati kita. Setiap perbuatan kita sama ada terselindung bahkan terang-terangan Dia boleh tahu.

Jadilah hamba yang selalu bersyukur dan sentiasa awasi tingkah laku. Buatlah perkara yang disuruh-Nya dan tinggalkan segala larangan-Nya. Ingatlah Allah selalu. Jangan kerana kesenangan,kepandaian dan kesusahan membuatkan kita lupa Allah. Nauzubillah...

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe